Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Jumaat, 8 Jun 2012

Bulan yang mengGERUNkan

UiTM Shah Alam, 9Jun2012 - hati aku berdebar2 untuk ambil peperiksaan pada hari ini, berdesup dari Janda Baik kerana mengimamkan solat sunat dalam qiamulail dan kuliah Subuh, terus ke UiTM bagi kelas hari ni, dan lagi 2 minggu adalah masa untuk peperiksaan akhir semester. Oh sekarang ini aku dah beralih penggunaan kenderaan kepada sebuah Wira Aeroback yang diasimilasikan menjadi EVO. hahaha, berpinar lah juga kelaur dari kereta sebab ekzos bunyi besar, rasa macam dalam Ferarri walaupun sticker je yang ada. Sedikit dan beberapa gambar modifikasi kenderaan yang ku maksudkan. Lupa pula nak cerita pasal yang atas tadi, hehehe.. Exam ditangguhkan ke minggu hadapan.
bumper fiber(tidak cat) RM250, sebiji lampu jenama Hella, RM128 sebiji, upah itu ini, railing RM48.. huhuhu.. pernah selepas 2 hari lampu macam EVO IV dipasang, maka bergegas ke Kuliah Subuh di Nilai dengan selaju boleh tetapi salah satu dari lampu kuning Hella itu tercabut dan pecah serta hilang di tengah jalan, kalau dah bukan milikku, maka kenalah pasang yang baharu lagi, di bawah nanti sambung pasal kereta lagi..
Oh di bawah ini adalah seorang rakan sepejabat masa aku berpraktikal  di firma guaman Fadhlina Sidek di Bangi, namanya Hafizul dari KUIS dalam jurusan Syariah dengan Undang-undang. Apa pandangan anda jika anda dari IPTA dan juga mengambil jurusan yang lebih hebat daripada dia, dan paling bestnya gaya selenganya menyebabkan kita akan pandang rendah kepadanya. Dalam masa yang sama, kelakarnya apabila dia berkahwin dengan rakan spraktikal aku juga yang juga sama dengan Hafizul ini yang mana perempuan ini juga sering dikutuk oleh Hafizul yang akhirnya mereka berkahwin. Ringkas cerita, kekadang orang yang berada di bawah tidak mustahil akan berada di atas. Hafizul kini adalah seornag pegawai di Pejabat Agama Hulu Langat dalam Bahagian Undang-undnag Keluarga. Aku? di saat ini aku  berjalan dan terpaksa berjumpa dnegannya meminta pengesahan tertentu dalam kes yang di bawa di mahkamah, aku meminta pertolongannya pula. Benarlah di sisi Allah hanyalah TAQWA.
Di bawah ialah kelas terkakhir MASTER aku di UKM, Ya Allah berkatilah ilmu yang aku telah belajar dan dapat aku gunakan dalam memanfaatkannya kepada masyarakat.
Gambar rak yang dipasang sendiri dengan gaya senget benget kerana terlalu ghairah menghias rumah baharu berpindah.
Sempat juga menghadiri ke rumah mak nah mengahdiri majlis bersunat salah seorang anak saudara. Terkejut juga bila Tan Sri bertanyakan tentang kehidupan di rumah bahari di Sungai Ramal. Terasa penting akkan kewujudanku.
Ada kisah di sebalik van jenazah masjid ini yang memnyebabkan aku akan terus berjuang menyatakan kebenaran walaupun sepahit hempedu kerana hasilnya telah kurasakan semanis madu. Nantikanlah jika nak tahu!
Sambung semula kisah kenderaan ini, oppss bukan van jenazah yang dimodifikasikan menjadi sebegini, namun kenderaan di atas dengan pemasangan sticker kenderaan kiri dan kanan berjumlah RM250 dengan menampakkan sedikit kegarangan. Kereta samseng, tapi dalam hati ada taman, hehehe


Tiada ulasan:

Catat Ulasan