Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Rabu, 4 Januari 2012

Usianya hanya 7 tahun: Part 4

Nilai, 21Januari2012 - masih lagi menulis disamping mendengar bacaan al-Quran, benda yang biasa aku lakukan. Menyelam sambil minum air. Prinsip aku mudah, aku bimbang aku tidak dapat merasai mengamalkan kebaikan yang aku ketahui dan menggandakannya sebagai bekalan aku ke akhirat. Well, aku bukanlah orang yang sangat baik, tetapi bercita-cita baik itu juga penting. Kelas al-Quran Dewasa yang aku adakan di masjid itu juga seusia dengan tempoh perkhidmatanku. Seusia 19 tahun aku telah mengajar mereka dan sehingga kini aku berpuas hati dan perlu dipertingkatkan usaha, ada di kalangan mereka yang langsung tidak mengenal huruf pada awalnya tetapi kini mampu membaca quran dengan baik. Maha suci Allah yang membekalkan kita ilmu pengetahuan.
Teringat kenangan bersama-sama dengan jemaah dan Dr.Adel dari USIM yang juga Pengetua Kumpulan Bahasa Arab Libya, sebuah pertubuhan antarabangsa yang aku juga dapat menabur budi dan jasa dalam program ini, moga Allah berkati kami dan pencinta ilmu.
ketika wakil persatuan Liga Arab Libya datang dan akulah sebagai 'mutarajjim' penterjemah. Aku bersyukur dipilih Allah berbakti walaupun dunia KEJAM kerana Allah tidak akan menzalimi hambanya tetapi hanya menguji sebagai penentu tahap keimanan seseorang. Pujuklah hati yang pilu, dan semalam adalah tarikh MATI bagi seorang artis bernama IZWAN PILLUS. muda usianya 20an, Ya Allah adakah engkau akan menjemputku dalam aku taat padaMu atau sebaliknya?
Kelas Tahfiz al-Quran Kanak-kanak dan Dewasa (KETARA) juga aku berjaya tubuhkan dan tersebar ke beberapa tempat dan menajdi tempat rakan-rakan ku juga mencurah bakti.
Bekas Qadi Seremban walaupun garang tetapi bernas juga ideanya, bukan yang sekarang BACUL tak bertempat dan lebih takut manusia daripada TUHAN, dan dia sudah pastinya akan ku heret bersama di MAHKAMAH ALLAH kelak!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan