Nilai, 21Januari2012 - sementera menyemak bacaan al-Quran anak-anak murid dewasa ku, maka aku ambil kesempatan ini menulis beberapa entri yang perlu aku masukkan. Ianya sebagai bukti bahawa andai adalah satu hari nanti manusia bertanyakan tentang aku, cukup hanya dengan jawapan hamba Allah yang seba kekurangan tetapi mencari kebaikan.
Letih? memang tidak ada dalam kamus hidup aku. Selagi ada daya selagi utu wajib aku berusaha. pulang ke Batu Pahat tadi menziarahi makcik tercinta, Yea disamping Pak Yem mengingatkan aku dengan arwah Bak yang telah meninggalkan aku ketika 31Ogos2010 bersamaan 10 ramadhan kalau aku tidak silap. Mujurlah arwah telah pergi tanpa mengetahui aku telah disingkirkan dari masjid, kerana dia pernah berbangga dengan cucunya ini seorang Imam di Masjid besar Nilai. Moga Allah ampunkannya.
Di awal usia aku sekitar 10 tahun, aku memang sangat berminat dengan suara Imam masjidilharam yang telah menyebabkan aku jatuh cinta dengan dunia tahfiz dan dunia pengIMAMan. Hari ini telah masuk ke hari yang 21 aku tidak menjadi imam, lumpuh semangat Allah sahaja yang Maha Mengetahui. AKu pernah jadi imam di banyak masjid, walaupun tidak sebanyak ustaz-ustaz atau imam yang lain, cumanya andai entri ini dibca oleh keturunanku, ketahui lah, AGAMA lah segala-galanya. Teringat arwah atok Gopeng yang mengizinkan aku melaungkan azan di Masjid Kampung Gunung Mesah Gopeng Perak, selepas azan atok cakap, macam azan kat masjid India.. hehehe dah masa belajar tahfiz dulu semua azan style tabligh, tu yang macam masjid india.
teringat aku masa mengimamkan soalt sunat terawih di masjid Taman Beroleh (kalau tak silap) di Batu Pahat, masa tu baru 13 tahun, tersalah pula baca surah Baqorah sebab gugup, nasib baik dapat balik, teringat pesan guruku, hafazan ini seperti memelihara seekor unta, bila dah hafal kita pegang kemas tali unta tersebut, tetapi bila terlepas ketika kita terlupa, unta berlari sekeliling kampung, susah untuk dapatkannya semula.
ini juga P.A sistem yang bernilai lebih RM100,oo. kesian kepada si CELAKA tu, dalam perjalanan pulang ke Batu Pahat, Bendahari masjid yang aku hormati mengadu berkaitan si CELAKA tu yang mahu membuat laporan polis kerana menuduh menyalah guna kuasa dan wang masjid untuk pembaikan sistem suara masjid. si BEDEBAH tu makin biadap, Ya Allah bantulah aku membantu mereka yang mahu menegakkan agama Mu.
Lihat sahaja masjid yang dah macam pasar ikan yang bocor disebabkan pentadbiran dipimpin oleh orang BODOH dan TOLOL. Aku sebagai seorang muslim yang benci kepada sifat MUNAFIQ yang ada pada SYAITAN YANG BERTOPENGKAN MANUSIA CILAKAK. Kalaulah di dunia mereka ini ditunjukkan azab, nescaya akan ku rakam gambar mereka sebagai pengajaran umat berikut.
7 tahun lamanya aku berada di tengah masyarakat telah mengajarku pelbagai pengalaman siapa IBLIS siapa MALAIKAT. Aku juga merindukan ketenangan daripada mereka yang benar-benar ikhlas, teringat kenangan bersama Ustaz Zaki yang banyak memberikan aku tunjuk ajar berguna. Moga inilah sahabatku di akhirat kelak.
dan di bawah inilah si MUNAFIQ ynag suatu masa dahulu terhegeh-hegeh qiamulail di masjid setiap hari pada pukul 3, menangis-nangis, menghafal quran dan bertanyakan agama kepadaku, tetapi rupanya ada perancangan baik punya, tetapi dia terlupa dengan MATI dan MAMPOS, DOSA dan PAHALA, moga MUNAFIQ ini mendapat balasan sewajarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan