Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Khamis, 18 Julai 2013

Corat-coret Ramadhan ke10 1434H

SungaiRamalDalam, 19Julai2013 - banyak juga peristiwa yang berlaku dalam bulan ramadhan ini, apabila ketika aku memberikan tazkirah di surau Desa Kasia selepas subuh ramadhan yang ke 7 kalau tak silap, bila aku menyampaikan tajuk hikmah berpuasa dengan menggunakan teknik sentuhan qalbu satu teknik penyampaian dakwah muhasabah secara bermuzik latar, bila ada alunan yang menggesek kesedihan mereka mudah tersentuh dan menitiskan air mata. bukanlah tujuan dakwah ini mahu mereka menangis nampak macam insaf dan kemudian buat semula, cumanya dalam surah an Najm bila mana Allah SWT suruh kita banyakkan menangis daripada ketawa. sekurang-kurangnya, perasaan insaf itu lahir pada masa itu dan ketika itu bukanlah satu pembohongan kerana kita bukan sedang berlakon di hadapan kamera yang menuntut aksi tangisan, tetapi kerana sepi memandang diri sendiri yang banyak melakukan silap dan salah apatah lagi dalam bulan ramadhan, dan perasaan kehambaan dan dambarkan cinta Tuhan menebal dan memanisi sebuah perjalanan kehidupan.
Gambar kedua-dua ini semasa berada di Surau Hidayah Desa Kolej Nilai, dan aku sememangnya melazimi berpakaian seakana imam dari masjidilharam kerana beberapa perkara, pertama semua jubah atau qutrah ini dihadiahkan bermula aku dari sekolah rendah dibelikan oleh umi, kemudian semasa belajar di universiti dihadiahkan oleh pensyarah, Asywaq dan juga semasa menjadi imam di tahun terakhir bertugas dihadiahkan oleh jemaah, betapa aku sangat menghargainya, kedua disebabkan pakaian jubah yang bersulam emas ini, adalah pakaian terbaik yang aku ada untuk aku mengadap dan berkata-kata dengan Tuhan sekalian alam, apalah sangat kita bila berjumpa manusia berjawatan bukan main bimbang jika dianggap tiada imej atau imej ketinggalan zaman tetapi buat selamba bila mengadap Allah, tu yang kekadang solatnya dengan hanya diselimuti singlet buruk dan koyak, walaupun sah tetapi kurang akhlak, dan alasan yang ketiga disebabkan cita-citaku semenjak dahulu mahu menjadi imam masjidilharam.
Hari yang kesepuluh ramadhan penuh dengan keindahan dan kemanisan iman, seolah-olah Allah SWT begitu hampir kepada aku dan dekatnya itu seolah-olah rutin kehidupan biasa sebagai seorang peguam berjalan seperti hari-hari yang tidak berpuasa, bezanya bangkit awal bersahur. kali ini, puasaku dengan sedikit bahan tambahan makanan kerana bercadang untuk mengecilkan sedikit lemak-lemak di perut ini.

ajaibnya, aku tidak berasa lapar di waktu puncak dan masih boleh ke mahkamah sehingga di hujung Melaka, Jasin dan sebagainya dengan momentum tenaga yang sama, bahkan di sebelah malam memenuhi undangan jemputan ramadhan sebagai pentazkirah mahupun imam terawih. Alhamdulillah masih ada ada yang peduli dan sayang.
Kalau bab makan, alhamdulillah tahun ini aku tidak seperti tahun-tahun sebelum yang agak kerap berbuka di luar dan bukannya membazir tetapi mencari kepuasan dan mengubat rasa dukacita bila tidak bertugas menjadi imam masjid. perasaan rasa tersisih dan kosong seolah-olah orang yang kalah di medan perang dan diejek oleh musuh dan orang sendiri kerana tidak berjaya dan dianggap 'looser', pernah ada perasaan itu? anda akan faham, isunya bukan siapa benar atau bathil, tetapi siapa yang masih di dalam berbanding di luar gelanggang.
tahun ini ada perubahan bagiku dalam menangani ramadhan, menjadi imam mahupun jemputan tazkirah sahaja namun agak penuh juga jadualku. Aku memanglah merindui zaman menjadi imam tetapi belum ada rezeki dan pengunduranku dalam bidang ini sebenarnya bukanlah tanda kalah, tetapi aku berundur untuk terbang lebih tinggi. seperti singa yang mahu membaham mangsanya, dia akan berundur ke belakang sebelum melompat.
sebenarnya berazam untuk tidak makan nasi sepanjang bulan puasa kecuali masa bersahur. dan juga berazam untuk tidak makan di luar kerana mahu menjimatkan wang belanja, tetapi apakan daya hari pertama berpuasa dah dapat jemputan berbuka bersama makcik dan juga seorang ASP polis yang baharu peluk Islam. kesian beliau kerana diuji saban hari. moga Allah merahmatinya.
tengok itu budak tak puasa, bukan main senyum dia bila berbuka kat hotel ke, hehehe kut macam mana pun syukur pada Allah sebab dapat belanja keluarga berbuka, sebenarnya nak ambil pahala sebagaimana puasa mereka, itu kan mafhum hadith yang nabi SAW galakkan bila masuk bulan puasa kita belanja orang berbuka. jangan jadi sampai bawah ni sudah lah, hehehe...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan