Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Jumaat, 21 Januari 2011

bila lebih memberilah...

Nilai 22Januari 2011 - hah, alhamdulillah melangkah juga kita ke tahun baru.. masih ada usia, kesihatan, kelapangan, kekayaan dan kebahagian. dan tahun baru ini penuh dengan pelbagai kisah yang berlaku dalam hidup ku...

Pendidikan
Alhamdulillah xde subjek yang kantoi, dan berjaya exam di dua universiti dalam keadaan yang terbaik, dah tahun2 akhir gini bila member2 ada yang sngkut, seram sejuk gak.. hem segala puji bagiNya yang dengar rintihan hambanya ini. namun yang tinggal kini hanya lah tesis yang perlu aku siapkan dan akan aku buktikan kepada diriku, I CAN DO IT!!! Peguam membela masyarakat... hehehe semangat pagi sebab dah pakai samsung GALAXY Tab 5, terbaik habaq hang!!!

Keluarga
Alhamdulillah, anas dah boleh minum susu botol, dan aku xperlu nak hantar ke rumah pengasuh kerana atok dia jaga, gilir2 la, walaupun kekadang kena juga bawa dia ke masjid bila time bertugas, hehehe... Mr.MAMA orang panggil aku skang, layan kan je... Anas pun alhamdulillah dah di aqiqahkan dan di tahnikkan oleh Sheikh Solah sendiri, makbul hajatku dan agar dia menjadi pejuang agama dan ulama besar yang bermanfaat kepada masyarakat, alhamdulillah, moga dia walaupun ada suka, namun duka tetaap ada, nenek mertua dan pakcik aku baru sahaja meninggal dunia dan alhamdulillah aku berkesempatan ziarahi mereka dan membantu sedikit sebanyak, hem... anak muda di luar sana patut tengok proses uruskan jenazah agar sentiasa menginsafi setiap detik kehidupan yang dikurniakan.


Kerjaya(imam & pendakwah)
alhamdulillah, suara sumbang jemaah yang kata aku x datang bertugas dah tahu punca si pembawa fitnah, tambah plak lagi aku tengah wat marathon khatam al-Quran dalam solat subuh disamping tu memberikan tafsir ayat yang aku bacakan, so sapa nak cari Imam Razi lepas ni, datang subuh la, kalau nak mencabar sangat. Allah kasihani aku, alhamdulillah.

Kenderaan
Alhamdulillah... akhirnya aku berjaya menukar tayar kereta triton ku ke size kedua besar yang kete tu boleh masuk, dan aku memang dah jadi geng 4x4 dan tahu mana bengkel terbaik hasil dari kemakbulan doa yang Allah taala perkenankan... amin ya rabb dan aku mungkan terpaksa menambah kenderaan yang ke-8, kali ni aku beli vannette je untuk kegunaan pekerja bersamaku... giler lah nak mebayor... kalau roadtax mati lagi fenin hahaha sendiri cari nahas.


Jihad ekonomi (MINDACERAH AR RAZI (M) SDN.BHD)
alhamdulillah... tadika Islam berjaya buka, KAFA di bangunan baharu, Tahfiz akan di buka Februari ini jika tiada aral, car wash juga berjaya setting, mujur ada kawan di sekeliling dan adik beradik, walaupun belum 100% berjaya, namun tahun ini kelegaan berbanding tahun sebelumnya, kelam-kabut seiihh...masyarakat dah mula buka mata atas usaha yang aku buat, bukan nak dapat Dato' cuma nak berbakti kepada masyarakat, ustaz hari ni asyik membebel kat atas meja ceramah, namun berjuangnya belum tahu... bukan nak mendabik dada, biar diri beringat setiap ayat yang terbuka, moga terampun segala dosa.

coretan kali ini bukan untuk takabbur, sahaja aku tulis agar ianya menjadi catatan untukku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan