Bangsar, 3nov2011 - dengan rasmi dan tawaddu'nya aku memperkenalkan adik bongsu dalam anggota keluarga kenderaanku, anak yang ke satu..dua..tiga.. sembilan kut, hehehe.. Laici 135Z (special edition) kalau burger dah ada telur ni.. dan secara rasminya aku berkapcai ke tempat kerja dan ke mana-mana sekarang ni. mesti ramai yang tanya, asal? dah lingkup ke business? biasalah melayu sama melayu akan rasa gembira kalau rakan niaga atau musuh dia jatuh tergolek dok, xpernah nak doakan kejayaan pesaing mereka, bagi aku rezeki masing-masing kurniaan Allah, ayuh kita doakan peniaga muslim kita yang berjuang sebagai Mujahid Ekonomi Islam, kerana aku tahu pahit maung berniaga. inilah salah satu bentuk korban dan pengorbanan yang menjadi tuntutan dalam agama.
setelah hampir 5 tahun aku tidak memeliki dan membawa kapcai, entah macam mana aku tergerak hati memilikinya selepas menunggang 750Z bersama isteri ke tempat kerja di Petaling Jaya. Musim hujan yang sekarang ini melanda negara membuatkan aku dan dia basah lecun ketika kami pulang malah teman sekerja isteriku juga menyapanya kerana terperasan ketika hujan lebat terlihat kelibat motorku membelah lebuhraya dengan bergaya. hahaha tu aku tambah daaa... balik tu dia mengadu, penat lah naik superbike, dah lah tempat duduk belakang tertonggek. memang tak dinafikanlah kelemahan motor besar ni agak berat pemanduan dari sudut handling, motion dan selayaknya tetapi jangan sape pertikai pasal kelajuan.. fuuuhh...
memiliki Laici mennyebabkan aku terfikir beberapa perkara, bayangkan ketika aku mengisi penuh tangki minyak tersebut hanyalah sebanyak RM7??? Ya Allah, kenderaan apa ini minum sikit je? Sebab aku pernah memilik 125ZR dengan tangki oenuh dalam RM12, manakala 750Z dalam RM 50 untuk tangki penuh.
manakala perjalanan ke Bangsar dari Nilai hanyalah RM 5 sehari, dan ini bermakna hanya RM 25 sahaja duit minyak untuk seminggu dan RM 100 sahaja untuk sebulan. Allahu akbar! kenapalah aku membazir minyak selama ini sebabnya, menggunakan superbike sahaja telah menelan hampir RM 15-20 sehari. Kos yang sama untuk kenderaan bertayar 4 dan ditambah dengan tol RM 10 pergi dan balik membuatkan perkiraan bulanan untuk kedua buah kenderaan termasuk isteriku ialah RM 1200 sebulan. banyak juga yang aku dapat jimat dan nasib baik aku sedar kebodohan aku ini.
pengorbanan seorang pelajar dan telah berkesudahan belajar dari Universitas ini dengan penuh rasa kekecewaan kerana stigma bodoh yang diletakkan dalam diri para pendidik kerana berasa kebagusan diri masing-masing. Blah lah.. belajar demi kepentingan sendiri, Ya Allah janganlah aku tergolong dalam golongan yang lalai dan rugi.
Pengorbanan sebagai suami juga telah menyebabkan seseorang yang aku hormat dalam gambar ini telah berkorban kepentingan dirinya dan terbang ke seberang laut bersama suami tersayang dan majlis kecil tanda ingatan juga telah diadakan buat Puan Nursuhara Binti ... apa ek? tak kisah lah sebagai salah seorang yang banyak tunjuk ajar kepadaku dalam bidang guaman ini. Thanks sis, jasamu dikenang,
dan aku, aku juga mengorbankan masa, wang ringgitku demi melihat orang lain berjaya dunia dan akhirat kerana aku yakin pada hadith nabi s.a.w yang mewartakan, sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain.
aku korbankan masa keluarga setiap ahad malam di rumah ku sendiri mengajar mereka mengenal Allah dengan membaca, memahami ayat-ayat Allah s.w.t. Moga pengorbananku diterima.
dan anak ini, permata hati ayahanda dan bonda, juga berkorban bagi berjalan seperti insan lain. namun langkahnya juga tersasar kerana setiap kali kita jatuh setiap itulah kita makin kukuh dan utuh. terkadang cuma, risaukan keselamatanmu kerana bimbang musibah merenggut kebahagian, bila menatap wajahmu sedemikian, lara hati ayahanda, dukacitalah bonda, namun ingat, parut luka semalam, kunci jaya hari esok. Terimalah Korban kami...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan