Pusat Perubatan Universiti Malaya,11-10-10 - hem, jam di tangan dibaca dengan waktu 9.34malam, aku di depan pintu wad bersalin, menanti kelahiran putera kecil sulong ku, berdebar, tidak tentu hala.. maklum sajelah tiada pengalaman, bapa muda, darah muda, imam muda, air kelapa muda sedap juga minum ni, eh apa aku merepek ni, inilah apa yang ku katakan sebentar tadi tak tentu arah, namun yang pasti wajah kesayangan hamba berada dalam keadaan yang lebih sedih, takut dan takut sebagaimana firman Allah dalam surah Luqman, ibu yang mengandung ni wahnan ala wahnin, susah lagi disusahkan... kalau kita cemas la dulu masa nak ambil exam SPM, lulus ke xlulus, cemas nak amik lesen kereta pass ke gagal, cemas nak salam tok kadi, sah ke sekali lagi, Allahu Rabbi... ini berjuta2 kali cemas, ketiak tu dah berapa banyak kali basah, takut, antara hidup dan mati, cuba bayangkan kita ketika sedang menjawab soalan munkar nakir, aduuussshhh... sayu hati lihat kemalangan bas express yang mengakibatkan banyak nyawa hilang pada 10-10-10, sejarah mungkin berulang bila kita selalu lalai...
walaupun berdebar menunggu 'babyku' yang sebenar, 'babyku' yang palsu di atas telah ku makeup lampu belakangnya di AK Speed Serdang, maklumlah.. ah memang keturunan aku kut, suka pasal modifikasi kenderaan, lihat sajelah kete jentu ayahku, adik beradik ku, yang pasti model biasa alphard ni telah aku ubah dia agar jadi luar biasa, mana boleh biasa2 je, kenalah jadi luar biasa, tapi jangan sampai menggila, sampai spender letak kat luar dia, giler hapa...
oh ya, punya jauh la aku ke hulu-hilir PPUM ni, terserempak dengan rakan seangkatan semasa zaman persekolahan, kalau ikut kira-kira dah hampi 9 tahun aku xjumpa dia, pi mai pi mai tang tu.. pak ya.. pak ya.. hehe betapa Allah tu maha mengatur segalanya.. biasalah ayat-ayat pada blog yang paling lambat update dalam dunia kata fitri, kenalah elok2 sikit, bukan apa Bad, xbanyak followers ginilah gamaknya, hehe...
hem sementelah itu, panggilan dari abang angkatku yang terbaik, berkongsi pengalaman tentang perjalanan hidupnya sebagaimana aku sekarang ini, hidup yang pastinya tidak boleh sendirian berhad macam company, kerana Nabi isa A.S menyebut aku adalah aset bagi kamu dan begitulah sebaliknya, so aku lebih rela memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang aku pernah sakiti hati dan perasaannya daripada kesukaran di masa akan datang.. berundur tak bererti mundur, mengalah tak bererti kalah, kereta kenalah berundur dari parkirnya, kalau tak camne nak kuar dari rumah... hahaha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan