Sungai Ramal, 6Feb2013 - penulisanku ini terarah kepada kisah seorang tabi'in yang nabi SAW ada sebut perihalnya sebelum para sahabat dapat berjumpa dengannya sendiri. Beliau ialah sebagaimana yang tertera pada tajuk penulisan ini. malah sebab utama gambar-gambar yang berada di bawah ini disertakan walaupun bukanlah berkait dengan kisah Uwais tetapi sebagai makluman kuasa minat dan minda telah berjaya membuktikan kehebatan Allah SWT.
Contohnya begini, satu video klip yang bertajuk 'sayang' yang dinyanyikan oleh Shae seorang penyanyi dari Indon. Pada asalnya aku telah memikirkan untuk menontonnya di sebuah rancangan Malaysia Hari Ini(MHI) tetapi entah macam mana aku terlupa menontonnya. Program bersama peguam syarie di Karangkraf telah menyebabkan aku bertemunya secara 'live'. Aku berniat dan telah aku set kan dalam minda dan akhirnya Allah izinkan aku berjumpanya.
Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Ali k.w.: “Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. Kamu berdua pergilah mencari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”
Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah S.A.W: “Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, ya Rasulullah?” Rasulullah S.A.W menjawab: “Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian.”
Memang benarlah kata-kata Rasulullah S.A.W, Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Mereka memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu juga dengan Uwais al-Qarni. Pada pandangan mata kasar, tidak mungkin dia orang yang Rasulullah S.A.W maksudkan kerana di kalangan orang awam, Uwais dianggap sebagai seorang yang kurang waras.
Uwais
Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak, badannya putih, yakni
putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia seorang berpenyakit
sopak, dia adalah seorang yang soleh yang amat mengambil berat
tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk
mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia
masih kecil lagi. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan
ibunya menjaganya sampai beliau dewasa.
Suatu
hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin untuk
mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya berikhtiar agar dia dapat
membawanya ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang
miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya
kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji dari
Yaman ke Mekah perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di
atasnya ‘Haudat’. Haudat ialah sebuah rumah kecil yang diletakkan
di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa namun
perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang
demikian. Beliau tidak memiliki unta dan juga tidak mampu untuk
membayar sewa.
Pada
suatu hari, ibu Uwais yang semakin uzur berkata kepada anaknya:
“Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu,
ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji.”
Uwais
mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir
dan sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil di atas
sebuah ‘Tilal’ iaitu sebuah tanah tinggi (rumah untuk lembu itu
di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari beliau akan
mendukung anak lembu untuk naik ke atas Tilal. Pagi esoknya beliau
akan mendukung lembu itu turun dari Tilal tersebut untuk diberi
makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia
mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu
makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan
beliau kurang waras.
Memang
pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap
hari mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi dibawa turun bukit.
Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais seorang yang
bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas enam bulan lembu itu
sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi
kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan
naik bukit setiap hari.
Selepas
lapan bulan, apabila sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu
adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia
telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekah dengan kedua
tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan
seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh
didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan. Dia
membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari
Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan
senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya
pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Setelah
pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya: “Uwais, apa yang kamu
doakan sepanjang kamu berada di Mekah?”
Uwais
menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua
dosa-dosa ibu”.
Ibunya
bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu?”
Uwais
menjawab: “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga.
Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga.”
Ibunya
berkata lagi: “Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah
hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.”
Uwais berkata: “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.”
Ibunya
menambah: “Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah
ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa.”
Akhirnya
Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais
lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah
menyembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu.
Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya, dia berdoa:
“Tolonglah ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih
pada badanku ini melainkan tinggalkanlah sedikit.”
Allah
SWT lalu menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh
badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di
tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais kerana permintaannya,
kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang
disebut Rasulullah S.A.W kepada Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali:
“Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih,
bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu, dialah Uwais
al-Qarni.”
Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W, mereka meminta supaya Uwais berdoa agar Allah SWT berkenan mengampuni semua dosa-dosa mereka berdua.
Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali, beliau berkata: “Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah S.A.W kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku.” Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.
Setelah itu Sayyidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, bertanya kepadanya: “Anda hendak pergi ke mana?” “Kufah”, jawab Uwais. Sayyidina Umar bertanya lagi: “Mahukah aku tuliskan surat kepada Gabenor Kufah agar melayanimu?” Uwais menjawab: “Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.”
Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada ibunya. Seorang Wali Allah yang tidak terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di langit. Wallahua’lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan