Sungai Ramal Dalam, 26Januari2013 - dalam 2 hari lepas kita semua di Malaysia yang berlairan dan berfahaman ahlussunnah wal jamaah sudah pasti menyambut hari kelahiran nabi SAW iaitu maulidurrasul, ada juga golongan yang menyanggah dan tidak mahu menyambutnya bahkan melabelkan amalan tersebut sebagai bid'ah. coretan kali ini bukanlah berkisarkan siapa nak sambut atau tidak, cumanya roh dan inspirasi baginda SAW. Aku seperti biasa agak sibuk dengan undangan berceramah di sana sini, dan aku sangat merasai keberuntungannya aku menjadi umat Muhammad SAW.
Sebelum ke Penang bagi sesi temuduga peguam, aku servis kenderaan di salah sebuah bengkel berdekatan dan setelah pulang ke rumah terdapat kebocoran pada tangki minyak enjin, hello.. ini alphard tau, kalau kancil ke takpelah juga, mungkin ada yang sinis membaca tulisanku ini, yang mengecewakan aku, semua harganya berbeza jika rosak, so kenalah hati-hati, namun sebagaimana yang aku katakan tadi, terasa dekat baginda SAW di hati sehingga perjalanan aku yang jauh sejahtera, seolah-olah disyafaatkan oleh baginda SAW. Begitulah kita di padang masyar, hanya syafaat nabi SAW sahaja yang boleh menyelamatkan kita di waktu kita sendiri tidak beruntung dengan nasib diri sendiri.
Dua orang anak ini adalah berkasih sayang kerana akhlak yang ditunjukkan oleh baginda SAW, benarlah sabda nabi SAW, "bukanlah dari golongan kami mereka yang tidak mengasihani yang muda dan menghormati yang tua".
Alhamdulillah, lagi berita gembira ketika menerima surta dan panggilan dari Majlis Ugama Islam Pahang(MUIS) yang aku telah disahkan diterima sebagai peguam syarie negeri tu, sebab yang aku dengar agak susah untuk menjadi peguam di sana apatah lagi jika bukan anak tempatan, dan kerana nak sangat dapatkan sijil dan bayar fee guaman, entah kenapa malam dan pagi itu aku tidak dapat lena tidur, jam pukul 4 pagi, aku gegas membelah kelam malam dan hujan lebat ke Pekan, Pahang. Solat subuh di Hentian rehat Maran, dan selesai sahaja uurusan terus berjumpa dengan Shafarul, sahabat baik, teman sepengajian dan telah ku anggap seperti abang sendiri, banyak kisah aku dan dia, Insha allah akan ku ceritakan suatu hari nanti.
Pasti orang tak sangka dengan gayanya membawa alphard tetapi aku memandu dalam keadaan pakai baju tidur dan tak mandi pun, cuma bila sampai di Maran, baharulah aku bersihkan diri dan menyegarkan diri solat subuh berjemaah. Ya Allah, Ya hanana.. pasti ada yang tidak tahu maksudnya, beruntungnya kami, dengan Islam yang menyinari diri dan ummat, dan hidup sebagai ummat nabi Muhammad SAW. Ya Hanana.. Beruntungnya kami... Terima kasih Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan