UKM bangi, 29okt2011 - menceritakan perihal sendiri memang mengaibkan, apatah lagi ianya bukan lah sesuatu yang boleh dibanggakan. walaubagaimanapun aku melakukannya demi kebaiakna dan agar menjadi dorongan kepada orang lain terutama sebangsa dan agama denganku, agar bangkit dar i bangku bangun laju menuju cita-citamu. ketika aku menulis ni aku berada dalam kelas yang mana tiba-tiba pensyarah perlu menjelaskan kepada para pelajar tetapi dia sendiri kehilangan jejak ucapannya, menyebabkan aku memandangnya juga... sendiri belum tahu apa nak dikeluarkan sebagai buah bicara. biasalah lidah tidak bertulang.
Maka disebabkan lidah tidak bertulang itulah manusia begitu mudah melontarkan kata nista, kerana kata puji puja ini amat sedikit berbandingkan yang sebusuk longkang baunya. kenapa ni mam? aku bukanlah seorang 'emo' tetapi kerana kerja-kerja dajal yang iri hati dengan aku entah apa ke halnya ni aku berteka-teki tentang masa depanku yang akan datang, aku cuba melakukan yang terbaik namun manusia iblis yang aku gambarkan sebagai 'manusial' cuba menjatuhkan aku dengan konspirasi. kedukacitaan ini aku kongsikan bersama seorang teman dan aku terentap dengan ungkapannya, 'ustaz.. sabarlah. La haula wala quwwata illa billah - tiada yang berkuasa melainkan Allah. kalau mereka semua nak jatuhkan ustaz, ramai juga yang mendoakan ustaz agar terus berbakti...' padang pasir dukacitaku, basah dengan hujan pujukan hati... jangan bersedih.
kenangan berforum di Dataran Nilai dan alhamdulillah jemputan yang aku terima ini adalah kerana ada segelintir manusia yang mengahrgai ilmu dan bakat yang dipinjamkan kepadaku agar pendengar peroleh manfaat dan kuasa gerak.
inilah penggerak kesayanganku, walau apa pun yang terjadi dalam hidupku akan aku pastikan budak tenit ni didahulukan... oh semalam aku beli LC135Z yang baru, special edition.. tunggukan dalam blog akan datang
kalau my wife baca benda yang aku nak tulis ni pasti menyebabkan dia marah atau cemburu tetapi apa yang aku nak gambarkan kerana aku memahami diriku sendiri. aku seakan-akan perlukan cinta, dan isteri dan anakku adalah cintaku, sebagaimana transformers juga perlukan batu tenaga atau petroleum bagi menguatkan tenaganya. dunia perlukan cinta dan kasih sayang. Dunia ini tidak perlukan tambahan apa-apa, kerana gunung-ganang, lautan yang telah disediakan telah pun sempurna, apa yang kita perlu tambah ialah perasaan cinta dan kasih sayang.
dan aku akan melakukan yang terbaik untuk tugasku, namun andai kata perjuanganku gugur di pertengahan jalan, undurku bukan bermakna mundur tetapi berehat minum air kundur agar enjin tubuh yang panas kembali stabil dan subur, then langkah ku tidak lagi kendur... Takbir!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan