Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Rabu, 22 Disember 2010

Daddy Cool

22dis2010, 4pm, Nilai - dikala ini hujan lebat mencucuri atap rumahku dan mereka, namun kepenatan hari ini adakalanya disulami kebahagian kerana bergelar bapa. teringat lagu Raihan, "Duhai anak" dalam bahasa Iban dan Kebangsaan, sentimentalnya lagu itu terasa kini dengan kelahiran Anas. Baru sahaja selesai memuat turun semua2 gambar ketika bersamanya dan 170anak orang yang lain pulang dari Petrosains, KLCC. Badan letih, hati berbuih, jiwa merintih, doaku pipih, senyum dalam sedih, ada hiburan buat yang kutagih, kasih...



maka sama2 kita saksikan jadual seorang bapa mithali ni lah(ewah up diri sendiri plak, dah xda sapa nak up, terpaksalah...)
3am -dodoikan Anas dan bagi susu
5.10am -bangun pagi bersiap nak ke masjid bertugas subuh
5.30am -letak Anas dalam bakul dan terus ke masji
5.40am -tenok tafsir dan ayat yang nak dibaca dalam subuh sambil susukan Anas
6.30am -balik ke rumah dan mandi sama2 Anas (cibuk najis, syampoo rambut, pakai pampers, pakai baju, bedak, minyak yuyi, panas air, bancuh susu bla..bla..)
7.am -bawa Anas dalam bakul dan letak kat seat depan ke KL, keje... (dalam kete xleh dengar Sinar.fm dah, kena pasang zikir bagi dia dengar, sambil jalan jem susukan Anas lagi sebab dah biasa susu lepas mandi)
8.am -sambil mengajar dodoi Anas biar tido
9.45am -Anas menyanyi lagu lapar(bancuh susu lagi kali ni xtido nak main plak)
10.30am - "
11.45am - "
1.09pm - "
2.09pm - "
3.00pm -aku cabut balik dari keje dalam kete susukan lagi masa jalan sesak sikit, harap2 polis xnampak
4.00pm -sampai rumah, alhamdulillah - mummy dia dah sampai. habis lah part daddy cool
walaupun is3 penat balik keje, suami mithali ni tetap tolong walaupun is3 berada di rumah, maknanya... ehem..ehem..


kenapa anda berkahwin? keseronokan? atau ketanggungjawaban? kesemua sekali adalah jawapan. sunnah rasul ikutan zaman. setelah berhempas pulas, bertungkus lumus, bergolok-gadai, bila dirasa madu kejayaan, kebahagian, bagaikan hilang segala pilu menahan rindu, bagaikan tercucuk tayar kereta lawan, bagaikan terpegang tangan sang puteri, bila malam memunculkan diri, bagai dinasour dilahirkan semula, bagai api dalam sekam, bagai anjing dengan bayang-bayang, murid-murid itulah peribahasa kita untuk hari ni, terima kasih.

Sebagai lipatan sejarah dan kenangan bersama Undang Luak Sungei Ujong, kebawah Kaus YTM Dato' Klana Petra, dalam majlis bersama rakyat sambutan Maal Hijrah 1432H, bersama tajdidkan keazaman kita semula menjunjung segala syariat Allah di atas muka bumi ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan