Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Jumaat, 8 Mac 2013

Gelombang Ombak Laut (G.O.L)

Sg.Ramal, 9Mac2013 - Ombak lautan berombak, hembus di awan memukul pantai... aku kini ada masa lapang di hujung minggu tanpa sebarang jadual perkuliahan yang sangat aku rindui, semangat belajar yang tidak dapat ku gambar betapa manisnya membawa kedamaian setiap kali habis peperiksaan dan tamat belajar. Belajar membuat aku terus muda dan hormon adrenalin berfungsi dengan baik tetapi persoalannya sampai bila? teringat setiapkali musim peperiksaan, sudah pasti kecut perut bak kata omputih, butterfly in my stomach... oh butterprawn kat d'Tasik, Uniten Bangi ni memang terbaik dengan panaromanya yang indah, alhamdulillah Allah masih mengizinkan nikmatnya kami rasai sekeluarga.
Aku kini berhadapan dengan banyak persimpangan yang perlu aku tempuhi selaku insan yang lemah. Demi Allah, kalau bukan dengan izinNya, satu apa pun aku tidak boleh laksanakan amanah ini, mana tidaknya dnegan tugasan PhD yang bergerak semacam siput, maklum sahajalah aku membuat penyelidikan tentang yang tiada bahan rujuk di Malaysia, ditambah pula wang biasiswa PhD masih belum diterima bagi membolehkan aku melakukan kajian di Brunei dan Pakistan, aku bersungguh tetapi kekangan seperti ini yang menyebabkan agak perlahan kayuhanku, manakan tidak di saat ini juga aku turut melakukan penulisan ilmiah, dengan kes bicara yang sedang kemuncak, dengan bahtera rumahtangga yang perlu disisip rapi, keperluan dan komitmen bayaran itu dan ini, dengan pejabat, dengan jemputan ceramah sana sini, menyebabkan terkadang aku terduduk di sudut itu dengan doa, Ya Allah jika aku engkau pilih ke syurga Mu, nescaya akan ku laksanakan semua bebanan itu sebagai ujian untuk ke sana.

Lihat sahaja tempat makan di atas, andai tiada tukang yang memasaknya, maka tiadalah makanan kan terhidang, andai tiada tukang membina bangunan, peralatan termasuklah segala kelengkapanya, dan inilah masalah bagi mereka tetapi nikmat bagi kita, aku mesti lebih positif, teringat kata Dato' Dr. Maznah Hamid tentang orang yang mampu berniaga ialah mereka yang ada modal pada diri sendiri terlebih dahulu. Itulah asas dalam perniagaan kerana jika dia sendiri tidak kuat manakan mampu istiqamah dalam perniagaannya... Yes! (hehehe bersemangat sendiri)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan