Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Ahad, 18 Mac 2012

Yang Berhormat Imam Razi

Bangsar, 20 mac 2012 - aku banyak menulis di ofis semenjak dua menjak ni, maklumlah di ofis telah bertukar kepada UniFi TM, hehehe.. laju sioot.. berbalik kepada tajuk di atas, YB bermaksud Yang berhormat kalau buat baik kepada rakyat, Yang KEPARAT pun ada.. baru-baru ni ketika aku pulang ke kampung mentua di Melaka, sibuklah Along. ayah dan mak mentua aku, nak mencalonkan aku sebagai Wakil Rakyat kawasan tu.. Dun Gadek, Melaka. Perghhh... x tersangka begitu cepat ke..
50% adalah jawapan isteriku. Dia membayangkan kesibukanku nanti sekiranya tercalon akan menyebabkan si comel di atas tu terabai, dah lah pada masa ini pun begitu terhad masa yang aku boleh untuk yang tersayang.
Kasih sayangku pada mereka-mereka yang aku kasihi ibarat air carrot susu yang bergelas besar di atas berbanding air yang sebelah tu. Bukanlah takat kasihku hanya sekadar itu, tetapi jika 2 komponen di atas yang dibandingkan akan ku katakan kesemua yang terbesar adalah nilaian kasih sayangku. Lihat sahaja balaghoh yang digunakan oleh Allah bagi membandingkan nikmat yang telah kita gunakan jika diambil tinta bagi menulis menggunakan seluruh air di lautan sudah pasti tidak terhitung nikamt yang diberikan oleh Allah.
Sabtu yang lepas dalam perjalanan menghadiri talk: islamic banking: syariah or civil court? Fizree akhirnya membelanjakan aiskrim berperisa durian yang sedap juga tetapi berharga RM5 seorang.. well, rasa juga akhirnya duit pekerja LHDN.. ahaks. Aku meminati majlis ilmu sebegini yang bersifat komprehensif dan 2 hala, bukan kita sahaj mendengar, namun ilmu dan isu permasalahan itu dapat dikupas sedalamnya.
Hebat dan aku akan mencontohi mereka yang telah berjaya di lapangan masing-masing. Antara joke Ketua Hakim Mahkamah Perdagangan Y.A Dato Hj. Zawawi yang berpendidikan barat tetapi juga menguasai asas yang dalam berkaitan bahasa arab, hebat jika terdengar hakim sebegini memiliki kebolehan mengikrab perkataan.
Aku bercita-cita menjadi peguam rakyat, imam rakyat, wakil rakyat kerana UMMAH didahulukan, SYURGA diharapkan.. gelagat tersayang di bawah, esok dah besar tengok-tengok ya sayang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan