1 jun 2010 - 2 hari aku demam. risau dan bimbang. peperiksaanku, tugasanku, perniagaanku, hidupku dan matiku. demam, menggigil risau kalau usiaku sudah tamat. teringat lagu kumpulan seberang ungu, andaiku tahu kapan akan ajalku... 2 butir perniagaanku akan ku lancarkan pada bulan Jun ini, perkhidmatan car wash dan tadika bagi anak- anak muslim. ini yang mampuku laksanakan demi anak bangsaku terutama agamaku sendiri. ya, bercerita tentang sakitku, Allahu akbar! setelah 14tahun lamanya diriku ini tidak pernah diratah dan dimamah jarum suntikan, nah.. tarikh 31mei la saatnya kerana demamku yang tersangat amat, besi halus itu menerobos punggungku yang giur, kaedah fiqh menjelaskan disebabkan kemudharatan mengharuskan perkara yang haram dilakukan, kerana sakit biarlah doktor dan jururawat tadi menikmati saat itu. hahahaha... alahai bahasa. teringat zaman kanak- kanakku apabila umurku 8tahun ke klinik gigi aku menyepak doktor tu dan lari dari kerusi rawatan, hahaha.. betapa takutnya aku untuk disuntik, mujur kini dah dewasa, akal melebihi nafsu dan hawa. tentu kalian juga ada memori yang sama.
Isnin, 31 Mei 2010
Jumaat, 21 Mei 2010
katok-katok, kemek-kemuk
22mei2010, nilai - 4pagi aku telah terjaga dari lena mencapai terus buku nota Jutawan nota motivasi, ditulis oleh seorang jutawan muda Malaysia, aaahhh.. buku percuma orang beri. membelek dan cuba memahami tips yang dikemukakan, hebat tapi dia dah berjaya. kalau orang sepertiku bagaimana? baru nak merangkak, silap2 merangkak habisla kena kokak. malam tadi pulang dari bangunan baru yang bakalku bangunkan sebuah pusat tahfiz dan anak yatim di kawasanku ini sebagai langkah jariahku andai aku ditarik mengadap Ilahi, adik beradikku yang membantu hingga keluar segala peluh hingg lewat tengah malam, sampai di rumah melihat akan insan yang dicintai lena kepenatan mengendong waris tunggalku, aaahhh apalagi terdaya hati kecilku bertutur, maafkan aku andai ku tak sempurna, atau impian mahligaimu tak seperti yang diimpikan, kerana aku memang begini.. lantas sebuah rancangan tv menjadi tatapanku setelah penat tubuhku pulang dari bekerja, 1pagi. sebuah kisah yang menarik minatku tentang usaha 'ramen girl'. gadis america di jepun belajar cara membuat sup ramen yang paling sedap. dia tak faham bahasa jepun, tetapi akhinya berjaya apabila yang diberikan itu datangnya dari hati sanubari. kena ikhlas berikan yang terbaik. satu point yang cukup susah dan remeh untuk dilaksanakan. namun kerana pahit itu ubat, disitulah manisnya mungkin. siapa makan sushi, dialah terasa jepunnya.
Jumaat, 14 Mei 2010
aku, mereka, dan alphard...
cheras 14mei2010-5.48pm hem... hari yang sangat penuh bagi aku yang pertama kali melangkah ke alam ini, alam yang aku sendiri tahu apa maknanya... alam yang penuh cabaran dan telah terkeluar dari zon keselesaan yang pernah ku nyatakan dahulu... namun alam inilah yang ku rasakan kemanisannya menggigit keseluruhan jiwaku... namun, alam itu tidaklah seindah buat mereka, hanya peluang dan ruang yang mereka cuba tembusi kelemahanku, ya rabb.. aku mengakui kelemahan diriku sendiri di hadapan semua makhluk ciptaan-Mu, namun selagi nyawa dan nafas yang kau izinkan ianya hinggap di jasad hinaku ini, selagi itu deruman enjin 163 dengan 4 lejangku akan berpadu dengan enjinmekanikal buatan manusia 3.0cc, apa lagi yang aku boleh katakan, janganlah hanya menyerah pada takdir tanpa berikhtiar barang sehela nafas yang berhambus dari kedua corong fitrah ciptaan-Nya, ketika hati berkecamuk, bahasa menjadi bunuk, lantas ada yang mengecam tidak kurang pula yang mengancam, biarkanlah luncai terjun dengan labu-labunya, kerana apabila kita di sana, kita ada KITA, dan sebatang KARA.
Sabtu, 8 Mei 2010
alam baru @ barua
9 mei 2010 - ketika mata pembaca blog melayari butir- butir huruf yang tertera pada coretan ini, ketika ini telinga aku sedang mendengar kuliah penyelidikan di salah satu universiti awam di Malaysia. tertarik dengan kuliah pensyarah berteka-teki dnegan para pelajar, betapa sensitifnya orang Islam apabila menyentuh isu babi, bahkan hadith nabi yang mengibaratkan mereka yang mengamalkan riba seperti memakan daging babi, HARAM. namun, ada pandangan manusia yang menerbalikkan hadith tadi dengan menghukumkan menyentuh dan bermain dengan ekor babi tiadalah haram hukumnya, kerana dalil hanya menyatakan haram memakannya sahaja. ok, balik semula kepada soalan babi tadi, bila manakah kereta kancil boleh bertukar menjadi babi??? hahaha... soalan ini ku utarakan dalam ceramah di sebuah surau di Nilai, semuanya terdiam. aku hanya ketawa di dalam hati. hahhaha. ketawa lagi. hahahaha lagi- lagi ketawa. nak tahu jawapannya??? kancil bertukar jadi babi bila kereta tadi meletakkan kereta di antara kereta besar-besar, kita plak nak cari parking, ingatkan ada kosong... iba-tiba dah nak masuk, tengok ada kancil tadi, pergh... terpacul lah dar mulut driver tadi, "babi betul"... hahaha... kan kancil dah bertukar jadi babi... moral penulisan kali ni, fikirlah sendiri.
Langgan:
Catatan (Atom)