Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Ahad, 20 November 2011

Tips Temuduga Amanah

Sri Hartamas, Perpustakaan Undang-undang UKM, 21Nov2011/22Nov2011 - di saat aku menulis blog ini maka tarikh dan lokasinya telah beralih menjadi dua hari kerana hari pertama aku memasukkan gambar sahaja dan hari kedua aku sempat menulis sementara menantikan masa kelas. Isnin yang lepas aku menghadiri sesi temuduga sebagai syarat wajib memiliki lesen beramal di Wilayah Persekutuan, ada yang tidak faham profesion guaman terutama syarie kerana tertakluk kepada Senarai Dua, Jadual KeSembilan, yang mana kuasa dan pentadbiran agama tertaluk kepada bidangkuasa negeri masing-masing disebabkan undang-undang itu hanya terpakai bagi orang Islam dan punca kuasa tersebut termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dengan Artikel 121(1A) dan juga Artikel 74(2) yang menjadi isu hangat terutama bagi non-Muslim sehinggalah ke isu murtad yang dikucarkan lagi dengan isu IFC, internal faith confrence. tepikan kesemuanya kalau anda tidak minat dengan perundangan cuma bersyukurlah menjadi muslim di Malaysia kerana kita masih bebas beramal namun jangan sesekali leka kerana musuh tak pernah lupa.
dan isnin semalam aku digasak oleh dua panel dari AG dan juga Hakim Mahkamah Labuan, Yang Arif.. Aku ditanya dengan beberapa soalan yang pada dasarnya memang aku minat dan alhamdulillah aku dapat menjawabnya dengan baik.

apa pandangan anda tentang peguam bukan Islam yang mohon untuk jadi peguam syarie dan sekiranya tidak diizinkan bukankah ianya tidak adil kerana tidak memberi peluang? Soalan yang aku telah sedia berhujjah yang terpacul keluar dari mulut AG(Attorney General).
Tuan, dalam surah al-Maidah ada disebutkan wahai orang yang beriman! dirikanlah dan katakanlah kebenaran dengan adil dalam menjadi saksi-saksi dengan nama Allah... ini hujjah aku yang pertama, kerana syarat Muslim adalah utama, malah adalah bias jika seorang peguam bukan Islam mewakili kes-kes yang bersifat tidak salah kepada agama anutannya seperti minum arak dan sebagainya yang bukan membawa kepada keadilan tetapi permasalahan.
apa pandangan anda mengenai perhimpunan sejuta ummat satu aqidah yang diadakan baru-baru ini? sekiranya ia membawa kepada masyaqqoh maka adalah tidak wajar kerana usul fiqh menyatakan 'darul mafasid aula min janbil masoleh' - mengelak kemudaratan adalah lebih utama berbanding mencapai kebaikan. namun sekiranya perhimpunan itu tidak mengganggu kepentingan orang awam dan memberi signal kepada non-muslim agar berhenti berdakyah kepada orang Islam dan mematuhi kontrak sosial.
soalan lazim, sebutkan semua AKTA dalam bidang kuasa mahkamah syariah, Akta Undang-undang Keluarga Islam 1984(Wilayah Persekutuan) Akta 303, Akta Pentadbiran Islam 1993 (Akta 505), Akta Tatacara Mal 1998 (Akta 585), Akta Jenayah Syariah 1997 (Akta 559), Akta Keterangan Jenayah Syariah (AKta 560),Akta Keterangan Mahkamah Syariah 1997 (Akta 561).
sebuah perbincangan lebar malam tadi bersama seorang rakan sekelas dari zaman degree hinggalah master, hanya 35% yang praktis undang-undang selepas tamat belajar. mujurlah dia masih dalam bidang undang-undang sebagai penasihat Perbadanan Keretapi Malaysia. Yang pastinya, dia mencari pekerjaan yang menjamin masa hadapan dan membolehkan dia ber'KAHWIN'.
kalau nak ikut setimpal atau tidak, berbaloi atau tidak aku dah ketepikanlah. No SATU dan UTAMA, aku NAK, MAHU, SUKA untuk BUAT!!
aku SUKA buat banyak benda... sleagi daya
itulah, inilah, begitulah, beginilah, sampai seorang pensyarah UKM bertanyakan kepadaku, kenapa awak belajar banyak-banyak? mudah sahaja jawab ku, I LOVE TO LEARN (LTL)
Pondok Pasir Tumboh... kesimpulannya, simpul lah kut mana suka.. hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan