Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Rabu, 6 Mac 2013

Akhirnya sireh pulang ko ganggang...

Seremban, 6Mac2013 - sebenarnya satu penulisan yang panjang telah aku ukirkan di blog ini, namun ianya terhilang kerana tertekan butang undo, maklumlah semasa menaip ini aku diganggu-gugat oleh anakand yang juga mahu menekan. dengan tajuk sireh pulang ke ganggang menzahirkan perasaan dan isi hatiku yang selama ini mahu berkhidmat di tempat sendiri. setelah lebih 8 tahun aku berada di bumi ini, inilah tempat di mana aku bertugas sebagai seorang Imam di masjid, menjadi juru nikah, menyambung pengajian, bertemu jodoh, bercinta, membina empayar perniagaan sendiri, mendapat zuriat, jatuh bangun hidupku.. dan akhirnya.
Sesi pembukaan di mulakan dengan ceramah yang menyedarkan kembali siapakah seorang peguam. Disampaikan oleh seorang tokoh peguam yang tersohor di bumi ini dan bagi aku yang menegnalinya walaupun tidak secara terperinci namun dia antara tokoh yang menjadi rujukanku terutama bila mana kes yang dipertahankan ialah antara Fathul Bari Mat Jahya dengan Mufti negeri dan Syeikh Fuad berkaitan kebebasan bersuara artikel perlembagaan Malaysia dengan enakmen kesalahan mengajar tanpa tauliah dan dia sebagai peguambela dalam isu ini bagi pihak mufti dan syeikh fuad.
Di Barat sebelum zaman masihi dan ketika zaman pertengahan kerajaan Rom, peguam akan memakai jubah yang mempunyai kantung di belakang dan bertujuan bagi orang yang dibela oleh peguam tersebut itu memasukkan sejumlah wang sebagai tanda terima kasih membelanya atas kesalahan yang dipertuduhkan. Maknanya dulu peguam buat kerja 'probono', tetapi sekarang ada fulus baru bagus. hehehe... al fulusu fid dunya, wal mampusu fil akhirah. Dalam Islam, kita juga akan didedahkan sejarah seorang peguam iaitu berlaku pada zaman nabi SAW semasa saidina Ali RA membela orang yang dituduh dengan kesalahan hudud dan berjaya membuktikan bahawa orang tersebut tidak bersalah. Kerja ini mulia jika betul dan amanah landasan yang dilalui tetpai azab bagi sebaliknya.

mengimbau kenangan semasa di bangku sekolah rendah, bila mana aku bertanyakan soalan kepada seorang usatazah yang aku sayangi, Ustazah Hanim namanya, anak kepada imam masjid Pekan Batu 14 Hulu Langat. Banyaknya kenangan keluar di hujung minggu ni bila tiada apa yang dibuat, hahaha.. "ustazah, tak berdosa ke kerja seorang peguam bila mana dia membela seorang yang bersalah seperti pembunuh?" mungkin sedikit mengejutkan dia bila soalan itu ditanyakan di dalam kelas dan menyebabkan kawan-kawan lain terfikir dan mengeluarkan pandangan masing-masing, teringat semasa aku lah orang pertama yang habis ujian PAFA(Penilaian Agama dan fardhu Ain) dan mendapat hadiah dan membantu kawan-kawan yang lain.. sejka kecil lagi aku telah dipanggil ustaz, haji, alim dan lain-lain yang menggambarkan aku dari kecil memang telah dididik berkopiah oleh umi dan abah. Bila dah remaja sampai KL terus masuk kopiah dalam beg, hehehe.. tapi aku rasa dah kesan positifnya. Bagaimana aku jadi orang yang terawal habis PAFA? Kerana pada hujung minggu aku akan datang ke rumah ustazah tadi dan membuat ujian sehingga selesai, sebab itulah baru 2 bulan diperkenalkan di sekolah aku telah tamatkannya.
menurut Tuan Hanif lagi, satu kajian yang dilakukan oleh satu-satunya anak melayu yang hebat yang menjadi pensyarah di University Oxford London, yang mampu menguasai pelbagai bahasa dan menghafaz quran sejak kecil dan juga banyak hadith, dan yang paling mengkagumkan kau dia adalah bekas pelajar pondok kampung, Dr. afifi namanya dan kisah hidupnya pernah direncanakan dalam sebuah siaran di TV. Menurut kajian beliau asal pakaian bergraduasi oleh Barat yang juga ditiru oleh kita iaitu jubha dan topi petak yang selalu kita tengok mereka melambung-lambungkannya setelah menerima skrol ijazah masing-masing, ya itulah.. sebebnarnya adalah berasal dari cara Timur orang islam. menurut beliau lagi, jubah dan topi petak itu sebenarnya adalah jubah dan alquran yang dijunjung di atas kepala dan diikat dengan serban apabila tamat berguru dengan syeikh-syeikh mereka, kerana itulah bujur petak itu adalah lambang al-Quran yang dicedok oleh barat. kajian ini memang tidak menambahkan apa-apa dari sudut keilmuwan tetapi ianya sangat memotivasikan orang Islam kerana kita adalah bangsa yang ditiru dan bukan peniru. 
majlis pentauliahan ini dihadiri oleh Dato Seri Utama Haji Mohamad Hasan, menteri besar negeri sembilan merangkap pengerusi majlis agama Islam negeri sembilan. antara kata-kata beliau yang diingati dalam ucapannya bila mano manusio tak buleh berperangai jadi ogahng baik boronti jadi oghang... hehehe dan semasa menerima tauliah di atas pentas, dia teringat ke aku, eh bokeh imam masjid Nilai ni, ya kerana aku pernah berceramah di hadapannya.
detik yang sangat berharga kepada aku sebagai orang yang lama duduk di negeri itu walaupun kini aku berada di sebelah jirannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan