Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Jumaat, 8 Jun 2012

UMNO terus mara.. untuk rakyat MALAYSIA..

Janda baik, 9Jun2012 - penulisanku ini sudah pasti akan menimbulkan sedikit kontoversi terutamanya bagi mereka yang berbeza fahaman politik dan sebagainya. Aku hanya mahu berkongsi pengalaman dalam politik kepartian apabila aku sendiri telah dijemput oleh Setiausaha politik UMNO Lembah Pantai Dato Ibrahim Thamby Chick bagi mengimamkan solat malam dan juga kuliah subuh. Aku kagum melihat infrastuktur kelas pertama di sana dan juga keindahan persekitaran yang berlatar belakangkan keindahan alam semulajadi namun kesempatan ini kuambil bagi memeletakkan suatu garis  pertimbangan antara yang hak dan perlu dan mampu. 

Di sini, banyak gambar-gambar potrait pimpinan UMNO digantung di bilik tidur, kantin-kantin dan merata tempat bagi menyuburkan tanda terima kasih kepada pemimpin mereka, dan sesuatu yang menariknya apabila pintu masuk ke ILMU(Institut Latihan Memperkasakan UMNO) ini telah terpahat di pintu pagar, "sila tinggalkan pangkat dan gelaran Dato dan Tan Sri di sini". Woow.. bagus untuk menghilangkan tanda darjat di antara manusia dan di sini semua pemimpin dikehendaki membasuh pinggan, sudu garpu dan cawannya sendiri.
Ini adalah kamarku bersama dengan Dato Ibrahim, hebat, mewah, dan,,, membazir kut, itu sahaja yang aku dapat gambarkan kerana di sini aku dapat merasakan tidur di hotel 5 bintang walaupun aku tidak pernahlah tidur di sana. Lihat jenama katil, tilam vono. Wooo... inilah seumur hidup aku berbaring di atas hamparan yang mewah. Allahuakbar, tilam kawinku baharu bernilai RM450. Tilam yang aku gunakan sekarang bernilai RM50, tilam nipis getah yang dibentang di atas lantai, dan di saat ini aku, isteri dan anak hanya tidur di atas toto yang berharga kurang dari RM50. Bagaimana dengan anda? tidak perlu kita membandingkan siapa yang paling mewah kerana nabi s.a.w sendiri hanya menghamparkan pelepah tamar sebagai alas tidur sehingga ditangisi oleh para sahabat baginda, Ya Rasulullah, dikau kekasih Allah, sedangkan pemimpin kerajaan ROM dan PARSI pada setiap bilik tidur mereka memiliki air terjun dan mewah inikan pula dirimu. Nabi s.a.w tidak mengambil dunia bagi tujuan memuaskan nafsu, hanya mencari redho Allah.
Kau ada???
Kau ada lagi? Tempat ruang menulis dan menggunakan komputer kut...
Bilik airnya...
Selepas menyampaikan nasihat agar mereka membuka mata hati. Demi Allah, aku merasa sedikit kecewa apabila kehadiran qiamulail hanya tidak sampai 30 orang daripada keseluruhan melayu Islam yang lebih 250 orang. Subuhnya juga begitu, kalau benar perjuangan anda, berubah lah ke arah lebih TAQWA. Ya Allah dikau Maha Mengetahui niat dalam hatiku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan