Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Khamis, 8 Mac 2012

Taman Negara Pahang.. koi nk ikut

Masjid Ar Rahman UM, 12 Mac 2012 - gambar yang telah diupload selama seminggu ini belum lagi aku lorekkan dengan apa-apa tafsiran. Anas buah hati ku diserang ulser pada tonsil dan kondisi gigi nak tumbuh. 2, 3 malam aku tidak dapat tidur secukupnya, memandangkan dia juga tidak tidur menangis meronta-ronta, mana ada ibu bapa yang boleh lena sehingga lah aku dan isteri terpaksa mengambil cuti. Tapi aku sedikit emosi bila di saat penulisan ini dicoret, warta berita menyiarkan kisah seorang budak berumur 3-4 tahun mati dibakar. Manusia semakin melampaui batas. siut je.

Start fokus cerita pasal Ekspedisi Ziarah Dakwah 2012, terbaik... Bermula hari isnin lagi aku dah dapatkan barang-barang untuk dibawa ke sana dan pada 4pagi lagi aku dah bangun untuk mengambil fasilitator dari USIM ke Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati Gombak. Ada satu cerita berlaku di masjid tu, ketika aku sampai masjid yang tengah menantikan solat subuh berjemaah gelap gelita tanpa elektrik. Tanpa aku berfikir panjang terus sahaja lampu dan portable speaker yang berbateri aku keluarkan dan alhamdulillah ianya dapat digunakan seluruh masjid diterangi cahaya itu dan mendengar suara imam dengan jelas. Aku teringat hadith nabi yang menyatakan mereka yang menerangi manusia lain di dalam kegelapan akan diterangi di dalam kubur kelak.

Alhamdulillah perjalanan lancar dengan 17 buah kenderaan daripada JAWI, JAKIM, dan masjid-masjid sekitar termasuklah kenderaan MINDACERAH dan abg. Shaarani, kami berdua je yang memandu Nissan Urvan. Kereta dia bersih dan cantik lagi, tapi akunye van dah agak jahannam, mana tidaknya asyik digunakan. Sesampai di Jerantut kami dieskot oleh 2 buah kenderaan polis dan terasa seronok bila ada sekatan polis dan JPJ pun main redah sahaja.
Di sana ada pengalaman, ada kisah, gembira dan menghiburkan, leka seketika dengan dunia yang berbeza, matlamatnya murni seindah dan sebersih air salji, 3 hari bukan lama, makan minum dan kesemuanya tak sedar masa berpisah juga telah tiba, Sungai Ulu tembeling ada ceritanya...
Mungkin pertama kali aku katakan yang aku baharu je merasa daging kerbau yang agak liat juga, sedap tetap ada, Paih pahang jangan katalah, pagi patin, tengahari patin, petang patin, malam pun patin juga... syukur pada Mu Allah diberikan nikmat ini kerana masih dalam perjalanan dakwah.
Mereka ibarat kanvas yang putih yang menanti hasil corakan dari pencorek-pencorek yang positif. Kenangan di sana, tersimpan di hati selamanya, agar Tuhan merahmati kita semua, doaku lagi dan lagi...
Sebenarnya penulisanku ini asalnya bersemangat dan penuh cerita yang inginku kongsi namun disebabkan satu sms ringkas ysng menghalang aku mengajar di Masjid Putra Nilai tempat yang aku bangunkan kerana kasih sayang dan cintaku kepada Robb, aduhhh.. susahnya berjuang, dan sudah pasti lebih berat perjuangan mu ya habibi kekasih Allah, Muhammad al-Amin. Ya Allah Rahmatiku Allah.. sejak lahir hingga akhir hayat kita semua berjuang, lihat sahaja seorang bayi berjuang bagi mebiasakan persekitaran yang begitu asing padanya... seorang ibu berjuang agar anak-anaknya bisa tangguh dan berjaya.... seoarang ayah berjuang bagi memastikan keluarganya bisa kenyang... yang miskin berjuang bagi mendapatkan kehidupan yang selayaknya... yang sedang jatuh cinta berjuang untuk menahan rindu... suami isteri berjuang bagi melayari bahtera rumah tangganya... dan setiap hamba Allah berjuang untuk kembali kepada penciptaNya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan