Sunway Hotel Pinang, 14Januari2013 - di kala ini hati ku bergetar juga apabila mengenangkan hari esok iiatu hari temuduga kepeguaman di Penang, dan aku memilih akomodasi yang terdekat dengan tempat interview. Bagi misi 2013 aku memilih misi dalam guaman ini dengan cara yang lebih tersendiri dan memajukan diri, bengang dengan sikap majikan lama yang tidak membayar gaji atau boleh ku katakan gaji lebih dari 2 bulan. Nama sahaja yang besar, tetapi rupanya banyak dah peguam atau pelajar chambering atau juga klien-klien yang merungut tentang dirinya dan aku mujur aku mengambil tindakan awal untuk keluar daripadanya. mudah-mudahan bila ini berlaku, sekurang-kurangnya aku mengambil pengajaran besar supaya tidak melakukannya kepada orang lain. what comes around goes around.
Aku bertekad membuka firma guaman sendiri bersama-sama abang-abang ni yang telah aku kenal lebih dari setahun di UiTM. Yang atas duduk kat belakang Alphard tu namanya Yaqub, pakar Conveyencing atau hal perumahan, dia ni orang Penang dan sempoi je, sebab tugas hakikinya adalah di pejabat, hehe.. dan bawah ini ialah abg Ayub, pakar litigasi sivil dan jenayah, orang Kelantan, dan ternyata hebat di dalam dan luar mahkamah, syukur Alhamdulillah yang mempertemukan aku dengan mereka dan kombinasi yang baik bagi kami semua.
Lantas, gabungan ketiga-tiga kami memohon dari Allah SWT agar segala kerja dan usaha ini adalah demi mencari keredhoan Mu ya Allah, aku berjuang dengan cara ku dan kamu dengan cara kamu, apa-apa pun semua kita akan dibangkit dan dipersoalkan segala usaha yang telah kita lakukan. Mudah-mudahan kita diberkatiNya. 2013, nyata berbeza dan lebih berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan