Bangsar lagi, dan tarikh yang sama 17hbnov2011 - kerana aku tengah bersemangat mengarang sesuatu maka aku catatkan beberapa isu berkaitan diri ini. pasal orang lain buat apa, tambah dosa je. So, bila ditanya ukuran kejayaan sesorang ada yang mendakwa, kejayaan seseorang ibu atau bapa apabila anak-anaknya berjaya menjadi sesorang doktor, peguam, majistret, bos, pemimpin dan lain-lain atau berapa ramai isteri dia ada? atau berapa banyak duit dia miliki? harta benda jawatan dan sebagainya, itulah helah iblis kepada kita, sedangkan kejayaan seseorang tidak sekali diukur dengan perkara-perkara tersebut walaupun ekonomist menyatakan bahawa fiat money(duit) adalah sebagai unit ukuran.
hello bnag, kito kalau jumpo member lamo pun kito tanyo, ha jang, berapa orang anak dah ekau? takdo tanyo, berapo banyak duit dio, yo tak? lalu, tulisanku ini sebagai ingatan kepada diriku sahaja bukan untuk dibanggakan tetapi diambil peringatan, koreksi dari perkataan correction! betulkan diri ini supaya betul-betul betul.
perjumpaan bersama abg.Shaarani, Bilal masjid KLCC yang menunjukkan gambar Alphard baharu yang bakal dimilikinya, perghh.. gembira bila tengok kawan-kawan makin berjaya, syukur atas nikmat pemberian Allah, dan aku walaupun menggunakan versi lama ke apa pun syukur tidak terhingga sekurang-kurangnya aku bangga walaupun umurku ketika memiliki kenderaan ini berusia 25 tahun. bangga diri dalam bentuk positif. Alhamdulillah.
kenderaanku yang aku beli sempena berkahwin dan kini aku hadiahkan kepada ibunda untuk menggunakannya ke tempat kerja. ini sahaja yang daya aku buat setakat ini untuknya. moga Allah berkati usaha ku ini.
kenderaan yang aku beli untuk tahun ini, 2011 bagi memudahkan urusan perjalanan sekolahku.
hehehe, my big tuff bulldozer. triton yang mantop dengan tayar mampu melenyek kancil di hutan belantara, jangan marah pengguna kereta kancil kerana aku juga seorang pembawa ikan .
Nissan URVAN yang juga digunakan bagi kemudahan perniagaan dan telah berjasa membawa keluargaku dan jiran tetangga secara beramai-ramai. sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain. itukan pesan rasul kita.
hehe, inilah memori kenderaanku. satu-satunya kereta yang telah aku habis bayar ketika tahun pertama di USIM dan terlalu banyak kenangan bersama isteriku, sebenarnya kereta ini diberi kepada abangku sedangkan aku ada kelisa auto berwarna merah yang telah dijual dengan nombor kenderaan WKE9372, yes aku masih ingat lagi kereta tu, xpe aku akan ceritakan pada penulisan akan datang. sekarang ni kenderaan ini masih berjasa dan menjadi tunggangan isteriku ke tempat kerja. x banyak masalah melainkan kalau kita bermasalah menggunakannya.
ini juga kenderaan LC135z special edition tanpa telur ya, yang baru 3 minggu lebih kurang di saat ini aku menggunakannya dan kalau nak tahu, siapa yang baru beli keluaran motorsikal terbaru, sesungguhnya modifikasi perlu dilakukan berkaitan dengan kelajuannya kerana pulas macam mana pun hanay kmj110 sahaja dan ini bermaksud pihak pengeluar telah 'cut-off' menetapkan kelajuannya dan mungkin kerana arahan kerajaan kerana tak nak bagi merempi, aku rasakan begitu.
ini pula koleksi kenderaan berkuasa besar yang memberikan aku semangat membakar di jalan raya, paling jauh pernah pegi pun ke Ipoh dan Batu Pahat dengan kelajuan 220 - 260km/j. memang mengucap la masa ni, tapi manyak cuk ooo.. laju sikit nak ke masjid, hehehe...
kenderaan ni masa baru2 nak belajar bawa motor besar, tapi dah let go dan terasa kecil bila dah bawa superbike yang lain tau,...
ini scooter yang aku beri-bayar pada seorang kenalan masa tu, sebab aku menyesal kenal kenalanku kerana aku menganggap dia sahabat pada asalnya, tetapi kerana kecelaruan hidupnya sendiri dan akhirnya tersimpang dan boleh aku katakan tersungkur di pintu syurga, aku bimbang dnegan akidahnya, tetapi aku pernah menggunakan kenderaan ini kerana menghantar isteri bekerja.
inilah kenderaan kedua yang pernah aku miliki, masa tu kalau budak tahfiz di kolej memang terkenal dengan ekzos motor yang memeritkan, dan bangganya aku, inilah kenderaan yang aku beli sendiri dan berjasa membawaku dari UIA Gombak berulang ke Nilai semasa bertugas. bawa awex? ada ke? hahaha.. laju xhengat la, bagi sebangsa dengannya. so itulah koleksi kenderaan yang pernah aku miliki, cinta? subjektif... berbalik pula kepada perkara baru yang juga menggilakan aku sebagai 'collector' cari motivasi membakar diri agar jangan malas...
jam tangan yang menjadi pemakaianku di saat ini, harganya tidaklah semahal jam Rolex tetapi dalam umur ini dan sebangsa ini aku membelinya dengan harga RM699, termahal setakat ini aku pakai. aku risau kalau tak beli tak khusyuk solat, maka hukum membelinya dah jadi wajib.
ini kedua termahal lah aku beli, brand Caterpillar, masa tu nak raya 2010 harga dalam RM543. bising bini aku, jam memang best cumo kelemahan dio walaupun dio maha tapi sobab guno tali totap berbau lah bilo dah lamo pakai, lagi jenis macam sei ni memang tak cabut dah bilo pakai, setia lah diibaratkan, limited je di pasaran,,... bukan jam. esei lah... kuikuikui...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan