SHAH ALAM, 15Nov2011 - dan spesifik lagi lokasi aku menulis blog ini ialah di atas meja peguam di dalam Dewan 3 Mahkamah Tinggi Tingkat 5 Bangunan Sultan Idris Mahkamah Tinggi Shah Alam. huuhuuu.. apa nak buat beb, boring menunggu giliran untuk satu kes polgami. Topik yang nak aku catatkan pada kali ini ialah berkaitan hari graduasi anak-anak pelajarku iaitu Tadika dan juga Kelas Agama Fardhu Ain(KAFA).
comel x? ini salah satu produk mindacerah yang akan menyerang pasaran majlis-majlis konvokesyen seluruh universiti. yang produk aku mestilah yang terbaik, contohnya teddy bear bersongkok tu dan doraemon itu adalah untuk Pn. Azah, guru besar tadika yang bertungkus lumus menaikkan nama mindacerah. Tahniah kepada semua mindacerah team.. dan aku sendiri akan bergraduasi pada 3dis2011 ini di PICC, Putrajaya. Terima kasih ya Allah atas nikmat mu mengizinkan aku menuntut ilmu.
video korporat mindacerah yang juga menampilkan aku sebagai pengasas. kalau ikut aku dahulu, mana ada can/ peluang untuk ditampilkan, terutama dalam skrin besar pada hari graduan tadika mindacerah di Universiti Sains Islam Malaysia pada 13Nov2011 Ahad bersamaan 17Zulhijjah1432H.
Ucapan yang aku sampaikan,diselangi satu buah perli kepada par ibu bapa, gelakpun ada makna, air yang tenang jangan disangka tiada telur.. boboi dalam maharaja lawak mega.
anas pun nak konvo juga ke?
antara pelajar tadika dan KAFA yang bergraduasi. Tahniah anak-anak, moga berjaya dan membela agama Allah ini sebaik mungkin.
juruacara majlis yang juga sahabatku yang nasib baik tidak membocorkan rahsia-rahsiaku semasa di sekolah. hampeh ko Sapirrr... dan di bawah ini adalah salah seorang tenaga pengajar di Al-Imam International Maahad Al-Quran Nilai (AIMAN). Buta tapi celik agama. Suara merdu, walau matanya sayu, tapi jiwa cerah dan mindanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan