Felda Adela, Kota Tinggi - 9Ogos 2013 - Raya kedua ialah pada hari Jumaat. Seperti yang dirancang, aku akan ke Kulai dan seterusnya ke Kota Tinggi untuk menziarahi Pak Long yang berada di rumahnya. Satu-satunya pakcik sulong dalam keluarga di sebelah umi, dan kami semua satu kereta menaiki Alphard. Alhamdulillah selesa dan itulah sebenarnya harapanku bagi orang lain selesa dengan kederat dan usaha yang ada, tapi muqaddimah ni nak menyedapkan hati kerana sepanjang jalan ke sana dengan keadaan jalan yang hina dina menyebabkan aku menyumpah-nyumpah si pembuat jalan kerana tayar dan badan kereta banyak kali berlaga dan mengganggu ketenteraman pemanduan walaupun umi tidur sepanjang perjalanan tanpa kisah sangat. hehehe, 8 orang dalam kereta memang absorber pun turun.
Pak long semasa hidupnya seorang yang aktif dan semangat, aku teringat zaman kecil semasa aku memancing di kebun milik umi yang mana aku dan pak long meredah hutan untuk ke kebun menangkap ikan dan akhirnya keseronokan memancing mula terasa apabila seekor demi seekor ikan berjaya di tangkap, aku anak kampung tau, paya mana yang tak diredah, hehehe.. memang banyak memori bersama pak long. namun dia semakin lemah dan tua, selepas terkena angin ahmar, dia makin lemah lebih-lebih lagi selepas peninggalan arwah bak.
semasa dia sakit dan ada di Batu Pahat, iaitu kampung ku di sana, aku berkhidmat mana yang mampu dan bukanlah aku katakan aku anak saudara yang bagus, tapi aku sedih bila terdengar suara-suara si penjaga anak di luar sana yang mahu menghantar ayah atau emak mereka ke rumah orang tua lah, berkira bila ibu bapa tua ini dihantar ke hospital dan semua perbelanjaan di catat dan direkodkan seolah-olah semuanya akan di'claim' semula. Paling malang bila isteri sendiri yang berpaling tadah meninggalkan suami yang sakit begini, aduhai seolah-olah gambaran dalam cerita melayu semakin menjadi-jadi dan diterjemahkan dalam frame sudut pandang hakiki aku, wow... bersabarlah iman, kerana dikaulah teman di dalam kegelapan. terkadang terfikir, tidakkah ianya akan di balas semula? what comes around goes around, kan ghost?
Aku harap penyakit yang menimpa umat ini tidak menimpa diriku dan keluarga dan orang lain. Anas sekarang memang pandai berjoget-joget dan menari, pantang dengar muzik sudah pasti akan meliut-liut badannya dan aku tidak pernah pula mengajarnya sedemikian dan inilah cabaran ibu bapa sekarang untuk memastikan acuan anak-anak mereka betul. kalau orang lain mungkin agak kurang kepedulian kita tapi bila darah daging sendiri, Allah sahaja yang mengerti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan