Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Jumaat, 21 Oktober 2011

Ada masa, semua boleh punya...

22hb oktober 2011, Dewan Kuliah Undang-undang UKM - dengan menggunakan kuasa kelajuan wifi dalam dewan kuliah ini, aku memutuskan untuk menulis sekali lagi entri blog aku bagi menampung segala lacuna sebelum ni, hehehe.. aku suka menulis dan memerhatikan, kerana bagiku membaca akan mengambil masa yang aku boleh gunakan secara lebih maksima. Ada yang kata kalau buat kerja 2 dalam satu atau 3 dalam satu akan menatijahkan sesuatu yang tidak sempurna dan sekadarnya sahaja, hem.. aku tidak nafikan cuma dalam situasi tertentu mungkin ada benarnya. Kalau menjala pada satu saliran sahaja, possibility untuk menangguk ikan dengan banyak adalah kurang nisbahnya berbanding menangguk dengan banyak. So aku masih berpegang pada kata-kata Sayyidina Khadijah r.a memaksimumkan jiwa dan diri hingga jualkan tulang belulang andai bermanfaat pada Islam.

aku nukilkan di sini di antara konsep jihad terkini yang aku bersetuju dengan padangan ulama ini kerana ada yang mempersoalkan aku oohhh imam, ramai 'awex' dalam akaun friend facebook aku dn jawapan aku mudah, aku juga melihat kepada mad'u.. orang yang didakwah kerana wanita adalah mangsa mudah bagi pemangsa iaitu lelaki. bagi yang lupa dan lalai, habislah kena jual semuanya. tengah ingat2 ni aku kongsikan beberapa fakta:
1- tahu tak Malaysia adalah pengimport terbanyak penghawa dingin ke negara-negara lain.
2 - tahu tak jenama carrierman atau Mr.Crrier adalah orang yang mencipta penghawa dingin bagi menyejukkan sebuah panggung wayang dan selepas itu dimodifikasikan kepada tempat-tempat lain
3- tahu tak pencipta facebook iaitu Zuckerberg baru berumur 27tahun dan memiliki asset sebanyak 4.7 billion USD kalau tak silap lah, kerana kekayaan yang dia sendiri tak duga.

tahniah kepada sahabatku Saufi Ahmad kerana telah bertunang kerana pada asalnya dia menyangkakan dia seorang yang susah jodoh kerana mengukur parameter ketidaklakuan sendiri. So aku telah diberi amanah dalam acara meminang sebagai jurucakap dan terima kasih Allah kerana memudahkan urusanku pada hari itu, mana tidaknya:
Ahad
5.00am - bertugas solat jemaah subuh
6.15am - menyampaikan kuliah subuh
7.30am - bersiap menyampaikan ceramah berkaitan solat berjemaah
8.00am - 11.00am - kursus imam dan bilal di Surau al-Hidayah Desa Kolej Nilai
11.30am - bergegas ke Greenwood, Gombak
12.30pm - acara meminang
12OKT2011....... HAPPY BIRTHDAY ANAS HAZIQ BIN MOHD FAKHRURRAZI...moga Allah merahmati hidupmu dan ayahanda doakan agar kita bertemu di syurga sebagai sebuah keluarga bahagia dan berjuanglah demi agama Allah.... nabi s.a.w memanggil memanggil anas r.a dengan gelaran Unais yang hidup bersama2 nabi s.a.w dari umur 7 tahun. gambar di atas semasa di dalam hospital PPUM bagi mengambil injection wajib bagi kanak-kanak berumur setahun. kena cucuk melalak lah sekejap then daddy pun bawalah kita gi jalan2 ke taman burung kl.

ni Anas yang takut ke mummy Anas yang takut ni? hehehe..

little birdy, hadiah birthday Anas, Nenek bagi... hehehe.. jadi anak soleh tau!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan