SungaiRamalDalam, 27Ogos2013 - di saat mata melayu-layu kerana matahari luar sedang memanaskan aura-auranya dan tiba-tiba aku terpandang satu tajuk sebuah filem yang aku sedanngkan fikirkan untuk ditonton kerana disenaraikan dalam satu ruangan 10 hebat jutawan untuk mereka yang beminda bisnes dan usahawan. muncul dalam fikiran dan tak semena-mena salah satu filem yang aku fikirkan ditayangkan di Astro 131 walhal aku ada temujanji dengan prof penyelia tesis ku dalam jam 4petang tetapi jam di saat ini jam 3.30petang. kisah usaha yang sangat muda ini. usahawan apa? dalam umur 20-an apa yang telah kita capai dan peroleh? bebanan hutang pelajaran atau limpahan kejayaan?
macam biasa kita lihat di pasaraya-pasaraya giant ke Tesco ke dan pasaraya besar mesti ada produk ni. rumpai laut. dan siapakah di sebalik produk hebat ini, walaupun cop halal yang dikeluarkan oleh syarikat ini tidak mengikut piawaian JAKIM tetapi ada sesuatu tentang usahanya yang layak digelar USAHAWAN. jarangkan kita bercita-citakan USAHAWAN, samada masa kita kecil atau pun besar, anak kita apatah lagi. Jom berUSAHA jadi USAHAWAN.
Jutawan muda yang berasal dari Thailand dan seperti kata orang bahawa kejayaan hanya akan berpihak pada mereka yang mempunyai tekad yang kuat dan pantang menyerah dalam menghadapi kegagalan serta mempunyai kemahuan untuk terus berusaha menghadapi kesusahan cubaan hidup, begitu juga yang dialami oleh Top Ittipat, seorang jutawan yang masih berumur 26 tahun sama seperti Mark Zuckerberg, pengasas Facebook yang mempunyai semangat pantang menyerah dalam menghadapi kegagalan hingga akhirnya mereka ini berjaya dalam mengembangkan usahanya iaitu Tao Kae Noi atau rumpai laut goreng. nama penuh Top Aitthipat Kulapongvanich atau Top Ittipat, ia dilahirkan pada tahun 1984 di Thailand, dia dilahirkan dari keluarga yang sederhana dan biasa-biasa sahaja dan tidak terlalu memikirkan masa depan, tidak ada yang begitu istimewa dalam dirinya sampai Tuhan benar-benar mengujinya.
Bahkan kisah kejayaannya juga diangkat ke dalam filem berjudul Top Secret : The Billionaire yang mengisahkan bagaimana Top Ittipat berjuang jatuh bangun membangun usahanya. sebab tu aku suka cerita-cerita sebegini berbanding banyak siri melayu yang asyik berhasad pasal perempuanlah, cintalah, yang akhirnya tiada elemen pengajaran dan pendidikan dalam filem.
Siapa Top Ittipat?
Seperti kebanyakan pemuda seusia dengannya, Top mengalami
ketagihan game online ketika dia berumur 16 tahun dan pada tahun 2004 di saat masih
bersekolah di SMA sehingga mengakibatkannya tercicir dalam sesi pembelajaran di sekolahnya. Bukan satu hal yang
baik tetapi perkenalan dunia bisnes bermula dari sini.
dia menghasilkan duit dari game tersebut dari penjualan senjata-senjata
di game tersebut. duit yang didapatkannya begitu banyak hingga boleh beli kereta dan
benda-benda yang diinginkan seperti Play Station 2, dan hasil bisnesnya ini dia
mampu meraih penghasilan mencapai 1 juta Baht dan dapat membeli sebuah kereta
berharga 600 Baht.
Kehidupan Top boleh dianngap sebagai boros.
Para pembelinya adalah daripada pecinta game online dan ada juga yang berasal
dari luar negara. Namun kerana perniagaan ini adalah salah dan ilegal maka sudah pasti tak akan
dapat bertahan lama. Khidmat game onlinenya diblok kerana telah diketahui melakukan
transaksi jual beli yang salah di sisi perundangan.
Orang tua Top sedang mengalami masalah
kewangan dan terlilit hutang yang sangat banyak namun masih berusaha untuk
membiayai pengajian Top tetapi Top menolaknya. Akhirnya dia tercicir pengajian dan dengan baki duit yang
dimilikinya Top beralih usaha ke bisnes DVD Player tapi Top ditipu
mentah-mentah sebab semua DVD Playernya ternyata barang palsu dan duitnya tidak
dapat dikembalikan.
Top juga berusaha mencari pinjaman duit dari bank untuk memulakan
usaha baharu. Namun, pihak bank menolaknya. Di titik inilah
Top mulai menyedari kesalahannya karena telah mengabaikan pengajian dan pelajaran.
Di titik yang sama ini jugalah, Top mulai berusaha keras dalam dunia
perniagaan. Hutang yang membelenggu orang tuanya yang mencapai 40 juta Baht
semakin memburuk keadaan. Lebih-lebih lagi apabila rumah mereka disita oleh pihak Bank.
Di tengah-tengah himpitan ini Top tetap berkeras hati.
Suatu ketika Top berjalan ke sebuah pasar
tradisional dan mendapatkan beberapa inspirasi seperti memberikan diskaun dan
lokasi perniagaan sangat memberikan kesan keapda sesebuah perniagaan. Sebab lokasi menjadi salah satu faktor
menentukan dalam keuntungan dan peningkatan hasil jualan sesuatu produk.
Kemudian Top berkeras
meminta lokasi gerainya berpindah tempat ke bahagian depan Mall dan apabila kacang gorengnya
semakin laku dia kemudian membuka beberapa cabang, Namun apabila difrancaiskan
memanglah tidak semudah yang dijangka.
Di saat Top mulai melakukan pengembangan perniagaanya
secara besar-besaran, timbul satu masalah lain di mana mesin pembuat kacang
goreng yang Top gunakan menimbulkan asap dan mengotorkan siling Mall sehingga
harus ditutup dan pihak Mall juga membatalkan kontrak kedainya.
Di titik ini Top
hampir berputus asa. Orang tuanya pun memutuskan untuk pergi ke China kerana melarikan diri dari hutang. Top tetap
berkeras untuk bertahan di Thailand dan
meneruskan usahanya. Dari bisnes jual kacang, Top beralih haluan untuk
berniaga rumput laut goreng. Makanan snek yang kekasihnya berikan. Setelah itu dia mendapatkan inspirasi untuk
membuat rumput laut goreng dan ia membeli beberapa rumput laut namun basi dalam
waktu 1 minggu, ini membuatnya bertanya-tanya kepada professor di bidang
biotek untuk menyelesaikan masalah ini. Profesor tersebut berjaya membantu Top
membuat makanan agar tidak mudah basi dengan membuat vakum kemasan dan
menggantikannya dengan nitrogen. Kemudian cabaran berikutnya adalah Top tidak boleh
membuat rumput laut yang enak karena setelah digoreng rasanya pahit.
Dia dan
pakciknya menghabisakan lebih dari 100.000 bath untuk melakukan uji kaji rumput
laut tapi gagal, sampai semua rumput lautnya habis. Dalam tekanan yang begitu
hebat Top berusaha mencari jalan tentang strategi-strategi penjualan.
Bbahkan dia rela belajar berdasarkan pemerhatian dari pasar-pasar basah dengan bertanya-tanya kepada para
penjual di pasar. Inspirasi datang ketika dia berbelanja di salah satu mini market,
7-Eleven.
dia menerapkan metod yang pernah diajarkan ketika di tempat kursus
yang di pilih ayahnya. Sebelumnya ayahnya terpaksa memasukkan Top mengikuti
kursus perniagaan iaitu metod pengembangan jualan ke berbagai negara. Lagi-lagi tidak
semudah membalikkan telapak tangan. 7-Eleven ternyata memiliki standard yang
tinggi yang harus dipenuhi supaya produk Top boleh masuk ke pasaran. Berbagai usaha
Top lakukan tapi semuanya mengalami jalan buntu.
“Apapun yang terjadi jangan pernah menyerah, kalau menyerah
habislah sudah” (Top Ittipat) Top hampir-hampir sahaja berputus asa dan memutuskan
untuk berangkat ke China tetapi sebelum itu, Top telah melakukan usaha
terakhirnya demi memenuhi syarat dari pihak 7-Eleven dan supaya usaha terakhir
kali ini tidak sia-sia. Kesulitan yang dihadapi mulai dari inovasi untuk kemasan
produknya(packaging) sampai Top juga diharuskan memiliki produk dalam
jumlah besar. Dengan susah payah semuanya dapat terpenuhi. Untunglah juga ada
killing kecil milik keluarganya yang menunggu untuk disita, yang akhirnya Top mengubahnya menjadi
sebuah kilang kecil. Dengan begini Top berhasil memenuhi syarat yang ditetapkan dan kuota pengeluaran yang diperlukan.
2 tahun kemudian Top berjaya membayar hutang
keluarganya dan juga berjaya mengambil kembali rumah keluarganya. Saat ini Top
berusia 26 tahun, memiliki 2500 pekerja dan menghantar ke 6000 cabang 7-Eleven
seluruh dunia dan mengeksport rumput lautnya ke 27 negara termasuk
Malaysia.
Top telah memiliki lading pembiakan rumput laut di Korea Selatan dan
pendapatannya mencapai 1.5 juta Bath (45 juta Ringgit Malaysia) per tahun. Top
Ittipat ini telah berhasil mencatatkan dirinya sebagai a young billionaire from
Thailand. Top ittipat membayar kejayaannya dengan berkorban jiwa, raga,
waktu, kesenangan usia muda yang suka berhedonisme, termasuk berkorban cinta terhadap kekasihnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan