Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Isnin, 3 Jun 2013

Love 911 Korean Movie by Han Hyo-Joo

Sungai Ramal Dalam, 3Jun2013 - Annnyang Sayo.. lama juga tidak berblog kerana kesibukan rutin biasa sebagai seorang peguam, pelajar, penceramah, papa dan pape jelah.. hehehe.. kadang-kadang yang selalu bermain di fikiran ialah kenapa aku begini dan kau bagaimana? kejar dan berlari untuk apa? kerana di celah-celah kesibukan itu menyebabkan aku akan berusaha mencari ruang merehatkan minda. ada yang kata kerja yang paling penat ialah menggunakan fizikal seperti tukang tetapi orang yang bekerja dengan minda juga akan penat walaupun kerjanya duduk dan mengadap komputer. agak adil dari sudut kepenatan walaupun tidak berpeluh dan duduk dalam bilik yang berhawa dingin. pokoknya sekarang ialah kita tak dapat lari dari rehat kalau tidak badan akan tidak stabil dan berasa lemah.

Aku memilih cara merehatkan diri dengan menonton rancangan televisyen. aku tahu ramai yang akan komen dan kata, alah nama je ustaz tapi kaki tv, tengok itu dan ini, tahun 1984 aku dilahirkan di saat itu sejak celik sahaja mata sudah ada tv baik yang dalam almari kepunyaan arwah atuk, atau tv yang dalam  kereta, sebab tu kereta ku sekarang ada skrin tv ni sebagai satu bentuk kerehatan fikiran bagiku. cuma persoalannya, apa yang ditonton dan berapa lama menonton.
terlihat sebuah filem korea di tv di saat jam lebih 2pagi menyebabkan sehingga subuh mataku berjegil kerana melayan keseronokan erti sebuah karya yang dicipta manusia ilham dari pencipta. ya, aku terasa rugi dan berat pada malam itu kerana tidak mendirikan tahajjud dan merasakan cukup terinsipirasi dengan rancangan ni. LOVE 911. bukan kisahnya atau pelakon jelitanya yang menjadi tarikan tetapi aku terbaca artikel tentang negara yang mempunyai peratusan tertinggi dalam kes bunuh diri ialah Korea Selatan. kenapa tulisan kali ini ku talakan kepada negara ini, siapa yang tidak tahu jenama SAMSUNG, bahkan di tanganku sahaja ada 3 telefon bimbit yang berjenama samsung buatan negara ini. begitu juga kenderaan seperti KIA, HYUNDAI dan lain-lain yang sememangnya diketahui umum tentang kekoreannya. Apatah lagi karya bermutu mereka seperti di bawah ini:

WINTER SONATA. bagi yang hidup segenerasi denganku pasti akan terkesan dengan 2 kisah ini yang dimainkan di tv tempatan masa tu, bahkan aku bermula dengan kisah AUTUMN IN MY HEART. Sedih dan ketika itu tergila-gilakan pelakon-pelakon mereka yang cantik dan terkesan juga mencari ister yang chinese-look. jangan tanyalah dapat ke x tetapi isunya ia menjadi fenomena kepada rakyat Malaysia pada masa itu. aku teringat pertama kali dapat menonton rancangan ini sepenuhnya dengan lebih 20cd kalau tak silap aku dengan meminjam daripada kawan. zaman tu zaman aku berdiploma lagi dalam belasan tahun, sehari semalam menonton, bayangkan kalau 1 cd sejam dan ini bermakna 22jam aku menonton tanpa henti dan menyebabkan aku ponteng ke kelas pada esok harinya.


bukanlah hasrat aku tulis topik ini menjadi fitnah kepadaku, kerana ini adalah catatan peribadiku yang aku kongsikan baik dan buruk. teringat semasa zaman di Maahad Hamidiah bilamana aku terpengaruh dengan rancangan CONDOR LOVERS yang heroin dia pelakon Taiwan Xiao Long Nu dan pelakon lelaki hero ialah Yang Guo. masa ti di sekolah tiada bilik TV dan pelajar memang tidak akan dapat tengok tv dan apa yang aku buat ialah berbaik dengan tukang kantin yang pada masa itu seorang Bangladesh bernama Abdullah yang jaga. dari luar kantin dengan jeriji besi di kaunter kantin sampailah dapat tempat khas dalam kantin untuk aku tonton. dan paling kelakar bila habis sahaja masa prep dan berkumpul di dalam dorm, aku akan melakonkan watak yang guo dengan adik-adik dan kawan-kawan bawah dan panggilan tu lekat sehingga kini. gila betul. hahaha... kenangan.

dan kali ini sememangnya ia mempengaruhi ku sekali lagi, bukan pasal K-Pop ke, yang itu jelas maksiat mata dan bagi yang menghafaz quran akan mengganggu keseimbangan hafazan. seronoknya ada perasaan meminati dan diminati yang Allah berikan. Insha allah aku akan ke korea di masa hadapan dengan berbekalkan tujuan murni mencari peluang berdakwah dan belajar jika ada peluang pada tahun ini.

ironinya, negara mereka yang maju dan cantik ini tetapi rakyat dan penduduk mereka masih kosong jiwa dan rohani. aku cuba memikirkan untuk menjadi pendakwah antarabangsa, mungkin inilah masanya Allah gerakkan hati ku dengan cara ini.. mudah-mudahan.. Han Hyo-Joo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan