Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Khamis, 28 Jun 2012

akuarium, hidup ini bagai dalam balangnya...

Sg. Ramal, 28Jun2012 - setiap kali menulis sudah pasti akan ku berhentikan atau tangguhkan penulisan ku kerana kekangan-kekangan tertentu, apa-apa pun sebagaimana maksud penulisanku ini adalah untuk mengasah abakat yang tidak  tajam-tajam kerana faktor usia yang kian meningkat mengurangkan kecekapan hormon adrenalin berfungsi dengan baik. Kali ini, kisahku sekitar gambar yang telah diupload ceritanya lebih awal kerana gambar merakam kisah tetapi kisah dirakam oleh gambar minda. Faham? aku pun tak faham, kuang..kuang..kuang.. 

cerita pertama kita, ramai di antara kawan-kawan yang telah menegurkan, eh ko tukar kereta kecik ke? mana kereta-kereta besar ko? maka dengan bangga aku menjawab, ya, aku bagi adik aku pinjam triton dan aku pakai kereta dia dan bikin kereta dia macam-macam, macam kereta aku. hehehe... yelah, mana taknya, nak ke mahkamah pun susah, parking lagi nak buat u-turn, dan kerana itulah terasa seronok pula menggunakan kereta biasa kerana pada asalnya aku telah pun menempah Honda CRZ tetapi kecewa kerana kecil daripada jangkanku. Gambar di atas adalah proses penukaran batang ekzos yang mengganggu pemanduan aku dan pemanduan orang lain kerana ekzos pecah ni boleh dengar sehingga sebatu bahkan aku juga terasa berdengung selepas keluar dari kereta ni, well aku panggil ni kereta samseng! te..te..te..
cerita kedua, gambar di atas adalah pemilik kepada firma guaman Yaqub Ayub & Co, Gambar ini diambil sebagai tanda meraikan jamuan potluck kelas diploma guaman di UiTM Shah Alam bagi semester pertama yang terakhir. Tak sangka pejam celik aku dapat juga menghabiskan satu semester di sini kerana dalam masa yang sama aku juga ada kelas di UKM sabtu dan ahad. Alhamdulillah, Allah memudahkan aku, dan ini juga adalah sumbangan daripada kawan-kawan.
cerita ketiga ialah berkaitan budak dalam gambar ni, ok sebenarnya aku terkesan dengan cara pendidikan barat tentang kaedah mereka membesarkan anak-anak dengan membiarkan anak-anak mereka belajar dengan memerhatikan sains di sekeliling. Kalau di rancangan BabyTV di Astro, kita boleh tengok budak umur setahun, 6 bulan hinggalah 7 -9 tahun bermain dengan binatang-binatang secara langsung, anjing lah, itik lah, hamster lah, kucinglah, baabi pun ada, kerana belajar secara langsung lebih berkesan dan menarik, justeru itu aku mengambil langkah yang pertama membiarkan anas bermain dengan ikan dalam akuarium. hahaha.. alasan yang paling kukuh. dari kecil dahulu memang menjadi hobi ku sendiri memancing ikan lah, malah memelihara ikan dalam akuarium. Apa yang kita boleh belajar daripadanya?
ikan dan makhluk-makhluk lain adalah makhluk Allah yang berzikir walaupun kita tidak mendengar kalimat yang keluar daripada mulutnya, tetapi thabit daripada hadith nabi s.a.w yang menyatakan ikan di laut juga berzikir dan berdoa agar para penuntut ilmu yang melangkah keluar daripada rumah ke tempat menimba ilmunya akan diampunkan dosa-dosa mereka selagi mana mereka melangkah kaki. hukum memelihara ikan di akuarium berbeza dengan hukum memelihara burung di dalam sangkar. melihat ikan berenang memberikan ketenangan kepada kita walaupun kelihatan akuarium itu kecil kerana wajarlah bersesuaian dengan saiz agar tidak kelihatan menzaliminya dan wajib diberikan makan kepada binatang peliharaan ini kerana taklif yang digalas.

ironinya ketenangan melihat ikan berenang dengan air yang tenang memberikan kita kekuatan untuk berfikir dengan lebih damai, hidup penuh dengan likunya. aku? tekanan daripada pelbagai pihak di kiri dan kanan yang terkedang orang seperti aku juga boleh tumbang dengan senang, macam mana nak menang  dan memenangkan hati insan lain, kalau kita juga tidak tenang, ketenangan dan kemenangan kedua-duanya milik Allah. Baliklah berserah. Dia pasti makbulkan apa yang kita tadah.
dia, tidak mengerti apa yang terjadi di atas bumi, dia gembira dengan apa yang ada. aku tidak kisah apa yang dibuat kerana umurnya menyebabkan kesalahan dan dosanya terangkat. berani pula masukkan tangan, tak takut digihit ikan, asalkan Anas main dengan aman, tak kacau orang dan tak melalak yang bukan-bukan, ini pun proses belajar selain daripada mengaji quran. mesti tak tenang hidup ikan bila Anas mulakan tindakan, aduuuhhh... kasihan ikan, hehehe...
beshar... ciiikkk... inilah ucapannya sekarang bila melihat kenderaan berat di sebelah kiri ini. kalah beshar maksudnya besar ialah crane yang mengangkat bangunan, kalau cik ialah kereta jengkaut atau jentolak yang kecik yang berjalan, hehehe... tutup mata buka dompet, cari duit dalam lipatan, untuk anak belajar sanggupku habiskan yakin dan tawakkal dengan rezeki dan rahmat Tuhan, bukankah semuanya di tangan Tuhan, so apa nak hairan, ini kekadang manusia kedekut bukan main, rasa harta Ismit dia yang punya, adoooiii wahai jiwa-jiwa insan, tengoklah kiri dan kanan, ke lubang kubur juga kita masuk, segala yang ada akan ditinggalkan, Duhai insan yang membaca ini coretan, aku sekadar mengingatkan diriku dan kalin, agar kita ikut jalan Tuhan, insya allah dunia akhirat diberikan kejayaan.. amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan