Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Khamis, 26 Januari 2012

tujuan VS tujuan

Bangi(Kedai Aksesori), 26hb Januari 2012 - Catatan kali ini adalah berkisarkan apa yang terjadi sekarang, tadi dan selepas tadi. Sekarang, aku menanti pemasangan ASTRO di dalam kenderaanku. WOW! Kenapa nak pasang ASTRO pulak ni? Jawapannya ialah kerana perjalanan yang panjang bersama kedua ibubapaku dan ibu mertuaku ke Kelantan menuju ke Kompleks Balai Islam Lundang, Mahkamah Kelantan. Perjalanan yang mengambil masa 8 jam dan kali ketiga aku memandu untuk ke sana. Ini semua gara-gara tujuan hidupku yang mewajibkan aku bersama syarat sah rukun dan fardhu memerlukan aku ke sana, ingat, bukan ada sebab 'lain' sunat mahupun sunat. Hehehe...
Tadi sebelum sekarang, hampir setengah hari aku di UKM di Fakulti Pengajian Islam bertanyakan status penangguhanku dalam peperiksaan final bagi Ijazah Sarjanamuda aku yang ke-3. Hem belajar dan terus belajar. Kali ini aku perlu melakukan pengorbanan, TUJUAN vs TUJUAN. Ironinya mudah jika aku permudahkan skop penulisannya:
Tujuan 1 Tujuan 2
Ke Kelantan kerana kerjaya Ambil peperiksaan kerana ilmu
Sekali setahun atau 2 tahun Sekali setahun
Kepuasannya ada sekiranya berjaya Sekurang-kurangnya lulus dalam subjek
Bersama keluarga Sendiri-sendiri
Penat, jauh, tidak ekonomi Dsebaliknya
Nak buat Nak buat juga
Susahkan dalam buat pilihan? Prosuder yang aku lakukan telah aku lakukan namun aku kecewa kerana pensyarah pengajian Islam yang berulangkali memaklumkan kepadaku 'anda menyusahkan saya untuk buat soalan semula jika anda tidak hadir dan mengulang' aku sinis mendengar ucapannya di dalam hati, manakan tidak, aku bukanlah pengemis ilmu, ya dia berilmu dan aku tagih amanah ilmunya. Dalam realiti hari ini, mana nak cari orang yang betul-betul nak nelajar kerana nak tahu, nisbahnya mungkin terlalu sedikit jika dibandingkan orang yang belajar kerana mahu kerja dan mahu ada uwang supayaboleh memenuhi impiannya berkereta, berumah besar, beristeri. Tapi apa sebenar TUJUAN HIDUP nya?

Aku semakin faham erti kehidupan, sebagaimana catatanku sebelum ini. Kalau yang hebat sanggup ke laman hina hanya pada pandangan manusia, tidak di sisi Tuhan. Hina sangat kah? Hero memang kalah dahulu... AKu tidak mahu kalah dahulu, kini, akan datang atau selama-lamanya... rakan setilamku ada menegur, 'I tengok u macam malas je semenjak dua menjak ni...' Exactly, kerana jiwa aku pergi, jiwa aku pejuang, jiwa aku mujahid, pendokong kebenaran, pejuang mana yang tidak tersungkur di pertengahan, MENANG atau KALAH bukan matlamat, tetapi BERJUANG di halan-Nya itulah makna seorang PEJUANG.
Semua orang akan jadi seperti ini...

Ahad, 22 Januari 2012

Tenang selepas Berjuang


Durian Tunggal, 23Januari2012 - baru sahaja landing di rumah mak mertua, dalam agenda bersama-sama untuk ke Kedai Ikan Bakar Parameswara di Umbai, sangat tersohor di Malaysia, samalah juga dengan Kedai Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baharu, Sup Urat Ketin di Bangi dan yang sewaktu dengannya. Pokoknya bukan tempat yang hendak ku tuju, cuma mengutip beberapa pokok yang semalam telah kuambil daripada sembang-sembang dengan mereka yang lebih berpengalaman. Dalam hidup ini bukan semua yang kita dapat miliki, ianya bergantung juga pada rezeki dan tidak dapat dinafikan ialah usaha keras, waras dan always. (asal nak bahasa omputih pula? pasal nak samakan dengan hujungnya 's' hehehe)


Aku rasa aku dapat simpulkan apa yang telah terjadi padaku di saat ini, aku diuji oleh sesuatu yang tidak aku sukai, namun ujian itu membuatkan aku berusaha menyelesaikan masalah itu sedaya mungkin, maksudnya masih dalam lingkungan positif. Masalah itu tidak membuatkan ku rebah tertumus ke bawah dan mengaku kalah, aku baca catatan mereka yang kini berjaya, bukan atau pasti tiada istilah kalah atau mengaku kalah, yang ada hanyalah luka berdarah itu perlu dirawat dan dicegah di masa hadapan agar segala-galanya akan cemerlang kembali. Aku akan sambung kembali penulisan ini.. time to go hehehe.. udah sambung balik ini..







Insha Allah 29hb ni aku akan ke Kelantan, mencari halatuju lagi. sekali lagi aku kena postpone untuk kerja... huhuhu.. ok bersambung balik dengan kata-kata semangat memujuk diri agar bangkit bak kuih bangkit. Kepada pembaca budiman, semua orang ada masa jatuhnya, benarlah kata pujangga hidup ibarat roda yang berputar, kekadang di atas dan kekadang di bawah dan kena ingat bila kita berada di bawah kita dipenyek-penyek, dilenyek-lenyek dan menanggung bebanan mereka yang di atas, maksudnya kena ada 'persediaan' secukupnya bukan sekadar fizikal malah mental juga. semua orang tahu dan mengerti apa yang aku tulis ini, persoalannya samada anda terbang tinggi? sederhana? rendah? atau tak gerak-gerak.



Pucuk pangkalnya, SABAR lah senjata yang paling ampuh. kalau kita teruk diuji, ada lagi yang lebih teruk dan maha teruk, sekurang-kurangnya aku dan kamu masih merasa rahmat ILAHI. 1,2,3 terima kasih syukur...



Rabu, 4 Januari 2012

Usianya hanya 7 tahun: Part 6 (Segalanya telah berakhir)

17Jan2012, Selasa, Mantin - lega sekali pada hari setelah tamatnya peperiksaan akhir semester master aku, huuuuu... alhamdulillah lega, pengalaman ini berbeza dengan tahap pendidikan sebelum ini ialah sudah pastinya berbeza, dan yang paling utama tahap ketenanganku juga makin bertambah. Shukur kepada Allah atas semua kehendaknya dan yang pasti ucapanku kepada diri sendiri berjuang hingga sampai ke liang lahad, tidak kenal cuti sabtu mahupun ahad, selagi hayat dikandung jasa, harus dibuang perasaan jahat dan hasad, barulah akhirat terasa dekat.
7 tahun aku curahkan bakti di sini, akhirnya aku disingkir pergi, bukan merungut dan kecewa dengan ketentuan Ilahi, tapi diri menjadi sepi, amal dah sikit mencari penyakit, takut mati kena himpit disebabkan baik hanyalah berdikit. Namun begitu, subuh ahad yang lalu semasa kuliah subuh di masjid aku bersyukur kerana aku masih lagi imam di hati jemaah walaupun tidak di atas kertas, dapat juga aku mencurahkan ilmu kepada jemaah sekitar, agar amalku nantilah yang menjadi benteng penghapus dosa semua.
Setiap kali program yang ku laksanakan dengan sokongan anggota tertentu seringkali mendapat sambutan di hati masyarakat dan alhamdulillah Allah sentiasa memudahkan dan menguji aku sebaiknya. Mudahkanlah Ya Rabb, janganlah dikau susahkan sehingga ke tahap yang aku tidak mampu.
Pesan nabi junjungan pada kita, Doa adalah senjata bagi orang yang beriman dan senjata yang paling ampuh dan canggih ialah SABAR ketika ditimpa ujian.
beberapa naskah warkah kertas yang menunjukkan kebodohan Pejabat dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan yang termakan fitnah manusia lain. Apa nak kata, kerana akhir zaman sesungguhnya orang BODOH yang diangkat jadi pemimpin kerana makin lenyap para alim ulama.
Aku bersedia dipanggil pada bila-bila masa berhujah dengan mereka yang BODOH dan BANGANG tetapi biarlah berhujah dengan fakta dan disiplin ilmu yang wajar, kalau berhujah dengan si TOLOL lebih baik angkat kaki kerana kita pula yang akan sama BUDUH tahap mereka.
Ini konspirasi SUNDAL yang aku sendiri aku tuntut pembelaan, kalau tidak di dunia di akhirat aku akan pastikan mereka-mereka yang terlibat dihukum sewajarnya. AKu bayangkan mereka kini berada bersama menggelak-gelakkan aku.. HAHAHAHA.. PADAN MUKA KAU NAK LAWAN AKU.. HAHAHA.. (tidak mengapa kerana yang hak akan tiba bila masanya menjelma)
bagi aku, mereka adalah MUNAFIQ hidup dan benarlah kata ulama' jika tidak dihentikan kemaraan jahat ini maka akan merebaklah kekejian ini kepada yang tidak berdosa pula.
Aku rindukan ketenangan ibadat di rumah Allah, sekalipun aku dihalang menjadi imam, tetapi aku bersyukur menyatakan cita-citaku semenjak kecil sebagai Imam MasjidilHaram.
Tinggal kenangan, ofisku tidaklah sebesar mana, cukup diruang itu aku dapat berbakti, moga Allah curahkan rahmatNya kepada aku sekeluarga.
Moga mereka yang diizinkan bersama-sama berjuang atas nama agama akan bersabar sebagai pejuang yang mengimpikan shahid di jalan kebenaran. Berat dan susahnya hati ini andai bukan kita orangnya.
Manisnya kurma ini....
Ramadahan 1432H adalah yang terakhir aku mencurahkan bakti sebagai ketua agama masyarakat Bandar Baru Nilai, izinkan aku undur diri, maafkan segala kesilapan kerana kejahilan diri, Innallaha ma'ana..

Usianya hanya 7 tahun: Part 5

Nilai, 17Januari2012 - hari yang sama cuma lokasinya berbeza setelah mengambil Anas dari taska dan bermain dengannya, anak lah segala-galanya penghilang duka nestapa. Namun amanah ini kena dididik sebaik2 amanah memandangkan dia juga bakal generasi akan datang. Melalui coretan yang berkisarkan imbaun berkhidmat di masjid ini sehingga dibuang dengan penuh cara konspirasi aku dapat merasakan dunia mula ke saat kehancuran. isunya bukan nestapa dan malapetaka ini terjadi kepadaku tetapi disebabkan orang-orang jahil ini seakan-akan kebal dengan sebarang tindakan bagi mencari keadilan. Ada rungutan yang tiba dan sampai kepadaku tetapi apakan daya aku bukan ahlinya lagi kerana sebelum ini aku memang berjuang sebaiknya, justifikasi jujur untuk diri sendiri. Aku tidak suka khatib yang cakap tiada isi dan seolah bersembunyi di balik fakta kebenaran, nah lahir lah pejuang dan generasi yang senget-benget.

kenangan menjemput penceramah ternama seperti Dr. Fatma Az Zahrah yang aku ambil dari Bangsar dan dibawa ke Nilai dengan Grand Livina, beliau seorang yang tawadduk walaupun berbadan besar. Pelet melayu kelantannya amat aku gemari kerana beliau sendiri seorang bekas doktor gigi dan juga isteri mufti kelantan ketika itu berketurunan mesir.
aku puas dengan usaha ku memakmurkan masjid dengan cara yang terbaik dari segenap aspek target jemaah. meskipun perbelanjaan sesuatu program yang aku jalankan tidaklah mencecah puluhan ribu namun puas jika dibanndingkan dengan targetnya. Sahabatku di salah sebuah kementerian menceritakan dia terpaksa menjadi pengarah program sambutan maulidurrasul dengan kos berjumlah RM273 ooo dan hanya seramai 1000 hadirin sahaja. Boleh masuk akal ke? risau aku dengar bila mana dia juga bekerja di bawah individu yang kecoh dengan isu korupsi setakat ini berkaitan tabung makanan negara.
biarlah golongan cilik ini mendekati masjid.
golongan remaja ini juga tidak terpinggir dengan tenaga kuat mereka agar masjid dapat diimarahkan.
dan aku juga berjaya menjemput seorang syeikh dari Mesir yang mengajar al-Quran secara talaqqi di masjid kepada para jemaah. Aku kenalah jadi 'penterjemah' agar mereka dapat memahami dengan baik.
sepanjang tugasanku, alhamdulillah aku juga telah berjaya mengislamkan lebih dari 5 orang termasuklah warga negara Afrika yang mendengar khutbah dalam bahasa inggeris ku.
kepada adinda Muhammad bin Ahmad Zahid yang juga beberapa kali hadir ke masjid memenuhi undanganku dan ku doakan agar adinda berjaya dunia dan akhirat.
sahabat-sahabat sejati yang membantu di kala khidmat kita diperlukan oleh masyarakat. Ustaz Zaki dan Bilal Yusof, moga Allah merahmati kalian dan diberikan kesihatan tubuh badan sewajarnya.
Jika ingin dibandingkan kelayakan aku dan latihan yang telah aku terima, alhamdulillah sehingga ke tahap antarabangsa aku telah sampai dan tiba, tetapi hiba bila itu tidak dinilai, kerana hasutan dan fitnah sebagai sandaran.
Mudah-mudahan di mana tempat yang dulunya aku pernah bertugas, diizinkan Allah untuk aku berkhidmat di rumah-rumahnya dan berilah aku sebagai mereka yang disabdakan oleh nabi ketika tiada perlindungan lain melainkan perlindunganNya ketika di Mahsyar Allah kelak. Amin Ya rabb...

Usianya hanya 7 tahun: Part 4

Nilai, 21Januari2012 - masih lagi menulis disamping mendengar bacaan al-Quran, benda yang biasa aku lakukan. Menyelam sambil minum air. Prinsip aku mudah, aku bimbang aku tidak dapat merasai mengamalkan kebaikan yang aku ketahui dan menggandakannya sebagai bekalan aku ke akhirat. Well, aku bukanlah orang yang sangat baik, tetapi bercita-cita baik itu juga penting. Kelas al-Quran Dewasa yang aku adakan di masjid itu juga seusia dengan tempoh perkhidmatanku. Seusia 19 tahun aku telah mengajar mereka dan sehingga kini aku berpuas hati dan perlu dipertingkatkan usaha, ada di kalangan mereka yang langsung tidak mengenal huruf pada awalnya tetapi kini mampu membaca quran dengan baik. Maha suci Allah yang membekalkan kita ilmu pengetahuan.
Teringat kenangan bersama-sama dengan jemaah dan Dr.Adel dari USIM yang juga Pengetua Kumpulan Bahasa Arab Libya, sebuah pertubuhan antarabangsa yang aku juga dapat menabur budi dan jasa dalam program ini, moga Allah berkati kami dan pencinta ilmu.
ketika wakil persatuan Liga Arab Libya datang dan akulah sebagai 'mutarajjim' penterjemah. Aku bersyukur dipilih Allah berbakti walaupun dunia KEJAM kerana Allah tidak akan menzalimi hambanya tetapi hanya menguji sebagai penentu tahap keimanan seseorang. Pujuklah hati yang pilu, dan semalam adalah tarikh MATI bagi seorang artis bernama IZWAN PILLUS. muda usianya 20an, Ya Allah adakah engkau akan menjemputku dalam aku taat padaMu atau sebaliknya?
Kelas Tahfiz al-Quran Kanak-kanak dan Dewasa (KETARA) juga aku berjaya tubuhkan dan tersebar ke beberapa tempat dan menajdi tempat rakan-rakan ku juga mencurah bakti.
Bekas Qadi Seremban walaupun garang tetapi bernas juga ideanya, bukan yang sekarang BACUL tak bertempat dan lebih takut manusia daripada TUHAN, dan dia sudah pastinya akan ku heret bersama di MAHKAMAH ALLAH kelak!

Usianya hanya 7 tahun: Part 3

Nilai, 21Januari2012 - meneruskan lagi penulisanku yang berkisarkan 7 tahun di masjid itu. manakan tidak, setipa inci daripada masjid itu berada dalam pengetahuanku. dari sudut infrastruktur masjid ini, dahulu jemaah masjid bsiisng berkaitan ruang tanda yang tidak cukup dan tekanan air yang perlahan terutama semasa hari Jumaat, aku usahakan ke tempat sepatutnya dan akhirnya 2 bangunan tambahan tandas lelaki dan perempuan dapat diperolehi dan digunakan oleh jemaah. Mulutku hanya mengucapkan yang terbaik kepada jemaah dan untuk jemaah, selama ini walaupun si MUNAFIQ itu buat apa2 padaku, aku diamkan sahaja tanda memendam diri dan protes di dalam hati.

tanpa perlu riyak mahupun berbangga, memang akulah satunya imam yang memanjat dan bersama-sama memasang skrin lcd dan menggunakannya semasa khutbah. Banyak pujian yang diterima seperti imam canggih, imam moden dan berkhutbah dalam bahasa inggeris dan juga pernah seorang menteri memuji bahasa inggerisku, WOW... dan kerana khutbah juga aku telah dipanggil oleh TV3 dalam rancangan al-Kuliyyah, Allahu Akbar! kecil usaha kita tetapi dibalas besar oleh Allah.
di bawah ini gambar kedai Angah yang aku sokong sepenuhnya usahanya dan juga aku klasifikasikan sebagai JIHAD EKONOMI!
begitu juga kedai fotostat dan kedai gunting rambut yang aku usahakan, termasuklah car wash yang sepatutnya menjadi kebanggaan orang Islam sekkeliling, tetapi kerana hasad dan dengki PhD yang mendalam oleh BAHLUL itu, maka keMUNNAFIQannya telah menjadikan hati itu dibaham oleh api yang membaham sebaham-bahamnya.

Usianya hanya 7 tahun: Part 2

Nilai, 21Januari2012 - sementera menyemak bacaan al-Quran anak-anak murid dewasa ku, maka aku ambil kesempatan ini menulis beberapa entri yang perlu aku masukkan. Ianya sebagai bukti bahawa andai adalah satu hari nanti manusia bertanyakan tentang aku, cukup hanya dengan jawapan hamba Allah yang seba kekurangan tetapi mencari kebaikan.

Letih? memang tidak ada dalam kamus hidup aku. Selagi ada daya selagi utu wajib aku berusaha. pulang ke Batu Pahat tadi menziarahi makcik tercinta, Yea disamping Pak Yem mengingatkan aku dengan arwah Bak yang telah meninggalkan aku ketika 31Ogos2010 bersamaan 10 ramadhan kalau aku tidak silap. Mujurlah arwah telah pergi tanpa mengetahui aku telah disingkirkan dari masjid, kerana dia pernah berbangga dengan cucunya ini seorang Imam di Masjid besar Nilai. Moga Allah ampunkannya.

Di awal usia aku sekitar 10 tahun, aku memang sangat berminat dengan suara Imam masjidilharam yang telah menyebabkan aku jatuh cinta dengan dunia tahfiz dan dunia pengIMAMan. Hari ini telah masuk ke hari yang 21 aku tidak menjadi imam, lumpuh semangat Allah sahaja yang Maha Mengetahui. AKu pernah jadi imam di banyak masjid, walaupun tidak sebanyak ustaz-ustaz atau imam yang lain, cumanya andai entri ini dibca oleh keturunanku, ketahui lah, AGAMA lah segala-galanya. Teringat arwah atok Gopeng yang mengizinkan aku melaungkan azan di Masjid Kampung Gunung Mesah Gopeng Perak, selepas azan atok cakap, macam azan kat masjid India.. hehehe dah masa belajar tahfiz dulu semua azan style tabligh, tu yang macam masjid india.

teringat aku masa mengimamkan soalt sunat terawih di masjid Taman Beroleh (kalau tak silap) di Batu Pahat, masa tu baru 13 tahun, tersalah pula baca surah Baqorah sebab gugup, nasib baik dapat balik, teringat pesan guruku, hafazan ini seperti memelihara seekor unta, bila dah hafal kita pegang kemas tali unta tersebut, tetapi bila terlepas ketika kita terlupa, unta berlari sekeliling kampung, susah untuk dapatkannya semula.
ini juga P.A sistem yang bernilai lebih RM100,oo. kesian kepada si CELAKA tu, dalam perjalanan pulang ke Batu Pahat, Bendahari masjid yang aku hormati mengadu berkaitan si CELAKA tu yang mahu membuat laporan polis kerana menuduh menyalah guna kuasa dan wang masjid untuk pembaikan sistem suara masjid. si BEDEBAH tu makin biadap, Ya Allah bantulah aku membantu mereka yang mahu menegakkan agama Mu.
Lihat sahaja masjid yang dah macam pasar ikan yang bocor disebabkan pentadbiran dipimpin oleh orang BODOH dan TOLOL. Aku sebagai seorang muslim yang benci kepada sifat MUNAFIQ yang ada pada SYAITAN YANG BERTOPENGKAN MANUSIA CILAKAK. Kalaulah di dunia mereka ini ditunjukkan azab, nescaya akan ku rakam gambar mereka sebagai pengajaran umat berikut.
7 tahun lamanya aku berada di tengah masyarakat telah mengajarku pelbagai pengalaman siapa IBLIS siapa MALAIKAT. Aku juga merindukan ketenangan daripada mereka yang benar-benar ikhlas, teringat kenangan bersama Ustaz Zaki yang banyak memberikan aku tunjuk ajar berguna. Moga inilah sahabatku di akhirat kelak.

dan di bawah inilah si MUNAFIQ ynag suatu masa dahulu terhegeh-hegeh qiamulail di masjid setiap hari pada pukul 3, menangis-nangis, menghafal quran dan bertanyakan agama kepadaku, tetapi rupanya ada perancangan baik punya, tetapi dia terlupa dengan MATI dan MAMPOS, DOSA dan PAHALA, moga MUNAFIQ ini mendapat balasan sewajarnya.

Usianya hanya 7 tahun: Part 1

Bangsar,18jan2012 - di saat gigi sebelah kiri kesakitan kerana sakit gigi, aku juga kesakitan hati yang belum lagi sembuh sepenuhnya kerana penyingkiran aku dari masjid adalah satu konspirasi yang sewajarnya aku tuntut keadilan itu. Memang sedih dan kecewa tapi dari sudut pandang positif aku bersyukur pasti ada rahmatnya, tetapi yang pasti semenjak saat itulah MUNAFIQUN yang terlibat asyik membuli dan terus membuli.

memanglah aku derita dan kecewa tetapi dalam lembayung rahmat Ilahi yang ku pasti dan yakini... 7 tahun usianya aku berjuang meninggikan syiar di dakap sayang...

cita-cita nak sampai sana, menjadi imam berstatus antarabangsa, namun takdir dan rezeki bukan kita punya tapi milik yang Esa, maka toatlah wahai manusia dan diri ini yang hina, tak dapat di angkasa, awan biru tidakpun ke tanah semula, kira ok lah...
dalam suka ada duka, dalam gula ada cuka, suka duka tidak mengenal usia, yang ada biasanya sahabat jadi musuh, musuh jadi sahabat, kerana itu janganlah benci sangat kepada kawan, jangan sayang sangat, yang sederhanalah suruhan nabi kita...
kepada mereka yang di luar sana, andai ada terasa hati dengan saya, mohon ampun maaf kerana aku manusia biasa, tidak lari dari salah, silap dan dosa, kepada mereka-mereka yang berdosa padaku, aku biarkan lah ianya berlalu, dan tidak terpali apa-apa onar yang melekit..


Selasa, 3 Januari 2012

theskyisthelimit (tribute memujuk diri, dan bagi mereka yang suka kejayaan)

Bangsar, 4jan2012 - aku baru sahaja selesai memuzakarahkan dugaan yang menguji aku dengan sahabat-sahabat sekitar termasuklah kepada mursyid-mursyidku yang dikasihi, banyak hikmah nasihat yang dilontarkan, bila kita jatuh siapa sahabat di sebelah kita? bila kita jatuh adakah makin dekat kita dengan pencipta? dan di saat aku menulis ini, sms ucapan takziah dan minta aku bersabar, termasuklah sms yang memaklumkan kegembiraan mereka-mereka yang durjana dan merancang konspirasi ini, aku tidak ada apa yang rugi hanya kebodohan mereka yang memakan diri sendiri kelak.

Aku kali ini menterjemahkan kisah hidup Steve Jobs yang mungkin boleh mencetus inspirasi kepada mereka ynag inginkan kejayaan dan bersabar di atas musibah yang melanda. Moga Allah pilih aku untuk peroleh kejayaan menuju hidup yang lebih kekal abadi.

ORANG BODOH = Bila peluang dtg diabaikan di atas tafsiran & berbagai alasan ..

ORANG BAIK = MENDENGAR & DIAM NAMPAK MCM BELAJAR ..
tapi jiwanya tidak disertakan bersama . ' DIAM ' adalah satu cerita malang kpd mana2 proses pembelajaran ..

ORANG BIJAK = MENDENGAR & BERTANYA .
Mencari peluang2 utk menambah baikKAN diri ..

KESIMPULAN =YG PENTING '' KITA NAK ATAU TAK NAK ''
itu yg membezakan di hujung semulanya adalah PERKONGSIAN ILMU......

Steve Jobs, pengasas berwawasan dan pemimpin Apple Computer Corporation, meninggal dunia pada usia 56 tahun pada 5 oktober 2011(rabu) selepa pertempuran 8 tahun dengan bentuk yang jarang iaitu barah pankreas. Beliau juga dirujuk sebagai bapa komputer di sebalik iPod Apple, iPhone, iMacs dan iPad. Sejarah apple bermula pada tahun 1972 apabila beliau lulus dari Sekolah Tinggi Homestead di Cupertino, CA.

Selepas pengumuman kematian Steve, Apple mengubah laman utama laman web mereka untuk mencerminkan imej penuh-page dengan teks yang hanya berkata "Steve 1955-2011." "Apple telah kehilangan berwawasan dan genius kreatif, dan dunia telah kehilangan manusia yang menakjubkan. Orang-orang kita yang telah bernasib baik untuk mengetahui dan bekerja dengan Steve telah kehilangan seorang kawan yang dikasihi dan mentor inspirasi. Steve meninggalkan syarikat bahawa hanya dia dapat dibina, dan roh beliau selama-lamanya akan menjadi asas Apple. "


Sejarah Awal
Perjalanan mereka bermula apabila Steve dua yang ditemui pada tahun 1972. Steve Jobs, muda, bertenaga, peminat elektronik dengan bijak untuk elektronik pemasaran bertemu Steve Wozniak, berbakat, otodidak elektronik jurutera dan elektronik penggemar manakala Steve bekerja pada musim panas di Hewlett Packard.Perkongsian mereka bermula apabila Wozniak mula membina kotak yang membenarkan beliau untuk membuat panggilan telefon jarak jauh untuk bebas dan Pekerjaan dibantu Wozniak dalam pemasaran dan menjual beberapa ratus kotak.

Pekerjaan berusia hanya 21 tahun, apabila pada tahun 1976, beliau bersama mengasaskan Apple Computer Corporation bersama-sama dengan rakan dari kolej rakan-rakan daripada Wozniak, 26. Syarikat itu dengan cepat mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu syarikat yang paling pesat berkembang di Amerika Syarikat dengan produknya yang dibawa oleh lebih 100 peniaga menjelang akhir tahun 1978 dan akan awam pada tahun 1980 apabila 4.6 juta saham yang dijual di bawah satu minit.

1972: Steve Jobs semasa masih di sekolah tinggi mula menghadiri kuliah di Hewlett-Packard, di mana beliau bertemu Steve Wozniak selepas dia telah diupah sebagai pekerja musim panas.

1974: Wozniak, yang bertugas dalam reka bentuk komputer, Steve dijemput untuk menyertai "Kelab Komputer Homebrew" yang diadakan di Pusat Stanford Linear accelerator di mana elektronik-peminat berkumpul untuk berkongsi pengetahuan dan membantu orang lain dengan komputer buatan sendiri mereka.Pekerjaan yang mempunyai mata untuk kebolehpasaran komputer peribadi kemudian menyakinkan Wozniak, yang menikmati mewujudkan peranti elektronik untuk bersenang-senang, bahawa mereka perlu menubuhkan sebuah syarikat untuk membina dan memasarkan komputer peribadi kepada arus perdana.
1975: Pekerjaan dan Wozniak mula bekerja di reka bentuk untuk komputer Apple I Steve dalam bilik tidur dan membina prototaip dalam Steve dan pada masa yang sama mendapat maklum balas dari Ahli rakan-rakan Kelab Komputer Homebrew.
1976: Walaupun mereka pada asalnya merancang untuk menjual komputer baru mereka kepada ahli-ahli Kelab Komputer Homebrew, sebagai pekerja HP, Wozniak untuk mendapatkan kenyataan undang-undang dari HP untuk menghasilkan dan mengedarkan alat-alat elektronik sendiri. Oleh itu dia menghampiri HP untuk menawarkan idea beliau yang terbaru, tetapi tiada satu pun di HP seolah-olah berminat dengan idea tersebut. Pekerjaan dan Wozniak kemudian memutuskan untuk menjual harta benda mereka yang paling berharga, Steve 'Volkswagen Micro-bas dan kalkulator Hewlett-Packard Saintifik Wozniak untuk meningkatkan $ jumlah 1300 untuk memulakan syarikat mereka yang mereka namakan Syarikat Apple Computer. Pekerjaan yakin Wozniak untuk berhenti kerja di Hewlett-Packard untuk menjadi naib presiden bertanggungjawab ke atas penyelidikan dan pembangunan syarikat yang baru ditubuhkan dan Steve sendiri berhenti kerja di Atari untuk menjadi naib presiden syarikat.
Apple.
1976: Pada awal tahun, Steve dan Wozniak Sewa Ronald Wayne pada 10%saham syarikat itu. Ketiga-tiga menerima perintah pertama mereka dari kedai komputer tempatan yang dikenali sebagai "Membeli-belah Byte" selama 50 komputer Apple I dengan kos sebanyak $ 666,66 setiap satu. Setiap komputer berharga $ 100 di bahagian-bahagian untuk membina. Mereka mendapat bahagian pada 30 hari kredit bersih dan bekerja di sebelah malam di garaj Ayub,menyampaikan perintah itu dalam masa hanya 10 hari. Akhir tahun itu, Wozniak selesai prototaip Apple II dan untuk memperoleh pembiayaan mereka bagi menghasilkan CPU yang digunakan dalam Apple II dan ditolak.
1977: Steve menyedari bahawa terdapat jurang yang besar dalam pasaran komputer apabila hampir semua komputer dijual dengan terlalu mahal untuk individu. Mereka mereka bentuk semula komputer mereka dan dibangunkan semula dengan jenama Apple.
1978: Nicole Lisa anak perempuan Ayub dilahirkan. Wozniak juga direka pertama5.25 "cakera pengawal liut dan pemacu yang dilampirkan kepada Apple IImenggunakan slot pengembangan.

1982: Syarikat mengeluarkan 40 perisian program-program baru, membuka sebuah pejabat Eropah dan meletakkan cakera keras yang pertama. Menjelang Disember tahun itu, Apple menjadi syarikat komputer yang pertama untuk mencapai $ 1 bilion jualan tahunan. Computer Lisa diisytiharkan bersedia untuk pasaran.

1983: Ini adalah tahun yang sibuk untuk Apple. Lisa Apple diperkenalkan ke pasaran pada bulan Januari untuk $ 9998 dan pada bulan September tanpa perisian yang dibundel $ 6,995. IIE Apple juga diperkenalkan pada bulan Januari untuk $ 1395. Pada bulan Disember Apple III + diperkenalkan bagi $ 2995 untuk menggantikan Apple III cacat. Adalah dianggarkan bahawa Apple looses separuh daripada bahagian pasaran kepada International Business Machines (IBM).
1984: "1984" Iklan Spot disiarkan di Super Bowl XVIII. Apple mengeluarkan Macintosh revolusioner all-in-satu PC Komputer yang dijual pada harga $ 2,495. Ini ciri-ciri komputer baru tidak pernah sebelum ini dilihat ikon yang dibuka apabila diklik apabila menggunakan peranti baru yang dipanggil tikus. Macintosh gagal kerana kekurangan ciri-ciri komputer peribadi yang lain telah.
1985: Disebabkan kegagalan baru-baru ini yang dikeluar Apple, Steve meletakkan jawatan dari Apple, namun mengekalkan kedudukannya sebagai Pengerusi lembaga itu walaupun dia telah tiada pengaruh ke atas keputusan lagi. Apple mendakwa Steve kerana dia memberitahu mereka bahawa dia merancang untuk menubuhkan sebuah syarikat baru dengan 5 Apple eksekutif lain yang mengikuti beliau ke syarikat baru. Scully kemudian menandatangani kontrak dengan Microsoft memberikan mereka kebenaran untuk menggunakan beberapa GUI teknologi Mac (Antara Muka Pengguna Grafik) jika Microsoft terus menghasilkan perisian untuk Mac (Word, Excel). Sebagai balasan, Microsoft telah bersetuju untuk terus Word membangun dan Excel untuk Macintosh. Oleh kerana kontrak ini, Apple looses semua tindakan undang-undang ke atas pelanggaran hak cipta terhadap Microsoft pada tahun-tahun berikut yang akhirnya membawa kepada Microsoft menjadi persaingan Apple terhebat.
1986: Apple jatuh saman terhadap Steve yang bersetuju tidak mahu membina komputer yang berdaya saing untuk Apple mahupun untuk mengupah pekerja Apple selama 6 bulan.
1987: Apple meraikan Ulang Tahun ke-10. Ross Perot melabur $ 20 juta ke dalam NeXT. SE Mac dan Mac II dilepaskan.

2002: Apple mengumumkan LCD iMac baru dengan PPC G4 CPU, 14 "iBook dan iPhoto, perisian menyunting foto PERCUMA dan Menunjukkan surat keuntungan sebanyak $ 38 juta dalam 1 / 4 Apple Computer Inc, Sun Microsystems Inc dan Ericsson mengumumkan bahawa mereka telah bekerjasama untuk membangunkan.satu sistem multimedia bagi telefon bimbit menggunakan teknologi QuickTime Apple Streaming. Apple mengeluarkan Emac Atas Atas, komputer semua-dalam-satu dengan 17 "flat CRT paparan dan pemproses 700 MHz G4 terutama yang direka untuk pasaran pendidikan tetapi melepaskannya kepada orang awam kemudian pada tahun yang sama . Apple membebaskan 17 "Konfigurasi iMac, 20 GB iPod, iTunes 3 dan MacOS X 10.2.
2003: Apple mengeluarkan 12 "dan 17" PowerBook G4, pelayar web Safari, Final Cut Express, 2 iPhoto, 3 iDVD, iMovie 3, perisian pembentangan Ucapan dan Airport Extreme. Pada satu acara khas Apple Steve Jobs mengumumkan iPod dan iTunes 4 baru. iTunes 4 Ciri-Ciri sebuah kedai muzik di mana 200,000 lagu boleh didapati untuk Muat Turun.
2004: Kerja Perkenalkan iPod Generasi ke-4 dan iMac baru G5 dengan Ciri-Ciri PowerPC G5 CPU dengan sama ada 1,6 Ghz atau 1,8 GHz PowerPC, 17 atau 20 inci TFT LC paparan dan SuperDrive (di dua tiga model). Harga bermula dari $ 1299.
2005: mini Mac berukuran hanya 6.5 "Bentuk dan 2" tinggi dilepaskan dan menjadi yang paling murah semua komputer Apple keterampilan menjual untuk hanya $ 499. Percutian 2004 suku dikhaskan telah dijana AS $ 295 juta dalam surat keuntungan. Ini termasuk lebih daripada 1 juta Mac (sehingga 25% daripada tahun sebelumnya) dan 4,5 juta sahaja. iPod mini, model Apple yang paling popular yang pernah, telah dihentikan pada September 7 dan digantikan dengan yang iPod Nano.
2006: 15 "MacBook Pro menggantikan aluminium PowerBook 15", 17 "MacBook Pro dan direka semula iPod Nano Nano 2G berpakaian aluminium dan terdapat dalam 6 warna yang berbeza.

2007: Cap yang melepaskan bawah yang asal, telefon pertama Apple mudah alih,satu telefon pintar yang menggabungkan telefon bimbit, iPod dan 1 X OS, satualuminium direka semula iMac dalam 20 "dan 24" kelainan, dan yang menyentuhiPod, 1bawah tanpa telefon bimbit atau keupayaan kamera.
2008: Apple memperkenalkan MacBook Air, satu lb 3 3 / 4 "berfikir mesin denganpapan kekunci saiz penuh dan 13.3" paparan, iPhone 3G versi 2 dan versi 2.0sentuh iPhone / iPod.
2009: ulang tahun Mac 25 Mark. Apple mengeluarkan MacBook baru dengan ciri-ciriunibody putih, 17 "versi Pro MacBook dan mendedahkan baru" Mouse Magic. "
2010: Apple mengeluarkan iPad Apple dan menambah versi terbaru iPhone, 4bawah. Apple juga mendedahkan 1 garis semua baru daripada iPod, termasukShuffle iPod itu, sedap di dunia terkecil, dengan 2 GB ingatan, yang sedap baruNano yang lebih kecil dengan satu antara muka Multi-sentuhan pengguna dan satubateri 24 jam kehidupan dan yang Touch iPod baru yang kini termasuk masa mukaantara sentuhan dan iPhone iPod. Apple juga mencipta Rangkaian Sosial baru bagipencinta muzik yang mereka panggil Ping yang pada komputer anda, iPhone daniPod sentuh. Akhirnya Apple mengeluarkan Apple generasi TV 2 yang 4 saiz TVApple asal yang dikeluarkan pada tahun 2006.
2011: Apple mengeluarkan yang iPad generasi 2 2 dengan 2 terbina dalam kameravideo (depan dan belakang) yang adalah kini 1 / 3 lebih nipis daripada iPad asal 1,malah lebih nipis daripada yang 4 bawah, bekerja dengan kedua-dua AT & T danVerizon, masih mempunyai hayat bateri 10 jam dan datang dalam 2 warna, hitam atau putih.
Ogos 24, 2011: Steve Jobs sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan telah digantikan oleh Apple Ketua Pegawai Operasi, Tim Cook.
Oktober 5, 2011: Steve Jobs meninggal dunia secara aman di rumah pada usia 56tahun selepas pertempuran 8 tahun dengan bentuk yang jarang barah pankreas.

Kesimpulannya, untuk berjaya perlu bermujahadah dan bersusah payah.