Sg.RamalDalam, 1Syawal/8ogos2013 - dengar, beduk berbunyi, memanggil insan di subuh hari... hehehe taqabbalallahu minkum, minna wa mikum taqabbal ya kareem.. minal aidi wal faizeen.. semoga amalan kita diterima Allah SWT pada bulan ramadhan yang lepas dan selamat menyambut aidilfitri dan kita berada di kalangan orang yang berjaya. Selamat hari lahir aku mengikut kalender Islam, terlalu banyak nikmat yang telah dikurniakan dan hanya Allah SWT yang Maha Berkuasa memberikannya dan menariknya semula dan aku hambanya yang hina bersyukur dan memuji Tuhanku Yang Maha Hebat. Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!
Sehari sebelum syawal menjelang, satu panggilan dari bilik berita TV3, meminta aku datang ke Sri Pentas untuk ditemuramah tentang sambutan aidilfitri menurut Islam. Hampir 7 tahun selepas kali pertama keluar sebagai panel al-kuliyyah di TV3 dan usai menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sehingga kini kembali ke kaca tv, bukanlah sesuatu yang membanggakan tetapi aku dapat rasakan perubahan dan perbezaan diri dengan 7 tahun yang lepas, oppss ni bukan pasal saiz pinggang tetapi tahap keyakinan di hadapan kamera. maklumlah aku anak kampung bukannya macam anak moden sekarang, pakai baju dalam apa pun nak masukkan dalam youtube lah, fb lah dan sudahnya bahana dan wahana yang dapat. agar dakwah lebih universal dan terlintas aku bercita-cita mahu menjadi pendakwah antarabangsa.
Iklan sekejap... biasalah rancangan ada iklannya..
Vaquero 1700cc tiba-tiba ia menukar paradigma penglihatanku terhadap motor berkuasa besar 'easy rider'. seolah-olah campuran semua jenis superbike dan mengahsilkan satu prototaip yang sangat mengkagumkan. memang hasrat di hati untuk menukar moto kesayangan menajdi sebuah motor hebat ini namun apakan daya kerana hidupku bukanlah seperti orang-orang yang memetik jari akan peroleh semua yang dihajati, dengan erti kata lain setakat ni banyak lagi yang perlu difokuskan berbanding memiliki motor idaman ini. Insha Allah jika ada jodoh kita.
Kita bersambung semula, hehehe.. apa yang sedikit menjadikan keluhan perasaan apabila wartawan yang menemubual ku mengatakan bahawa klip video rakaman ini akan ditayangkan pada malam raya, maka aku sampaikanlah pada keluargaku, keluarga mentua dan kawan-kawan terdekat sengaja nak kongsi ramai-ramai melihatku di kaca TV, tunggu punya tunggu sekali sejam berita di TV3 Buletin Utama takda pula keluar pasal aku, yang ada cerita pasal lagu raya dan ucapan Pak Jib, hem.. kecewa juga sebab bila tunggu punah harapan... sesi selama sejam lebih ini lebih seronok apabila aku berjumpa klien ku di sebelah malam di hadapan masjid kajang kisah perihal rumahtangga yang mana isterinya bersikap biadab dan tidak meghormati suami, lebih menyeramkan apabila umur pasangan ini sebaya dan usia perkahwinan mereka lebih daripada 10 tahun. satu usia yang panjang dan akhirnya mereka memilih untuk bercerai dan mengenepikan nasib 3orang anak mereka. seram sejuk juga bila dengar keluhan kisah-kisah mereka ni, al-maklumlah aku juga manusia biasa dan sedang dalam alam rumahtangga.
lupakan seketika tentang itu, menghirup nafas 1 syawal membuatkan kita terlupa kepayahan mengharungi sebulan berpuasa ramadhan. seronoknya bila terasa diri kembali kepada fitrah dan hamba Allah yang kita ini kerdil dan hina, lupa tentang hasad sesama manusia yang ada hanyalah rasa ber'Tuhan'. Tiba-tiba selepas bertugas mengimamkan solat aidilfitri dan berkhutbah, aku menerima sms bergambar rupa-rupanya rakaman untuk berita buletin utama kelaur masa buletin pagi lebih kurang jam 9 hingga 930pagi. mujurlah kawan yang hantar gambar tu solat di johor yang mula jam 8pagi, sedangkan aku mula bertugas jam 845pagi, balik terus ke Melaka manalah sempat nak tengok TV, hahahaha..
hari raya kali ini sungguh warna warni dengan aku ke Kota Tinggi menziarahi saudara di samping bertemu dengan saudara-saudara yang lain, seronok bila bersaudara atas ukhuwah islamiyah, walaupun ada duka melihatkan saudara seislam lain kebuluran bila negara berperang, kucar-kacir kerana perbezaan mazhab dan pegangan Islam, dizalimi kerana menyatakan kebenaran, aku, keluargaku dan keluargamu juga begitu masih bisa tertawa dalam negara ini, walaupun derita dan bahagia kita berbeza makna, tapi kita masih cukup keperluan asasi kita. Ya Allah SWT selamatkan lah saudara-saudaraku di seluruh dunia, lindungilah mereka dari malapetaka dan musuh-musuh agama-Mu.
lihat anak-anak kita berbanding anak mereka, syukurilah nikmat ini dan elakkan pertelingkahan sesama kita. apa pun cara kita berfikir dan menjalani kehidupan, selagi ianya tidak menyalah syarak maka ruang perbezaan tidak perlu melampaui batas-batasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan