MasjidPutraNilai, 11-11-11, tarikh yang menarik untuk diingati apatah lagi aianya jatuh pada hari Jumaat dan akhbar hari memaklumkan di Jakarta Indonesia lebih ribuan pasangan akan bernikah dan dianggarkan seorang jurunikah akan menikahkan lebih 36o pasangan dalam masa sehari. kenapalah masyarakat taksub sangat pada tarikh kahwin yang pelik-pelik risau sekiranya ada iktikad yang pelik-pelik dan nampak sangatlah kebodohan mereka.
aku? sama juga.. bukan bab bodoh tu, sama baru lepas nikahkan pasangan berketurunan pakistan di masjid, dan amat jarang sekali akan menulis blog dari sini. menantikan solat jumaat dan tazkirah yang akan di pimpin oleh Ustaz Zamihan yang terkenal dengan penentang geng WAHABI.
hehehe... rambut panjang dan menanti masa di tebas dan bila diri semakin berusia dan tua, sakit pun mai datang yang macam-macam, jiwa pun macam-macam, macam-macam ado.. yolah kalau gambar ni di zoom tang perut lagi kantoi lah nampak kemakmurannya.. Inikan gambar pada hari ini 11-11-11 ketika usiaku 2* tahun.. segan nak cakap, usia muda jiwa tua. uban banyak, badan lanyak. tapi aku memang memuji seorang jejaka ni memang kacak, bergaya, hensem, gagah, penuh style orang kata, jejaka yang aku maksudkan ialah...
tada... hehehe gambar ni semasa berusia 17 tahun, hahaha.. ntah macam mana boleh terselongkar dompet terjumpa gambar-gambar lama ni, jangan cakaplah.. masa tu dengan kekurusan dan kehenseman sebegini, sudah pasti menggiurkan ramai awex-awex.. teringat masa belajar di Nilam Puri, Kelantan.. eh Ezwan Saujana ke tu? ketika aku lalu nak gi makan di Kedai Mulong, awex bertudung labuh menyapa dan aku dengan bangganya terasa diri kacak sekejap.. TAPI hari ni, ceh.. ustaz, ustaz ni ada kaitan ke dengan Afdlin Shauki? cet..cet..
khazanah lain yang terjumpa di dalam dompet azimat, wang kertas RM1 yang lama yang diberikan oleh abang iparku, bagi kita yang lahir pada tahun 80an mana nak nampak duit sebegini.. menghabiskan duit pandailah...
dari sudut perubatan dan rawatan alternatif, ada maksud yang aku boleh terangkan tentang pitih di atas, kepada pembaca yang duduk di sekitar Bandar Baru Nilai dan yang berhampiran, apa tunggu lagi moh poie mengaji setiap Ahad Subuh tentang rawatan Islam. di kala penulisan blog sesawang ini pun sebenarnya, aku bercakap dengan salah seorang Mursyidku Ustaz Imran Al-hafiz yang meminta aku memaklumkan kepada para jemaah kepada mereka yang berminat menyambung pengajian dalam Diploma mahupun Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Tahfiz dan Qiraat secara percuma kerana ada hamba Allah yang sanggup membayar keseluruhan kos pengajian. Allahu akbar!!! orang lain dapat peluang ini zaman aku belum dapat.
Nak seribu daya tak nak sedapnya dadih, hehehe.. orang berjaya cari jalan, orang gagal cari alasan..
nasib baik Anas kecik lagi kan, kalau tak daddy dah hantar Anas tau! sejuk tengok dia tido, sejuk lagi kalau kita dapat tidur dalam aircond, hehehe... mood ngantuk ni.
13Nov2011 THE GRADUATION DAY for MINDACERAH, tadika dan KAFA... yahooo... alhamdulillah
Assalamualaikum...knp muka anas merah2 dia ada eczema ka?sy tgh cari ubat untuk eczema sbb laila ada eczema.klu ada yg bagus share laa
BalasPadam