Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Khamis, 16 Februari 2012

Padat, Pekat, Melekat, Menepek..

Bangsar, 17Februari2012 - Lihat bangunan ini tinggi di belahan awanan kotaraya, dunia batu kaca. Pejabat aku di tingkat 9, lif digunakan membawa jasad yang menelan air liur pasrah dan redo mencari rezeki dan pengalaman, dan juga peristiwa hidup. Aku suka gunakan istilah PERISTIWA HIDUP yang mungkin bermanfaat kepada orang lain. Asam garam manis masam adalah rencah kehidupan yang semua orang merasainya, cuma samada masakan anda penuh perasa dan rencah resipi. Lazat sehingga menjilat jari tangan atau dibuang hingga ke jari kaki? Anda tentukan.

Suite 8-9-11,Tingkat 9, Menara Mutiara Bangsar, Jalan Liku Off Jalan Riong, Bangsar...
Berhadapan dengan NSTP, Balai Berita. biasanya aku akan parking di depan kalau malas nak bayar kepada sistem kapitalis di kotaraya, semua orang cakap nak kencing pun nak kena bayar, sebenarnya tak pun.. kencing je tepi jalan tak perlu bayar tapi kena tangkap. Hehehe.. jangan lah serius sangat
Menukar topik perbualan dari sudut kerja sabagai pengamal undang-undang kepada kesyukuranku memulakan khidmat sebagai Imam Masjid kembali, setelah sebulan aku berehat dan direhatkan tanpa rela, maka Allah telah memilih aku kembali menunaikan amanah di salah satu rumahnya di bumi batu Kuala Lumpur. Aku akan tunaikan sebaik mungkin dan cuba menghidupkan taman syurga dunia yang nabi galakkan kita. Semalam aku terkesan dengan sms yang dihantar oleh ibubapa pelajar yang marah-marah pasal sekolah agama, nisbahnya satu lah daripada semua, tetapi cara sms nya macam benci sangat apa yang aku buat, aku cuba menenangkan diri dengan balas semula sms, tuan.. tiada siapa yang paksa anak tuan ke sekolah agama, jika tuan rasa yuran bulanan yang dibayar itu tinggi sekarang ini tuan ambil lah risiko menjimatkan duit sekarang dan saksikanlah kesannya 7 tahun dari sekarang, TAHNIAH kerana andan ibu bapa yang TTTEEERRRRRBBBAAAAIIKKK!!! kalau nak baca TERBALIK pun boleh..
Aku gembira bersolat Subuh di salah sebuah masjid di bandaraya ini dengan memerhatikan ramai jemaah sehingga 7 ke 8 Saf. Aku rindukan subuh yang meriah di samping limpah rahmat Allah, teringat akan hadith nabi menyatakan tidaklah mereka dari golongan munafiq orang yang mengerjakan 2 solat malam (gelap) iaitu Isyak dan Subuh, malah dalam surah al-Baqarah ayat 238 apabila lafaz wusto ditafsirkan sebagai solat Asar oleh Jumhur mufassirin tetapi dalam mashaf Ibn Abbas menyatakan bahawa wusto=pertengahan adalah solat Subuh. Kenapa?
Jika dikira bermula dari Subuh, sudah pasti Asar adalah pertengahan
jika dikira dari maghrib, maka Subuh lah pertengahannya kerana bermula hari dalam Islam ialah gelincir matahari dan bukanlah seperti Barat yang menyambutnya 12:00 malam/pagi.

Bagi si dia dan mereka, senyum, jangan tak senyum.. kita akan berhijrah ke satu suana baharu yang diharapakn penghijrahan ini membawa rahmat dan keredhoaan Allah dalam kehidupan kita. Doakan kami ya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan