Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Khamis, 4 November 2010

“If you get in trouble because of your own stupidity, then that’s your choice. But don’t get others in trouble because of your stupidity.”

Nilai Impian 4nov2010 - ketika ini aku rasa sangat bahagia dalan ujian, manakan tidak, anas haziq dan mummy dia di sisiku, anak buahku ultraman debab pun ada, keluarga ada, alhamdulillah masih bersama kesemuanya, nikmat sementara selagi masih bernyawa, dan wow sangat pada minggu ini aku diuji dengan ujian dari profession sampinganku selaku imam rakyat. kisahnya bermula begini...

KES 1:

satu petang satu panggilan yang memintaku mengesahkan borang perkahwinannya, namun ku balas ambil semula pagi esok kerana aku tengah berjumpa seseorang, diizinkan tuhan pagi itu aku masih tidak membuat pengesahan kepada borangnya kerana panggilan menerima IJAZAH DARUSSYIFA yang ketiga oleh Tuan Guru, dan kerisauanku kepada Anas yang nafasnya tersekat-sekat kerana kahak, hem... segeraku ke hospital az zahra Bangi. terlupakan panggilan semalam, terus dimesejnya aku dengan penggunaan bahasa yang agak mencabarku yang tengah dalam kerisauan, kata orang tua jangan dijolok sarang tebuan, nah segala sms nya dalam bahasa inggeris ku balas jua dalam text yang sama, apa ingat imam sekarang ni bodoh ke xmreti bahasa inggeris, alah baru jadi attendant airport gaji dalam 4-5K je dah rasa hebat sangat, moga allah memabalasnya.. mempertikaikan penggunaan insha Allah, kerana aku tidak mengesahkan permastautinnya dan buat pengetahuan hamba Allah ni, datang alam 10.30pagi, dan dalam pukul 12 tengahari aku sahkan, adakah beza 2 jam ini terlalu besar bagi dia dan tidak boleh memahami keadaan diri aku yang aku di hospital, kalau ikut hati minta2 lah si sial ni ditimpa malang lebih dari aku, istighfar panjang....

Keesokannya, pengarah dari jabatan telefon dan memarahi aku dengan menyarankan agar aku meletakkan jawatan kerana hilang respect nya pada aku, aku dengan nada menggeletar menahan marah yang bagiku amat aib kerana menjawab panggilan di hadapan anak muridku di kuliah, mujur xde bahasa carut yang kulepaskan kepada mereka yang mengaku perwira agama, kalau berita si fasik datang kenalah periksa dan dengar dari sebelah pihak sahaja dan terus memarah2 aku ikut suka mak bapak dia, ingat aku ni pengemis minta rezeki dari dia, Allah yang menurunkan rezeki, itulah, kadang2 bila tinggi kedudukan lupa dah kita pada mereka yang di bawah. sedangkan sepanjang perkhidmatan aku xpernah ada masalah dan aku juga berkhidmat selagi nyawa pada badan, macam2 lagilah.. xsanggup ku tulis(kadang2 bagus juga blog ni tempat ku lepaskan tekanan melalui penulisan). dan kesimpulan dari kisah aku tadi, hamba Allah ni memang cari pasal, hari ni hantar borang, esok sahkan, lusa nak nikah dah, apa jenis makhluk yang gelojoh sangat dan langgar prosuder, siaplah ko kalau aku berkuasa nanti, YA ALLAH! KURNIAKANLAH KTENANGAN DUNIA AKHIRAT, HINDARKAN KAMI DARI AZABMU, TAMBAHKAN KAMI NUR HIDAYAH MU...




KES 2:

ni satu lagi dungu, geram dan menyirap je aku, dan aku mulai merasai yang Allah beri lagi aku ujian demi ujian dan dalam masa yang sama ada ketenangan yang disalurkan. ini kes pekerja ku yang dulu nya sangatlah aku puji tanpa sebarang masalah dan tiba2 kerana hasutan dan kebodohannya aku juga yang dibusukkan, xpelah nabi s.a.w suruh ajar kita maafkan semua orang setiap hari walaupun bukan kita yang salah. dan di sini juga aku perlu buat satu backup plan berkaitan dengan pengurusan permasalahan jika berlaku di masa2 akan datang, maklumlah kenalah beringat, sendiri makan pengat, hehehehe...so terima kasih tuhan kerana masih menyayangiku selaku hamba yg kerdil lagi hina, walaupun ujian ini berat namun dalam hati mesti mau berani... if not u will MATI!!!




Kes 3:

apa kes banyak sangat? sambung la...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan