Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Selasa, 26 Mac 2013

Kerna Dia..

SungaiRamalDalam, 26mac2013 - apakah yang anda cari dalam hidup ini? kebahagian sudah pasti, lantas Allah SWT menyatakan matlamat ini kepada semua manusia di dalam surah al-Baqaroh tentang memohon kepadaNya kebahagiaan di dunia dan akhirat dan bebas daripada azab api neraka. Bagi mereka yang waras itulah bahagia. Bagi mereka yang membaca entri ini dari awal lagi, ya sememangnya aku pernah berniat menceburkan diri dalam dunia politik dan baharu ni pun ada panggilan yang mencari aku bagi memujuk kembali agar aku menjadi calon bagi sebuah parti politik di Malaysia. Dalam usia yang masih 20siri dan sifat semulajadiku yang 'opportunist' dan 'multitasking' sudah pasti aku tidak mahu melepaskan peluang keemasan merasai bahang pilihanraya di saat ini, erk.. sorry entri ni ditulis lewat daripada tarikh di atas lebih kurang sehari selepas penamaan calon dan seminggu lebih parlimen dibubarkan.
namun selepas menimbang dan melihat daripada pelbagai sudut, siapakah aku sebenarnya? di lewat 20an dan mencecah 30an aku bermuhasabah kembali apakah yang aku cari dalam hidup? nama? jawatan? harta? kedudukan? aku tidak sangka aku juga terjerumus dalam kancah kapitalis, fatamorgana dan sebagainya yang pernah aku iltizamkan di zaman muda dahulu bahawa ini semua adalah musuh bagiku. namun, teringat kata salah seorang ustaz semasa aku di sekolah menengah dahulu, mungkin semasa enta muda enta ada idea dan emosi yang membuatkan enta begitu bersemangat, nanti bila usia dah meningkat, dan berkeluarga, ramainya para pejuang dulu sejuk bak disimpan di dalam peti sejuk baharu ku berjenama samsung.
ada benarnya juga nasihat yang dicurahkan, terima kasih ustaz. apa yang aku utamakan kini adalah keluarga dan aku sendiri terkeliru dengan kaca dan permata dengan apa yang berlaku kini, aku bukan sebut tentang politik lagi kerana mungkin ketokohanku itu bukan pada bidang ini, aku pun tak tahu kenapa aku mengatakannya sedemikian, apa-apa pun aku berkata dari sudut keseluruhan hidupku. sebagai pejuang phd sekarang ini, tugasan dan penulisan yang sewajibnya ku titik beratkan, dengan kajian yang belum tersentuh dan tugasan mahkamah yang makin menimbun. aku cuba mencari ruang bernafas dalam semua ini hingga aku fikirkan aku risau aku akan melonggokkan kesemuanya di saat masa makin suntuk. Oh jangalah itu datang kepadaku, ianya sangat tidak senonoh dan menjijikkan.. bantulah hambuMu ini wahai Allah Tuhan yang sebaik-baik perancangan.
Anas dan Atheef membuatkan hidupku diwarnai pelbagai warna suka dan duka, suka dengan rezeki pemberian Allah dan duka dengan kelemahanku menjadi seorang bapa yang bertanggujawab. Moga didikan yang aku lentur selaras dengan perintah Allah SWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan