Bangsar, 17nov2011 - sebenarnya benda ni dan seminggu dan dah basi untuk aku tuliskan di sini namun apakan daya, bukan serbuk pencuci tapi daya kederat yang penuh dengan limitasi dan hadd maka aku tidak dapat meneruskan penulisan dan apa yang aku buat ialah masukkan gambar dahulu then memaksa diri untuk menulis. di saat aku menulis ini juga aku tercungap baru pulang dari mengajar di Majlis Perbandaran Nilai. Hari ini aku bersama kuda kecik telah melakukan marathon yang agak menyemputkan bila mana bermula jam 7.30pagi ke Paror Senawang - kemudian ke Bangsar pukul 9.00pagi - kemudian ke Masjid KLCC jam 10.30pagi - kemudian ke Nilai jam 12.00tengahari - balik semula ke Nilai jam 2.00 petang dan - ke UKM bangi jam 5 petang. Kalaulah aku memiliki 'awan guling' macam dalam cerita Dragon Ball, hehehe.. apa-apa pun Alhamdulillah syukur.
Tajuk untuk coretan aku sendiri bila mana soalan-soalan yang sering aku tanyakan pada diri ini sendiri setelah terjumpa beberapa helaian yang menyebabkan aku terimbau segala memori.Siapa aku? Apa aku nak jadi? Apa yang aku kejar sangat? Ada orang senang je hidupnya tidak perlu terbeban dengan apa-apa amanah, tapi aku? buat itu lah buat inilah.. kan selesa kalau dapat duduk di kerusi malas mengadap pantai dengan cuaca indah dan angin menyapa2ku ditemani dengan gadis-gadis cantik dan anak-anak yang dikasihi, oh ya tidak terlupa isteri. kuang..kuang..kuang.. apa yang aku imaginasi tadi adalah berupa gambaran syurga yang Allah janjikan bagi hambanya yang dihabuankan jannah. Aku dapat tak? Soalan yang sering menghantuiku...
tengah duk kemas fail-fail lama di rumah, terjumpa pula kertas jemputan menjadi panel rancangan al-kuliyyah TV3 bersama-sama Ustaz Fauzi Mustapa dan Dato' Ustazah Norbahyah dan ketika itu umurku baru sahaja 21 tahun. Itupun rezeki bila mana Ustaz Wan Elias yang terkenal dengan penerbit rancangan jejak rasul solat jumaat di masjidku dan kebetulan aku sedang berkhutbah tentang tajuk CINTA. aku tidak nafikan di saat itu kekakuanku yang tidak ada pengalaman langsung berhadapan dengan kamera menyebabkan aku sendiri gugup dan macam tidak percaya hampir 14.7 juta rakyat Malaysia sedang menonton. Menariknya, di hujung rancangan tersebut, Raja Mazni yang juga penerbit rancangan Al-Hidayah TV3 memintaku membacakan doa peperiksaan bagi rancangannya dan aku telah menolaknya kerana tersangat gugup, rasa rendah diri pun ada. rakaman siaran ini ada direkodkan oleh adik aku namun telah hilang kerana telefon bimbit telah dicuri si maling. Aku kan hidup dalam Blues. rezeki tersebut diteruskan apabila aku sendiri ditawarkan mengacara sebuah rancangan berjudul SAHABAT di tv9 dan pada asalnya aku digandingkan dengan MAWI AF yang sangat popular ketika itu bagi menarik orang ramai menonton rancangan tersebut kerana TV9 belum beroperasi sepenuhnya, dan aku lah orang yang juga dibincangkan secara tidak langsung berkaitan program Akademi al-Quran yang pada asalnya mahu meniru format undian rancangan Akademi Fantasia. Bangkang! ini Quran bukan lagu! dan akhirnya pada awal 2011 aku telah dipanggil uji bakat mengacara sebuah rancangan di TV Al-HIJRAH di Pusat Islam Kuala Lumpur, dan ironinya semasa uji bakat dijalankan aku menggunakan loghat nogori untuk rancangan tersebut. Thanks YAYA.. aku merindui bidang ini...
dan kertas di atas juga aku terjumpa ketika mengomeh-ngomeh dan membuktikan bahawa sesungguhnya aku yang menolak untuk belajar di luar negara. aku tolak atas sebab ibunda yang tercinta kerana biar bumi ini terbelah dua, aku akan menjaganya hingga akhir hayat. Syurgaku padamu UMMI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan