Nilai,30-10-10 wow, bila agaknya dapat rasa jadi GM, hehehe... balik dari berjumpa dengan'abang'@sifu@mentor ku, persoalan ini bermain di fikiran dan aku, pastinya akan set minda aku untuk jadi sepertinya atau mungkin lebih bagus darinya, minda kena cerah beb!!! alhamdulillah sekarang dia dah bergelar GM bagi sebuah company GLC yang masyhur, menceritakan pengalamannya kepadaku setelah aku 'down' kecewa dengan kedatangan satu sms petang tadi... hampir keseluruhan kotak pemikiran menjadi berkarat kerana sms keparat tu, yang pasti, aku buat benda yang betul dan akutakkan mengalah kerana satu suara sumbang macam tu. Allah Maha adil, malam ni terus mentor ku tadi berkongsi meriangkan fikiran ku semula, oh sebut pasal riang, tentunya sinonim dengan McD, well.. ada invitation kad untuk aku rasmikan majlis mereka esok, tunggu...
... dan pada malam tadi juga, secara bersungguh-sungguhnya, daddy anas telah memasang kipas yang baru di bilik hotel kita bagi keselesaan anakanda, perasaan memiliki dan dimiliki memang berbeza, ayah sanggup berkorban nyawa untuk anak mereka, namun anak susah untuk berhempas pulas untuk ibu dan ayah mereka, sampaikan media pun melaporkan perkara-perkara yang akal waras aku xboleh nak terima, anak tumbuk ibu lah, anak terajang bapa lah, sudah lama manusia hidup dalam derita lagi sengsara... tapi dalam hati masih ada sedikit rindu padanya...
balik cerita jadi GM, ada bilik besar, ada kereta syarikat, ada driver, ada s/u, ada staff yang ramai, ada kuasa set up meeting ikut cara kita, ada kaki bodek, bila masuk ofis orang panggil, boooossss!!!! tabik spring, wow..wow..wow.. gempak giler best, hem.. tapi itukah yang kita cari dalam hidup ni? bagi aku lah, memang bukan itu yang dicari, tapi itu yg direzekikan untuk kita, dan untuk capai pada tahap itu hidup mesti sentiasa lurus, jangan menyimpang, jangan takabbur, biar besar hati tapi bukan besar diri, biar hidung kembang tapi jangan bontot kembang(erk... ada ke peribahasa ni?) dan menurut mentor ku yang baru umur 42 memegang jawatan orang yang 50 ke atas, status tersebut yang berimej corporate perlu diwujudkan bagi membezakan dan mengasingkan GM-GM dari kucing-kucing kurap yang sentiasa nak pedajalkan mereka, lumrah dunia kan, ada je peluang terus terkam.. gurau kasar yang jujur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan