Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Rabu, 14 Ogos 2013

Opis baharu Semangat kenalah baharu!

Sg.RamalDalam, 23Ogos2013 - Setelah sekian lama meng'upload'kan gambar-gambar ini baharulah ada masa menulis. Ya, siang tadi seharian menulis kertas kerja yang akan dibentang di Terengganu dan mood menulis dating balik, seronok pula masa ini apatah lagi seorang di ruang pejabat sendiri yang ditambah disebelah rumah dengan hasil wang sendiri. mesti ada yang nak kata kenapa tak plaster dinding ni, hem ini memang sengaja aku buat corak ini kerana aku nak gambarkan aku adalah seorang yang ringkas dan mudah, tak perlu terlalu rumit tapi bercitarasa. macam geng-gen kereta kancil tapi enjin skyline. hahaha..
 
Segala puji bagi Allah SWT, aku pernah berangan memiliki sedikit ruang kecil untuk urusan aku belajar, kerja dan privasi, teringat masa belajar dulu ada seorang pensyarah yang menceritakan bagaimana Allahyarham Ahmad Ibrahim meninggal semalamnya masih mengajar di universiti dengan usia mencecah 80an dan dia meninggal semasa sedang menyiapkan kertas kerja untuk ummah akan datang, begitu juga Prof Emeratus Dr. Uthman El-Muhammady yang sedang membinding kertas kerja untuk disampaikan kepada ummah, begitulah aku kagum dengan pengabdian mereka kepada Allah dengan jalan menyebarkan ilmu maka aku contohi semangat mereka walaupun hati kecilku berdetik, hinanya diri ini dan memang tidak sama aku dan mereka. Takpelah, kalau tak dapat semua, sipi-sipi pun jadilah.
 
 
Di ruang yang kecil ini di bawah tangga, bolehlah menempatkan 3 orang dalam satu-satu masa, terutamanya bilamana ada klien yang datang berbincang tentang guaman dan aku akan mencapai peti sejuk di sebelah tangan kanan dan menghidangkan air kotak barang membasah tekak, Nampak tak permainannya? hahaha.. biasanya bukan klien yang datang pun aku ngap dulu, hehehe.. eh biarlah aku merekodkan pengumuman peribadi di sini, bulan puasa yang lepas aku berjaya mengurangkan 4 kilo lemak dan kuranglah berat dari mencecah 90kg. hehehe.. semangatlah nak puasa biar Allah bukakan pintu ar Rayyan untuk ku. Amin.
 
Sebenarnya, aku tidaklah terdesak sangat untuk membina ruang pejabat di rumah, asalnya segala kerja dan belajar aku seperti fail, buku, meja computer, pencetak, alatulis dan sebagainya di meja makan rumah di sebelah ruang tamu, hem terpaksa aku cakap di sini, rumah yang aku duduk sekarang hanyalah sebesar rumah PPRT(Program Perumahan Rakyat Termiskin) yang kira-kira lebih kurang rumah DBKL ada 3 bilik 2 bilik air. Isunya bukan mampu atau tidak, tetapi selalu aku kongsikan bersama teman-teman bahawa kalau rumah kecil senang nak bercakap tak payah jerit-jerit, kalau isteri merajuk dia lari ke dapur kita ke bilik mesti berselisih, kut terlanggar mana-mana kena Karen dah tak jadi merajuk jadi benda lain, hehehe, harapnya gitulah.. 
Lebih kurang kos kesemuanya lebih belas riban juga, tapi aku seronok melihat orang bahagia sudah cukup menjadikan aku bahagia. teringat rumah lama kami di Hulu Langat tempat aku membesar.
walaupun aku 'tokey' yang membayar upah tukang buat ni, topi kontraktor tu dah lama aku pakai bila buat kerja. Safety First.
Alhamdulillah ada rezeki sikit, pintu yang biasa aku tukarkan jadi nampak cantik sikit, bukan apa, nikmat ni manusia mana yang menolak, sekurangnya aku tidak membazirkan duit ke tempat lain cukup jika isteri dan anak bahagia dan seronok balik ke rumah daripada lepak di luar. Satu yang aku akui, aku sekeluarga sudah jarang makan di luar dan lepak-lepak di luar kerana selesa berada di rumah sendiri, mungkin itu hikmahnya, apa-apa pun janganlah nikmat-nikmat yang dapat ini sebagai istidraj pula, minta Allah jauhkan aku dari itu.
hem adalah yang tidak seronoknya bila tambah rumah ini, bila mana adalah terkasar bahasa aku dengan abah, mungkin nature kerja aku yang bila ada salah terus aku akan bangun dan ubah agar jadi betul pada pandangan mataku sendiri, entahlah tiba-tiba kisah itu menjadikan aku renggang dan tidak seronok pula. Aku mengaku aku bersalah sebab banyak sebab, tapi tak seronok sebab aku bukan anak takde pelajaran atau anak kurang ajar, tetapi bila tersilap nada suara mungkin sebab emosi balik kerja penat dan tiba-tiba abah cakap benda yang aku malas nak dengar, Ya Allah ampun kan aku, Abah.. Akoi minta maaf.
Aku serahkan segala nikmat pemberian-Mu ya Allah untuk Mu jaga dan tetapkan aku dalam redho-Mu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan