Shah Alam, 27September2013 - saat menghadapi kursus kepeguaman syariah di
Selangor yang diadakan di Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Selangor
berhadapan dnegan masjid negeri shah alam, aku mengambil sedikit
ruang masa dalam menyatakan sedikit maksud yang telah terjadi dalam
hidupku. minggu yang penuh dengan program-program memajukan diri
menjadikan aku maju ke hadapan dan berundur dalam perkara yang
bertentangan dengannya. Mudahnya bila kita sedang rajin maknanya kita
mengurangkan volume malas kita. dalam erti kata yang lain,
keseimbangan antara rajin dan malas adalah citarasa sempurna dalam
kehidupan.
bersama
dengan partner se-supervisor phd aku, menghadiri taklimat konvensyen
kewangan islam sedunia yang diadakan baharu ini di hotel istana, dan
paling seronok bila nama kami dicatat sebagai pensyarah UKM, hehehe..
mudah2an...
tertarik
dengan salah satu soalan yang dilontarkan kepada ahli panel forum
dalam bahasa arab apabila beliau menanyakan persoalan tentang
perbankan Islam yang masih ada unsur-unsur riba yang disifatkan
sebagai masih haram namun apabila turut membabitkan sektor kewangan
Islam di manakah Islamnya perbankan Islam?
maka
dijawab oleh tokoh perbankan Islam iaitu Sheikh Nizam yang
didatangkan dari saudi, menyatakan bahawa walaupun terdapat kelemahan
dalam perbankan Islam, tetapi kaedah menyatakan bahawa jika tak mampu
buat semua jangan tinggal semua, kalau seseorang itu minum arak buat
maksiat, buat perkara yang haram adakah dia tidak perlu menunaikan
solat, sebab Allah SWT ada berfirman dengan mendirikan solat maka
dapat mencegah daripada perkara keji dan mungkar, maknanya bila kita
solat kita tak buat perkara terkutuk, tapi bila solat tetap buat
maksiat maka tidak menggugurkan hukum wajib solat tadi.
dah
lama tak solat di masjid negeri, kali terakhir pun masa kecik-kecik
dulu abah bawa aku sekeluarga ke masjid ini, oh rupanya ada tangga
bergerak untuk naik ke tingkat atas masjid, dan paling seronok bila
bacaan imam di sini merdu dan terasa ke dalam hati. Allahu akbar!
terus menusuk ke dalam qalbuku dan melabelkan diri sendiri berada
dalam 'zulumat'. Tahu satu hal, sedar satu hal, nak perbaiki supaya keluar daripada ruangan dimensi yang dicipta sendiri agak sukar dan perlukan kepada tahap jihad. betul lah kata nabi SAW, tiada lagi hijrah selepas pembukaan kota mekah, melainkan jihad dan juga niat melaksanakan jihad tersebut.
setelah beberapa hari ini mendengar ceramah dan input yang bermanfaat, tiba masanya aku diberi penghormatan dengan menunaikan tanggungjawab 'output' pula, kembali ke zaman kecil-kecil dahulu semasa bersekolah di kampung sri broleh batu pahat. aku ingat lagi masa di sini bersekolah sekejap sementelah ummi dan abah menerima jemputan Ilahi menunaikan haji dan aku ketika itu baharu darjah dua. kenal erti 'budak kampung'. main banjir, tangkap belalang, mandi sungai, main longkang, berbasikal keliling kampung dan juga jatuh cinta dengan budak kampung, hehehe.. kalaulah cinta itu bukan jatuh, sudah pasti sampai ke langit ke tujuh.
tapi kali ini ceritanya lain, aku diminta untuk menyampaikan motivasi kepada pelajar-pelajar darjah 6 sekolah johor dan darjah khas tingkatan 1, hasil dari usaha keras makcik ku yang bersungguh menjemput, dan kebetulan aku pulang ke kampung, tetapi slot motivasi yang bermula seawal jam 8pagi telah menyedikitkan masa ku menonton cerita korea kegemaranku pada setiap pagi hujung minggu.
ummi juga hadir bersama isteri dan anas, yang mana semasa sesi ceramah diberikan tiba-tiba anas menjerit takut bila para peserta menjerit tanda semangat dalam hati. hehehehe..muka macho, perangai ganas, tapi ada taman dalam hati, anas..anas...
dalam sesi ini, aku tuliskan apa yang teringat dan tersempat aku rakamkan dalam diari ini, setelah lebih setahun duduk di sini, baharulah aku boleh mencari sedikit hobi baharu dan cuba mengahayati sunnah nabi SAW. ya, aku belajar menunggang kuda, dan anggapanku pada sunnah ini meleset kerana bukanlah semudah yang aku sangkakan. kena belajar bahasa kuda, melompat di atas kuda dan akhirnya baharulah boleh menguasai rentak permainan kuda. patutlah orang yang menyukai sukan kuda akan kurus kerana sememangnya perlukan stamina yang kuat. baharu sehari mencuba terasa sakit tubuh badanku semua.
dan akhirnya kembali kepada tajuk penulisan hari ini, KIMCHI. ada sebuah rancangan di tv2 setiap jam 5 petang pada hari rabu dan jumaat rasanya yang mengisahkan pasal sebuah keluarga di korea yang mengusahakan makanan kimchi dengan resipi tuurn temurun, bahkan makanan ini dimakan oleh orang korea pada setiap kali waktu makan, baik pagi, tengahari atau malam. kebetulan baharu-baharu ini aku bersama dengan guru koreaku menikmati makanan kimchi ini, dan dia memberitahu bahawa rasanya seakan tomyam tetapi menggunakan kubis cina yang panjang dan diperam dengan digaulkan sedikit cuka, garam, dan bahan-bahan tertentu, atau aku andaikan ia seperti arca bila makan kenduri. tapi bila makan terasa dah macam orang korea walaupun baru makan sikit, hehehe... orang korea sibuk migrate ke malaysia, tapi aku pula sibuk-sibuk nak ke sana. oh tidak dilupakan ramen yang rasanya seperti maggi tawar..
apa konklusi daripada makanan yang aku ceritakan ini, jika kita ni orang melayu malaysia dan biasa dah dengan makanan melayu kita tetap akan jadi melayu. walau sesedap mana pun makanan asing bila sampai ke makanan yang paling kita inginkan, ia tetap makanan sendiri dan jatidiri sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan