Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Rabu, 11 April 2012

Dimensi baharu, Detik permulaan...

Nilai, 13April2012 - memandangkan tajuk yang aku letakkan untuk penulisan ini bermakna, penuh dan sarat dengan makna satu alam baharu yang aku kini ceburi dan terlibat secara langsung atau tidak telah menjadikan pelbagai polemik yang pelbagai sehingga aku juga dikecam, merasa tidak tenteram dan akhirnya keputusan adalah di tanganku. Aku akui, aku TELAH terlibat dengan POLITIK. Gambaran keratan akhbar pada penulisan sebelum ini menceritakan lagu dan kisahnya. Kenapa aku terlibat? Biarlah blog ini menjadi satu entiti penyaksian penulisanku bagaimana aku boleh terlibat dengan politik. 
Politik sememangnya sinonim dengan politik KOTOR. Kotor bukan kerana politik tetapi tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab melontar najis dan memakan daging saudaranya yang lain. Aku juga takut dengan ancaman manusia yang menakutkan insan yang sedia takut ini, tetapi aku lebih TAKUT dengan TUHAN yang menciptakan manusia ini dan bertanyakan KEKOTORAN yang dilakukan. Apakah kalian ada jawabannya? Aku bukanlah pandai dalam hal ini, malah masih hijau lagi, tahinya masih belum cukup hitam dan gelap, nah.. tapi aku memiliki 2 faktor utama yang tiada siapa mampu pertikaikan keputusanku..
Pertama, apabila aku dengar dan tahu setelah disiasat dan mendapati berlakunya kemungkaran. Berapa ramai yang telah tertipu dengan calon di sebelah lawan apabila secara terang-terang mereka menjual tanah melayu dan dijual kepada syarikat perumahan dengan mendapat untung lumayan hasil penipuan yang melampau-lampau. Melayu layu bila lihat wang bertimbun, melayu layu bila tiada lagi yang hendak diperjuangkan melainkan hanya bangsanya.. BANGSAT kalau aku berpeluk tubuh dan tidak berbuat apa-apa..
Kedua, ialah disebabkan tiada calon yang berwibawa dan layak mengisi kekosongan tersebut. Para alim dan ilmuwan ramai aku kira namun mereka lebih suka apabila telah keluar dari Gedung Ilmu, mereka mendirikan rumah tangga, kemudian peroleh zuriat dengan pekerjaan yang mendatangkan gaji dan pencen bagi mereka, buat apa mereka perlu berjuang lagi malah risau akan nasib diri terutama apabila membangkang kerajaan. Lantas mereka ini mengingatkan aku akan ayat quran dalam surah al-mukminun yang mana Allah menemplak manusia dengan persoalan, adakah kamu kira kamu ini diciptakan dengan 'sia-sia'??? makan tidur, beranak, muda, tua, di mana Jihad dan perjuangan??? ke kita bukan melahirkan MUJAHID tetapi MUJAHAT!
bagi aku cukup mudah, dari Allah kita datang, dan kepadaNya juga kita akan kembali. Atas kira-kira itulah, aku amat yakin segala kurniaan Allah kepadaku adalah pinjaman, dan Dia mampu mengambilnya pada bila-bila masa, bila lebih memberilah.
Maaf kepada yang tidak menyukai tindakanku dan menyatakan aku telah tersilap langkah dan sebagainya, hidup ini ada pilihan dan keyakinan masing-masing. Aku mohon agar Allah menunjukki aku jalan yang lurus dan dirahmati keluargaku seluruhnya. Aku dilahirkan sebagai PEJUANG!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan