Hidup banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Hidup  banyak memberi, Mati di rahmati Ilahi

Rabu, 4 Januari 2012

Usianya hanya 7 tahun: Part 1

Bangsar,18jan2012 - di saat gigi sebelah kiri kesakitan kerana sakit gigi, aku juga kesakitan hati yang belum lagi sembuh sepenuhnya kerana penyingkiran aku dari masjid adalah satu konspirasi yang sewajarnya aku tuntut keadilan itu. Memang sedih dan kecewa tapi dari sudut pandang positif aku bersyukur pasti ada rahmatnya, tetapi yang pasti semenjak saat itulah MUNAFIQUN yang terlibat asyik membuli dan terus membuli.

memanglah aku derita dan kecewa tetapi dalam lembayung rahmat Ilahi yang ku pasti dan yakini... 7 tahun usianya aku berjuang meninggikan syiar di dakap sayang...

cita-cita nak sampai sana, menjadi imam berstatus antarabangsa, namun takdir dan rezeki bukan kita punya tapi milik yang Esa, maka toatlah wahai manusia dan diri ini yang hina, tak dapat di angkasa, awan biru tidakpun ke tanah semula, kira ok lah...
dalam suka ada duka, dalam gula ada cuka, suka duka tidak mengenal usia, yang ada biasanya sahabat jadi musuh, musuh jadi sahabat, kerana itu janganlah benci sangat kepada kawan, jangan sayang sangat, yang sederhanalah suruhan nabi kita...
kepada mereka yang di luar sana, andai ada terasa hati dengan saya, mohon ampun maaf kerana aku manusia biasa, tidak lari dari salah, silap dan dosa, kepada mereka-mereka yang berdosa padaku, aku biarkan lah ianya berlalu, dan tidak terpali apa-apa onar yang melekit..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan