Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Khamis, 28 Jun 2012

Jubah jalur emas

Sg. Ramal, 29Jun2012 - Benarlah sabda nabi saw hadith yang diriwayatkan oleh Saidina Umar al-Khattab, Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niatnya. Aku dan kamu juga berniat, niatkan sesuatu yang diperolehi adalah kemanfaatan dunia dan akhirat, tidakkah begitu? Duniaku adalah duniaku dan juga begitu kamu. Aku mahukan itu dan ini selari dengan konsep pemahaman aku kepada duniaku.

Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam, yang mana Allah telah mendengar dan memperkenalkan hajatku di antara hajat-hajatku, untuk bergelar seorang peguam dan imam, atau PEGUAMAM. namun, catatan di siber ini juga mencatatkan bukan semua yang aku impikan tercapai begitu sahaja, sebagai contoh, temuduga sijil beramal peguam syarie sarawak di mana aku tidak dapat menghadirkan diri kerana tiada tiket kapal terbang baik dari MAS, Air Asia samada ekonomi atau bisnes kelas. Hidup ini mengajarku, ada duit bukan semua benda boleh dibeli.

Aku telah berjaya memiliki Sijil Peguam syarie Wilayah Persekutuan, Kelantan, Terengganu dan Melaka. Aku berusaha untuk yang lain juga namun perjalanan harus diakuri dan diukuri dengan kemampuan. Mungkin bagi mereka yang mengikuti post blog ini boleh layari blog khusus aku berkaitan Guaman Syarie di Fakhrurrazi&Associates/blogspot.com.
Sekitar majlis pentauliahan di Wilayah Persekutuan di Kompleks Mahkamah yang baharu.
Aku orang ke 8, tetapi semasa upacara pemakaian jubah, Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Tuan Walid menegurku, nampak sendat jubah kamu, hahahaha....
bersama-sama rakan sepengajian semasa di universiti yang juga berjaya di pentas yang sama.
di saat majlis konvokesyen peguam syarie wilayah persekutuan.
malas nak komen, cuma masih dalam majlis yang sama.
dan sekali lagi bersyukur, di saat ini juga berjaya memperolehi sijil di negeri melaka. Moga disamping aku beramal dalam bidang ini, Allah juga berikan aku keluasan ilmu, rezeki dan amalan agar aku bersama mereka yang terpilih ke syurga firdausi-Nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan