Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Rabu, 13 Julai 2011

Jangan berumah di tepi pantai, kalau takut Tsunami

pisendiri, 14Julai2011 - Semua orang suka ke tepi pantai, lebih-lebih lagi suasana di kala matahari ingin menukar shift kerja dengan sang bulan, hembusan monsun dari laut ke pantai, menjadikan manu damai, keturunan manu juga damai, bak kata pujangga, sekali air bah, sekali itu pantai berubah. Pasang surut rumah tangga tidak boleh dinafikan, dan tulisanku pada kali ini berkongsi sedikit sebanyak pengalaman tersebut. Aku pernah dihubungi orang sehingga 4jam bercerita masalah rumahtangganya, didatangi manusia sehingga jam 2-3pagi kerana bertanyakan pendapat berkaitan rumahtangga, dan membuat hujah bagi kes-kes rumahtangga dan aku manu yang biasa juga tidak lepas dari melalui pasang surut tersebut.

Siapa sangka email yang dihantar ke si dia menjadi punca pergaduhan hebat semalam. Segala temberangku telah pecah. Aku menyesal. Menyesal bukan kerana mengirim email tersebut tetapi menyesal dengan perbuatanku yang sambil lewa membuatkan aku tidak menyimpan email itu dengan baik, dan apabila terhidu oleh isteriku, apa lagi nak dikata. Ternganga lah nak menjawab, dan aku terpaksa ceritakan dari A-Z.

Mujurlah buah hati aku yang encem ini mengubat lara kami, ini pun selepas melalak sekuat hati kerana takut aku tinggalkan dia, mandi pun kena buka pintu bilik air bagi dia tengok, dia takut kehilangan orang yang dia sayang, begitu juga kita, dan begitu juga kesemua mak bapa yang waras atas muka bumi ini, sudah pasti kita sangat gusar bila 'kehilangan' itu datang, hanya jiwa dan iman yang kental sahaja membuatkan kita berjaya menempuhnya..


Salah aku ke kalau mimpi yang datang semasa tidur berkaitan si dia? Salah aku ke perasaan suka muncul di hati kita? Salah aku ke jika hadirnya bukan diundang? Siapa kita ingin menolak cintanya? Ini semua kata-kata dusta kerana aku makin tidak mengenali diriku lagi. Aku sedang melakukan tranformasi hidup, dari zaman belajar sambil bekerja ke suasana kerja sambil belajar di tempat baru. Aku sedang belajar jadi bapa yang terbaik, sedang menyusun kotak emosi remaja menjadi lebih dewasa, dan itu adalah proses laluan semua manusia yang sempat merasainya. Ironinya, setiap laluan tersebut diringi dengan dugaan dan ujian. Moga aku tabah melaluinya.

Coretanku ini memang aku sahaja yang faham kerana takkanlah aku nak buka pekung di dada, buka kain untuk diintai, buka tudung saji untuk dimakan, aku faham emosi isteriku tatkala baca kiriman email tersebut. Siapa yang tak sakit hati kalau suaminya mengarang sesuatu yang berbaur cinta, tapi jujur aku katakan ianya tidak seperti yang ditelah. Aku risau faktor luaran akan menjadi ajinomoto penyedap perasa ceritera cinta ini.

Mengakhiri tonjolan papan kekunci ini, hanya TUHAN yang tahu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan