Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Khamis, 13 Oktober 2011

Pahang, here i come...

UKM Bangi, 22okt2011 - setelah 2 hari aku pulang dari Pahang membawa misi yang satu, memohon dengan rendah diri kepada Majlis Ugama Islam di sana agar aku boleh berjuang meletakkan hak pada yang berhak. Hidup ini adalah perjuangan. kesemuanya kena diperjuangkan dan berusaha untuk dapatkannya. baru-baru ni satu cerita sampai kepadaku seorang pelajar USIM yang dikenali sebagai 'selenga' semaasa belajar dahulu kini bergelar 'jutawan terpijak' kerana tanahnya di Kelantan telah dibeli oleh kerajaan bagi membolehkan sebuah projek lebuhraya dibina di sana. 'selenga' dengan contoh, baju pakai nak ke bandar pun tak digosok dengan baik, hanya ambil dari ampaian dan kibas kan. puuupp... jom gi KL. itulah namanya rezeki, ada yang terpijak, tetapi akuilah bahawa rezeki perlu diusahakan sebaiknya. rajin, dan bijak.

sebenarnya banyak yang terjadi dengan kisah-kisah yang menarik dalam hidupku untuk dikongsikan, namun apakan daya masa yang aku ada tidak digunakan sebaiknya sehingga aku terlalu sibuk untuk menulis. ada yang kata, kalau tak rajin tulis tak payah buka blog lah. ok, a admit that, my bad... so aku akan tulis mana yang aku ingat sahaja lah. 19 hingga 20 baru2 ni, pengalaman bersama seorang kawan peguam dari Pahang menjejakkan kaki ke semua mahkamah shariah di Pahang. 14 buah Mahkamah Tinggi dan Rendah. aku cuba gambarkan perjalanan tersebut di bawah:

19hb okt 2011
8.00am - keluar dari rumah ke USIM
9.30am - jadi hakim bagi pertandingan moot di USIM
10.30am - baru kelaur dari Nilai menuju ke Mahkamah KL
11.30am - jumpa client di Mahkamah KL
11.45am - bergerak ke Kuantan, kelajuan 150-170km/j
1.30pm - sampai di Gambang dan ambil kawan
2.15pm - masuk tol Gambang menghala ke Maran
3.00pm - sampai Mahkamah Maran dan menghala ke Chenor
3.30pm - sampai di Chenor menghala ke Temerloh
4.15pm - sampai di Temerloh menghala ke Bentong, dan dalam perjalanan terdapat kemalangan di highway
4.45pm - sampai di Bentong dan rehat makan dan solat
6.00pm - dari Bentong ke Cameron Highland, melalui Batang Kali, Hulu Selangor ikut Genting Highland hujan lebat dan jalan sempit kerana masuk dari Tapah, dengan kabus tebal.
10.30pm - sampai Cameron dan sewa budget hotel dengan RM40, makan malam dan terus tidur dengan badan sengal yang amat.
JUMLAH JAM PEMANDUAN IALAH 11 JAM

20hb okt 2011
7.30am - check out dan sarapan serta menghala ke Cameron court, seronok kalau keje sini, sejuk je... confirm bangun lewat sebab suasana dan pemandangan menenangkan tetapi menjadi gusar kerana terima sms Anas demam, mungkin kerana rindukan aku.
9.00am - dari Cameron menghala ke Kuala Lipis, jalan yang sunyi dan berada di tengah2 hutan belantara, kagum dengan keindahan alam semulajadi di kiri kanan jalan. Subhanallah!
11.30am - sampai di court Kuala Lipis menghala ke Raub
12.15pm - sampai di Raub menghala ke Jerantut, humangaihhh jalan Jerantut, selekoh dan sangat kekampungan. beberapa nama kawasan yang aku ingat, Gong Hub, Benta, Kg. Bunian dll
2.00pm - sampai Mahkamah Jerantut, makan dan 'melepas', sakit perut makan 2 pinggan bee hun goreng di Cameron.
2.45pm - hantar Shahir di Stesen Bas Jerantut dan aku memecut menghala ke Nilai.
4.45pm - sampai di Nilai dan amik Anas dari Taska. Lega, Alhamdulillah perjalananku selamat tiba.
6.30pm - menuju ke kelas MASTER UKM
11.30pm - sampai rumah kembali bersama yang semua disayangi
JUMLAH JAM PEMANDUAN IALAH 10 JAM

apa yang nak jadi pada aku baik buruk atau baik, semuanya "La haula wala Quwwata Ill Billah" tiada yang berkuasa melainkan izin Allah.

indah kalau hidup dalam keindahan, tetapi kesenangan perlu dicapai bukan dengan jalan pintas dan pantas, tetapi keringat dan darah, barulah nafas kesenangan dihembus indah...
mengkagumi kekayaan manusia...

belum semestinya bahagia jika kaya...

mahupun bermotor dan berkereta beser...

rasa bangga dengan suit dan diri menimbulkan rasa sombong manusia, itulah EGO... rasa hina manusia lain jika apa yang kita ada tiada pada mereka, Ya Allah, ampunkan kami..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan