OfisSungaiRamalDalamKajang, 18hb Feb2014, 5:00AM - biasanya di blog ini akan ku tulis perjalanan hidupku sebagai diari maya, namun bagi memberi laluan kepada mereka yang mahu bertanyakan tentang proses pengangkatan atau mengambil anak angkat maka kurela blog ini juga menjadi batu loncatan manfaat buat ummah agar subur kasih sayang mengasihi anak angkat.
- Ibubapa
kandung dan ibubapa angkat bersama anak yang ingin dipelihara hendaklah
datang sekali sewaktu ingin mendaftar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
- Mula
sekali kena ambil borang Surat Akuan Berkanun (Surat Keizinan
Pengangkatan).
- Setelah
lengkap borang tersebut hendaklah di stamp (setem hasil) di Lembaga Hasil
Dalam Negeri.
- Lepas
stamps, kena bawa borang tersebut untuk ditandatangan depan Pesuruhjaya
Sumpah serta untuk mendapatkan cop dan tandatangan sebagai pengesahan.
- Selesai.
Borang tersebut ibubapa angkat hendaklah simpan selama 2 tahun.
Nota: Dokumen yang perlu ada, sijil
kelahiran anak (yang asal), kad pengenalan ibubapa dan sijil nikah (ibubapa
angkat). Orang yang belum berkahwin juga boleh mendaftar untuk mengambil anak
angkat. Surat Keizinan Pengangkatan tersebut sudah sah mengikut undang-undang.
Ibubapa angkat boleh menggunakannya untuk tujuan resmi. Untuk memudahkan
proses, boleh mendaftar di JPN Putrajaya.
Selepas
2 tahun:
- Pergi
JPN dan ambil borang untuk permohonan sijil Pengangkatan.
- Setelah
lengkap. Hantar borang tersebut di kaunter dan JPN akan buka satu fail
untuk tujuan mendapatkan sijil tersebut.
- Biasanya
selepas 2 minggu atau lebih, bergantung pada nombor giliran kita. Pihak
JPN akan hantar surat untuk datang temuduga di JPN.
- Masa
temuduga kena bawa anak angkat bersama. Mereka nak tengok keadaan anak
angkat tersebut dan bertanya serba sedikit latar belakang keluarga angkat.
Mereka cuma nak pastikan bahawa masa depan anak angkat tersebut terjamin
tinggal bersama keluarga angkat.
- Selepas
di temuduga. Pihak JPN akan serahkan sijil Pengangkatan bersama Mykid yang
baru (dalam borang untuk mendapatkan sijil, ibubapa angkat boleh mengubah
nama anak angkat).
Tambahan:
Jika salah seorang ibubapa kandung tidak ada semasa mengisi borang yang
mula-mula tadi. Prosesnya jadi panjang kerana ibubapa angkat kena berurusan
dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula bagi memudahkan proses
undang-undang jika berlaku sebarang tuntutan.
- Prosesnya
bermula selepas di temuduga dengan pihak JPN. Pihak JPN akan menghantar
surat ke JKM untuk tindakan selanjutnya.
- Setelah
itu pihak JKM akan memanggil ibubapa angkat untuk ditemuduga (tempohnya
bergantung pada nombor giliran / fail).
- Selepas
di temuduga. Pihak JKM akan membuat satu laporan dan dihantar ke JPN.
Bagi tuntutan nafkah anak angkat adalah sama sebagaimana anak-anak yang lain cuma hendaklah proses pengangkatan tadi mengikut proses undang-undang yang telah disahkan.
Sebarang keraguan boleh menghubungi saya di 0123167660 bagi sebarang nasihat dan cadangan tentang hal-hal berkaitan guaman syariah dan lain-lain.
Assalamualaikum
BalasPadamSaya seorang guru di Melaka, sudah beberapa kali mencari anak untuk dijaga tetapi masih belum berjaya. Saya mencari seorang anak lelaki yang akan lahir dalam masa terdekat. Boleh hubungi saya di 0149824024