Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Selasa, 26 Mac 2013

Kenangan di Pelangai...

Pelangai, 22Mac2013 - bidang pemotivasian ini adalah salah satu daripada bidang yang telah lama aku ceburi semenjak di bangku sekolah lagi. Aku bukanlah mahir dalam bidnag ini cuma berkongsi pengalaman dan apa yang telah aku laksanakan dalam hidup ini tanpa menyatakan bahawa akulah yang paling bagus. Aku tidak seperti nama-nama besar di Malaysia yang pernah dapat 20As masa SPM dan sebagainya, namun aku hanyalah insan yang pernah merasai kejayaan dan juga kegagalan dan pengalaman hidup yang pelbagai. Itu yang aku ada dan itu juga yang akan aku beri kepada adik-adik pelajar aku. Bak kata lain, aku hanya berkongsi pada apa yang aku ada walaupun aku agak memandang skeptikal kepada mereka yang berada dalam bidang ini tetapi menjual nama-nama malah diri sendiri juga tidak ke mana baik dari segi pencapaian atau berbohong atas nama Islam.
Pernah sampai ke Pelangai? Felda chemomi? Aku gembira kerana dipilih oleh JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) kerana memanggilkan menyertai program dakwah rehlah mereka di Bentong Pahang bersama-sama dengan Imam Muda Qaryah. Jumpa kawan-kawan dan pengalaman pastinya yang mahal dan akan kujaga demi meneruskan tradisi dakwahku lagi. Pernah makan daging kerbau? Alhamdulillah.. jangan kata dagingnya, habis semua ku belasah makan sup  daging kerbau yang disajikan di sini secara gotong-royong. oh 2 slot motivasi yang ku kendalikan di sini samada di SMK Pelangai dan Sekolah Kebangsaan mereka.
mungkin dengan bentuk dan potongan tubuh serta muka yang kekampungan belim meyakinkan mereka di luar sana tentang kebolehanku menyampaikan ceramah motivasi dan itulah yang sering bermain di kotak fikiranku bila mana tiada 'job' atau tugasan. Sebenarnya aku tahu apa punca kelemahan diriku sendiri, aku buat banyak benda dan tidak fokus pada satu-satu bidang, dengan guaman puna ku sapu, dengan ceramah khutbah tazkirah pun aku sapu dan macam-macam lagi, dan orang yang bernegatif dalam diri mereka akan menggelarkan aku sebagai tamak, tetapi mereka yang optimis akan kata aku adalah seorang opportunist. Ikutlah apa mereka nak bilang atau gelar, yang aku tahu atas dunia ini aku wajib berpenat lelah bagi mendapat kerehatan di akhirat kelak.
Malam itu, majlis yang sepatutnya dihadiri oleh menteri besar pahang terpaksa hanya dihadiri oleh pengarah JAWI dan ADUN kawasan Pelangai, dan sempat aku melihat Adnan Yaakob menaiki helikopter peribadinya meluncur pulang. dalam hati sempat berbisik, padanlah jalan dari lebuhraya karak nak ke pelangai macam ular kena palu, macam jalan zaman perang seperti dalam filem Sarjan Hassan, sampai ada pegawai JAWI yang muntah menaiki Alphard, dan aku terpaksa undur pada selekoh maut dipanggil selekoh adik beradik oleh penduduk sekitar semasa datang kali kedua menaiki pacuan empat roda walaupun kawasan tersbeut ialah kawasan Menteri Besar sendiri. Dia naik helikopter memanglah tak rasa bahaya jalannya.
Malam itu hujan turun dengan sangat lebat dan guruh sabung menyabung dan aku sendiri dapat melihat beberapa drama dan adegan bila mana ada 2 pengacara dalam satu majlis. ceritanya tuan kepada PA Sistem di kawasan ini digelar seorang ynag gian pegan mikrofon dan bila pengacara dari JAWI sendiri mengacarakan majlis terus diganggunya sehingga ada yang merungut. oh aku juga ada buat nakal semasa majlis ini ketika penyerahan program anak angkat oleh imam-imam muda qaryah kepada keluarga angkat, dengan berseloroh Ustaz Syed dan Ustaz Helmi menyuruh ku memasang lagu 'lodeh mak lodeh' oleh Anita Sarawak. terbahak-bahak dan terkekeh-kekeh mereka ketawa termasuklah aku bila pengarah JAWI juga turut seronok dan tersenyum, tanda suka.
pada saat ini juga aku diberikan amanah menyampaikan khutbah kepada penduduk kampung di sini iaitu Kampung Shafie dan sempat beramah mesra dengan penduduk sekitar. Kenangan ini dikongsikan oleh kawan semasa belajar dahulu, Halim. Moga usaha aku yang sekelumit ini dilihat dan dipandang oleh Allah, betapa lemah dan kerdinya diri, penuh nikmat tetapi sedikit bersyukur, celakalah diri kalau terus tersenugkur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan