Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Jumaat, 14 Mei 2010

aku, mereka, dan alphard...


cheras 14mei2010-5.48pm hem... hari yang sangat penuh bagi aku yang pertama kali melangkah ke alam ini, alam yang aku sendiri tahu apa maknanya... alam yang penuh cabaran dan telah terkeluar dari zon keselesaan yang pernah ku nyatakan dahulu... namun alam inilah yang ku rasakan kemanisannya menggigit keseluruhan jiwaku... namun, alam itu tidaklah seindah buat mereka, hanya peluang dan ruang yang mereka cuba tembusi kelemahanku, ya rabb.. aku mengakui kelemahan diriku sendiri di hadapan semua makhluk ciptaan-Mu, namun selagi nyawa dan nafas yang kau izinkan ianya hinggap di jasad hinaku ini, selagi itu deruman enjin 163 dengan 4 lejangku akan berpadu dengan enjinmekanikal buatan manusia 3.0cc, apa lagi yang aku boleh katakan, janganlah hanya menyerah pada takdir tanpa berikhtiar barang sehela nafas yang berhambus dari kedua corong fitrah ciptaan-Nya, ketika hati berkecamuk, bahasa menjadi bunuk, lantas ada yang mengecam tidak kurang pula yang mengancam, biarkanlah luncai terjun dengan labu-labunya, kerana apabila kita di sana, kita ada KITA, dan sebatang KARA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan