Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Rabu, 4 September 2013

Atap Bertunang

Banting, 31Ogos2013 - Merdeka! Merdeka! Merdeka! teringat semasa zaman di sekolah dahulu, di saat ini, ada sahaja idea bagi mewarnai dan memaknai erti sebuah kemerdekaan. ingat lagi semasa berada di sekolah menengah, detik 12 malam adalah saat dinantikan, di mana aku and the gang akan mengepam, atau bahasa jermannya 'menflush' semua jamban di tandas asrama dari tingkat bawah sampai ke atas. bodoh betul masa tu, nasib baik tak jumpa hantu asrama makcik jual karipap ke dan lain-lain. 

satu lagi memori masa merdeka, pada sebelah malamnya terasa lah nak ke dataran merdeka melihat bunga api atau gelagat muda-mudi remaja, almaklumlah, dahulu sekolah pondok mana pernah nak buat  jahat, tetapi memang tidak berjayalah agendaku semasa itu, budak muda darah panas dan pendek akal, masa sekolah dahulu aku ada menyimpan sebuah motosikal kriss110cc bagi digunakan untuk aku keluar dari asrama secara bebas, hahahaha... nakal sangat kut masa dahulu, aku dan awang asmawie, budak sabah. dia terjebak dalam kes aku naik motor menuju ke dataran merdeka. nak dijadikan cerita entah macam mana pada jalan dari cheras ke dataran ada pulak roadblock, dan masa tu lesen aku hanyalah lesen L, mana boleh bonceng orang dan kalau lah kena tangkap malam tu, mesti memalukan keluarga dan silap-silap kena buang asrama, kalau aku sorang je takpe, ni pulak member kamcing dari sabah ba.. kesian dia nanti dan macam-macam aku berfikir dan berpeluh malam tu walaupun 12 malam suhu di KL agak sejuk jika menghirup udara luarnya.

Apa lagi, bagi nak mengelak dari kena tahan ngan tok misai, aku ngan awang angkat lah motor tu melepasi  devider dan ke sebelah jalan sana, hahaha.. keluarlah semua peluh jantan duk angkat moto entah berapa kilo tu, tapi ringan je, manakan tidak aku bercakap demikian sebab aku sendiri pernah angkat superbike aku yang jatuh di depan masjid seorang diri, hehehe.. tu pun ada kenangan. masa mula-mula pakai motor besar er6, balik raya dengan orang rumah ke gopeng, masa nak balik semula ke kl, lepas salam opah dan saudara-saudara, kira macam berlagak lah bawa moto besar, bini duk belakang, sekali boleh tergolek depan mereka masukkan gear 2, sebab langgar lecek masa di depan rumah opah, jatuh berdebub la macam nangka busuk... malunya hehehe
 sambung ke cerita atap bertunang, ya tarikh tersebut adalah tarikh pertunangan adinda saya yang di bawah saya yang sedang menguruskan sekolah dan syarikat saya di Nilai. tema kami pada hari itu adalah warna ungu tetapi nampak gayanya ketua rombongan pun tak pakai warna ungu dan yang seronoknya aku baharu sahaja pulang dari singapura dengan keadaan kaki yang sakit dan aku minta atap bawa alphard ni sementara aku duduk di belakang, barulah rasa nikmatnya ada kereta besar. baru tahu rasa hebat jadi bos dan ada pemandu. hehehe, kalau ada kemampuan kena cari ni driver untuk ku...
pasangan atap adalah ain, kerani di syarikat aku. maka aku kata dah jadi keluarga dah keadaan ni dan oklah tiada apa-apa halangan atau masalah pun, asalkan jangan berlakulah perkara-perkara yang tidak wajar di masa hadapan.
sebelah aku tu ialah makcik aku yang juga seorang guru, tengok muka buat macam tu tak senonoh betul, hehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan