22mei2010, nilai - 4pagi aku telah terjaga dari lena mencapai terus buku nota Jutawan nota motivasi, ditulis oleh seorang jutawan muda Malaysia, aaahhh.. buku percuma orang beri. membelek dan cuba memahami tips yang dikemukakan, hebat tapi dia dah berjaya. kalau orang sepertiku bagaimana? baru nak merangkak, silap2 merangkak habisla kena kokak. malam tadi pulang dari bangunan baru yang bakalku bangunkan sebuah pusat tahfiz dan anak yatim di kawasanku ini sebagai langkah jariahku andai aku ditarik mengadap Ilahi, adik beradikku yang membantu hingga keluar segala peluh hingg lewat tengah malam, sampai di rumah melihat akan insan yang dicintai lena kepenatan mengendong waris tunggalku, aaahhh apalagi terdaya hati kecilku bertutur, maafkan aku andai ku tak sempurna, atau impian mahligaimu tak seperti yang diimpikan, kerana aku memang begini.. lantas sebuah rancangan tv menjadi tatapanku setelah penat tubuhku pulang dari bekerja, 1pagi. sebuah kisah yang menarik minatku tentang usaha 'ramen girl'. gadis america di jepun belajar cara membuat sup ramen yang paling sedap. dia tak faham bahasa jepun, tetapi akhinya berjaya apabila yang diberikan itu datangnya dari hati sanubari. kena ikhlas berikan yang terbaik. satu point yang cukup susah dan remeh untuk dilaksanakan. namun kerana pahit itu ubat, disitulah manisnya mungkin. siapa makan sushi, dialah terasa jepunnya.
Jumaat, 21 Mei 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan