Sri Hartamas 28September2013 - aku cuba tambah add value dalam diri lagi dan sekali lagi membuat perkara yang tak pernah aku buat sbeelum ini, belajar bahasa KOREA. hehehe... dan aku dah boleh dan membaca sedikit sebanyak bahasa asing ini, bukan sebab program Runningman or kemaruk drama korea, tapi sebenarnya semua ini adalah sebab aku makin suka belajar bahasa ini dan aku ada perancangan untuk ke sana suatu hari nanti. Insha allah ada misi dakwah di sana. cuma macam biasalah terkadang bila kita minat suatu perkara tak semestinya pasangan kita akan minat perkara yang sama, jadi kenalah meletakkan minat tersbeut dalam keadaan yang tidak melampau walaupun kita sedih sebab terlepas beberapa episod kerana memberi laluan kepada rakan serumah melihat saluran lain, hem, walaupun ko yang bayar.
Oh ya, sekali lagi saudara mara yang perasan aku di tv telah menghubungiku dan sibuk bertanyakan pasal program tersebut dan aku masukkan sedikit potongan rakaman semasa ujibakat tersebut. bukan untuk takabbur pun sekadar diari siberku sahaja.
bagi aku, aku sertai program ini bukan nak memalukan diri sendiri, tetapi mencari identiti diri yang aku boleh harunginya dan membawanya ke akhirat dalam bekalan bertemu Tuhan kelak, sudah pasti aku berharapan optimis dengan meletakkan kejayaan, pengalaman serta ilmu sebagai bonus sebaik menyertai rancangan ini. apatah lagi, ketandusan teknik berdakwah yang dimiliki kerana bukanlah bidang ini yang acapkali aku persembahkan dalam perwatakan di hadapan insan lain, aku banyak lemahnya, banyak sangat celanya, lantas aku memikirkan satu jalan pintas dan segera menyelami lautan dalam arena dakwah. Tambahan pula semenjak tidak memegang jawatan imam masjid, hampir setahun setengah menyebabkan aku rasa hampir 'zhulumat'. kalau dahulu setiap kali hari jumaat aku akan sentiasa berada di masjid awal kerana berkhutbah mahupun menguruskan persiapan masjid, tapi kini aku malu dengan diri sendiri mencari saf-saf bukannya di hadapan malah sebaliknya agar cepat keluar dan mudah habis, hem malunya aku padaMu Allah. sebab itulah, aku perlu lakukan sesuatu agar aku tidak terkebelakang dengan malu dan akhirnya tergelincir ke lembah kerugian, dalam masa yang sama aku yakin bahawa setiap kejadian ada hikmahnya dari Allah, cuma masa dan keadaannya belum lagi terungkai.
aku bertuah kerana bertemu dengan seorang guru korea yang sebenarnya seorang migrain yang lama duduk di Canada dan berketurunan korea. Perempuan dan telah bertunang, seorang guru di international school, berbahasa inggeris dan memang orang korea lah, Anyong Ha Sayo.. hehe so baharu 2 kali belajar tak lebih dari sejam lebih sikit setiap sesi, aku dah boleh menguasai prosedur bahasa ini, tahu huruf-huruf korea, menulis huruf-huruf korea dan telah hafaz beberapa konsonen penting dalam bahasa ini. Menarik bukan, itu yang guru aku, Mink katakan senang dibelajar berbanding bahasa inggeris tetapi agak susah dalam menyambung perkataan.
Mink beritahu lagi, ada kawan-kawan dia lelaki melayu yang berhasrat nak kahwin dengan orang perempuan korea, tetapi bila bab tukar agama mereka tidak sanggup sebab negara korea ada 4 musim dan bila masa musim sejuk mereka susah mendapatkan bekalan daging melainkan daging babi, jadi kalau mereka makan daging babi ini, mereka akan dimasukkan dalam neraka kerana makan benda-benda yang haram. Kahkahkahkah.. aku tergelak, dalam hati aku dah tak masuk Islam lagilah akan dicampak ke dalam neraka. salah nye orang Islam berdakwah, bukannya berkhatan, buang tatu, atau berhenti minum arak dan berjudi itu tanda Islam pada seseorang. Eloknya didakwahlah terlebih dahulu dan bila imannya telah kukuh barulah bercakap soal halal dan haram. Perlukan kepada Pencetus Ummah.
Inilah tulisan korea ku, kerana setiap kali kelas mink akan adakan ujian bagi subjek sebelum ini, dan kini aku memang dalam pengkorean tau.. chaiyl heyo!!!
ini orang ke memerang? hehehe.. sengaja aku masukkan gambar ni bagi mereka yang ikuti cerita karoot komedia, gelagat jep sepah yang selamba badak mensound partnernya, angah yang melakonkan watak wanita suci yang bakal dipinang, ada yang tanya aku kenapa ko tengok cerita-cerita bodoh ni? hehehe.. bagi aku, mesej sitkom ini mudah dan ringan dan boleh diterima tanpa berfikir. ada gelak, ada kisah dan ada teladan. wah mudahnya, bila nasihat dilakonkan dan kita boleh ambil ia atau tolak ia. so, salah ke?
dan akhirnya dalam penulisanku kali ini, walaupun aku menulis lopong sana dan lopong sini, mungkin aku kena ubah cara penulisanku ini, supaya aku dapat menghasilkan karya ilmiah menjadi taujihat kepada ummah bagi bersama-sama dalam keredhoaanNya, ya aku berjaya juga akhirnya menyiapkan tesis degree ketiga yang penuh dengan pancarobanya, segala puji bagi Allah.
Ada di kalangan kawan-kawan seperjuangan yang belum berjaya siapkan dan terpaksa menangguh pengajian semata-mata kerana latihan ilmiah ini, dan insha allah aku akan ceritakan sedikit sebanyak kisah ini di masa-masa hadapan, kalaulah ada jodoh kita, hehehehe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan