Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Jumaat, 2 Mac 2012

Pais.. oh Paih..

UKM, 3Mac2012 - dalam kelas Kewangan Islam. Setelah lama aku tidak menulis dan aku terpasksa mencuri masa untuk membentangkan semula apa yang telah dilalui sebelum sebagaimana yang aku nyatakan dalam penulisan-penulisan sebelum ini, ianya sekadar diari maya yang aku kongsikan. Gambar yang diambil adalah di saat aku telah dijemput untuk berkhutbah dan mengimamkan solat Jumaat di Masjid KLIA. Seronok pula aku sampai ke sana dan layanan mesra daripada staff-staff masjid di sana tidak macam Masjid Putra Nilai yang aku pernah bertugas, walaupun tidak semuanyalah, tapi aku sangat dan masih kecewa. Biarlah yang pastinya ujian yang diberikan rahmat disediakan. Aku jua makin sibuk dengan tanggungjawabku.
Serban dan jubah yang disandang bukanlah kemegahan tetapi amanah yang akan dipersoalkan oleh Allah. Dah ready ke nak jawab:
Isnin - Maghrib/ Isyak bertugas di Masjid Ar Rahman
Selasa - Subuh bertugas di Masjid Ar Rahman, Maghrib/ Isyak bertugas di Masjid Ar Rahman
Rabu - Subuh bertugas di Masjid Ar Rahman, Kuliah Zohor di Majlis Perbandaran Nilai, Kuliah maghrib di Surau Asy Syakirin Bandar Sri Putra
Khamis - Kelas malam
Jumaat - Kelas malam
Sabtu - Kuliah Subuh di Surau Desaria, Kelas al-Quran Dewasa di rumah
Ahad - Kuliah Subuh di Masjid Putra Nilai, Kuliah maghrib di Surau al-Hidayah Desa Kolej

Kisah seorang penceramah di Kuala Lumpur,.....
Pegawai Masjid KL: Ustaz nak buat apa surat pengakuan masjid ustaz mengajar di sini?
Ustaz KL: Ana nak beli rumah, jadi ana tak kerja tetap bank nak statement yang mana income ana dapatlah.
Pegawai Masjid KL: Oh, hebat tu, ustaz nak beli rumah berapa ribu ni?
Ustaz KL: Alah kang ana cakap buat fitnah ja.. hehe.. adalah..
Pegawai Masjid KL: Allah ustaz, habaq jala.. boleh kita kongsi-kongsi (selepas diasak).
Ustaz KL: Allah.. RM780 ribu je...
Pegawai Masjid KL: Alhamdulillah, boleh naa... berapa income ustaz ni?(tercengang)
Ustaz KL: alah ana mengjar je syeikh mana ada keje apa, sehari ana ngajar kuliah Subuh, lepas tu kuliah Dhuha, pastu kuliah Zuhur, pastu ngajar lagi sampai Asar, then kuliah Asar, pastu Kuliah maghrib dan lepas isyak.
Pegawai Masjid KL: Sehari berapa ustaznya income ni?
Ustaz KL: Adalah RM500 - Rm 1000, sebulan? RM 30k++
Teringat hadith nabi: "tidak akan miskin seseorang dengan al-Quran"
Aku terpaksa menjemput saudara-saudara sebelah umi dari Indonesia, dan bawanya ke rumah mak harry dan saudara-saudara yang di sini, bukan aku nak merungut atau tidak, ok jujur aku cakap hari tu aku sakit gigi, then kena amik dorang kat KLIA pergi Kelana Jaya lah, Putrajaya lah, dah tu pulak gaya-gayanya 'orang kampung' aku harap penulisan ini bukan menyatakan aku sombong, tetapi orang yang kenal aku, aku agak fussy sebelum kenal orang. Iyalah dorang boleh muntah dalam Alphard, then boleh alih-alih kerusi dalam alphard, tu.. gerrrkkk.. bunyi perghhhh sabar, sabar, sabar....
Ini gambar ketika aku berceramah maulid di Surau di Gadek yang mana-mana bagusnya orang-orang di sini untuk memakmurkan dan memperingati nabi s.a.w. Cuma aku telah dihubungi oleh nazir surau tersebut dengan menyarankan aku tidak perlulah membawa LCD untuk ceramah sebab suraunya kecil. Aku cari jalan macamana nak jadikan syarahan ini disampaikan dengan lebih menarik, lantas aku menggunakan soundeffect terutama ketika membacakan perkhabaran dan detik-detik pemergian nabi s.a.w. Aku bawa speaker box dan memasangnya ketika memulakan penceritaan, sayu dan berderai air mata mereka terkenang nabi s.a.w dan untungnya selepas itu NASI ARAB. Hadith nabi ada menyatakan, tidak akan dibakar mana-mana mata orang yang menangis kerana Allah. Bukan kita berhipokrit nangis pada masa tu, tetapi kita kan manusia biasa yang imannya bertambah dan berkurang.
Tengok hindustan boleh pulak menangis, apa salahnya kita nangis kerana bersyukur kita diberikan hidayah Islam, Ya Rasulullah tidak terbalas jasamu, Terima kasih rasul.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan