Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Rabu, 9 November 2011

Ini sudah lebih ma..

Bangsar, 10Nov2011 - Jam tangan aku 4 petang. memandangkang kelas master aku tengah bercuti pertengahan semester maka dapatlah aku merawat dan memperbetulkan kembali segala urat mengurat,??? urat mengurat ke kalau nak cakap bertali mali? apa boleh buat zaman aku dibesarkan dengan penggunaan bahasa rojak, rojak buah satu... namun nikmat yang selalu kita perolehi saban hari andai ianya tidak disulami dengan syukur pada Pencipta maka ianya seringkali mengecewakan.

contohnya gini, kalau kerja yang kita laksanakan dianggap sebagai kerja mencari gaji maka jika gaji lambat atau tidak naik-naik, maka kita akan kecewa dan kerja tidak ikhlas. betulkan? justeru kalau kita rasa kerja sebagai ibadah kepada Allah sebagaimana solat dan lain-lain, kita tidak akan kecewa kerana Allah sentiasa mengganjari kita.

bukanlah aku bermaksud gambar di atas menunjukkan frust nya anak aku kerana tunggu daddy dia nak main tak kesampaian sampai tertonggeng ketika tidur, hanya rakaman gelagat anak aku yang menggelikan dan menghiburkan hati ketika duka mahupun kepenatan. kenapa ianya penting?
ada orang anggap kenderaan adalah bini pertama bagi si bujang dan madu bagi isteri hakiki bagi mereka yang dah berkahwin. aku balikkan kepada persoalan di atas, kerana nak menghiburkan hati atau lebih tepat lagi merawat hati agar kembali subur dan taat. bila hati tenang...
minda akan fokus kembali. MINDACERAH. kerana itu Allah berfirman di dalam al-Quran.. tidak berguna/ bermanfaat bagi kamu harta dan anak pinak pada hari kiamat melainkan hati yang salim (jiwa yang sejahtera) mahupun dalam ayat Allah di dalam surah al-fajr, ... wahai jiwa-jiwa yang tenang.. kembalilah kamu dalam rahmat Allah.. nah, dalam coretan yang lalu telah dijelaskan ramainya di antara orang Islam sendiri yang tidak meyakini atau meragui akan kesucian Islam sendiri sehingga sanggup mencemarkan agama yang suci, kalau putih jadi hitam. nabi sebut berkaitan batu hajarul aswad yang berada pada dinding kaabah, kanal hajr abyadh.. adalah asal batu itu (hajarul aswad) adalah putih, tetapi kerana dosa manusia menyebabkannya hitam sehitam-hitamnya.
kaedah fiqh ada menyebut, at-tabi' tabi' atau mudah faham sekiranya sesuatu itu membawa kepada haram maka hukumnya HARAM dan jika sesuatu itu bawa kepada HARUS maka hukumnya HARUS. benda yang mengikut sesuatu yang diikut. kalaulah bersolat dengan menggunakan aircond membawa kepada lebih khusyuk dan tennag beribadat, maka memasang aircond tadi membawa kepada hukum harus.

kalaulah memiliki kenderaan besar atau kecil atau kaki sahaja membawa kepada TAQWA kepada Allah, maka itulah yang terbaik.

kesimpulan penulisan aku pada hari ini dengan keadaan sakit pinggang semenjak raya haji baru ni dan sakit gigi nya namun alhamdulillah lega sikit, motor laici ni telah diservis buat pertama kali selepas meter bacaan menunjukkan 1000km/h dah.. ini sudah lebih, servis lah.. kuikuikui

Tiada ulasan:

Catat Ulasan