Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Rabu, 14 Mac 2012

Ulama Muda UMNO

Nilai, 15 Mac 2012 - tajuk yang aku tulis kali ini sememangnya panas dan mencabar, mana tidaknya jika aku yang sebelum ini dikenali sebagai bendera hijo telah bertukar merah atau biru, tapi yang penting bukan kepartaian yang aku perjuangkan sangat, maksudnya berjuanglah juga, cuma landasannya ialah Islam dan kesyumulannya. Baik kerajaan atau pembangkang yang salah tetap salah, yang mana aku rasa ada perkara yang orang seperti dan sekecil aku boleh tegur, wajar dan patut sangat aku tegur kan? sehingga si penegur inilah dibuang daripada masjid. Padayappa punya badigol sood. hehehe..

baru-baru ni pula anas dengan sakit mulut kena tonsil dan nak tumbuh gigi, selaku mak ayah yang cuba jadi terbaik maka aku dan zaujah pun tak tido lagi lah gamaknya 2 ke 3 hari, opis skip, masuk pun pakai seluar tracksuit je.. huhu, tengok tu, dah bukan main lagi duk nak bawa moto besar.. amboi..amboi.. nak kena ni hehe.. becinta ngan anak lebih menenangkan.. kan?.. kan??
semenjak transformasi aku ke kota raya ni, alhamdulillah aku juga mendapat tempat di beberapa buah masjid dan kawasan mengajar. Aku mencintai ilmu, aku nak jadi penyampai ilmu dan orang yang belajar, orang yang mendengar, orang yang menyukai moga aku peroleh keampunan Ilahi.
Ni Masjid Muaz Bin Jabal Setiawangsa, di saat aku menyampaikan kuliah sebelum Jumaat.

Kuliah Zuhur dan Dhuha Surau Jumaat Bank Islam/ Tabung Haji Kuala Lumpur. Golongan intelek perbankan dan pengurusan berhimpun.
Masjid al-Ikhlasiah Lembah Pantai, dalam kuliah maghrib bersama Dato' Ibrahim Tamby Chik, Ketua Penerangan UMNO Lembah Pantai dan dia sangat menyukai persembahan pengkuliahanku sehingga mencalonkan aku sebagai calon Ulama MUDA UMNO.. oh hehehe..

Selain itu juga aku mengajar di Tropicana Golf & Resort di DAMANSARA moga keseluruhan hidupku bernilai walaupun aku telah jauh dari Nilai...

Akhirnya... terimalah amalanku dan redho lah akan hidupku ya Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan